Followers

Selasa, 31 Julai 2012

Saya yang menurut perintah.

Assalamualaikum...Selamat berpuasa.  Moga sihat dan ceria semuanya.yt

Ini bukan kelas sains rumahtangga, bukan juga kelas jahitan Kemas, bukan juga sesi jahitan untcuk raya.  Ini tugasan yang mesti disiapkan dengan kadar segera.  Kalau dah segera maknanya mesti siap sebelum raya. Aduh du du du du ....du du du!!  Bukan juga menerima tempahan tapi lebih kepada permintaan daripada seorang majikan kepada orang bawahan.


 Bilik kemahiran hidup jadi pusat operasi.
Hari Jumaat dengan bantuan GPK berjaya memotong sebahagian kecil kain.  
Maka mulai pagi semalam setiap waktu free akan berada di pusat operasi ini.


 Mesin antik tu.... jenuh  kaki.  Hanya mesin ini yang ada.
Dah puluhan tahun tidak menggunakan mesin enjut kaki ini. 
Dah la antik.. bunyi pun ada ala-ala keretapi mel malam.
Tapi bila ditanya pada murid-murid yang sedang belajar 'bising tak?'
"Takde la cikgu, tak bising pun"  bila diorang kata tak bising 
maka berterusan lah kaki terenjut-enjut.

 Kain yang masih belum dipotong......

 Bermeter-meter-meter lagi tuuuuuuuuuuuuu!
Tolonggggggggggggg help me!
Tolong potong dan tolong jahit juga ye!

Lastnya tanggal kasut...... kaki dah kepenatan.

Alangkah baiknya jika ada para jutawan atau dermawan yang sudi menyumbangkan


ini 


ini pun leh jugak!  Janji yang bekaran.

Hahaha... berangan yo!

Okey jangan nak berangan, sambung kojo copek.  Potong gaji kang!



Isnin, 23 Julai 2012

Program Anti Dadah

Assalamualaikum...

Syukur ...hari ke tiga puasa baru dapat bersiaran semula.  Seminggu berlalu dengan tahap kesibukan yang tinggi ditambah dengan talian ntenet  yang bermasalah lalu mood mengadap blog pun jatuh merudum. Malas sungguh bila kelajuan ntenet bersaing dengan siput sedut..... tensen jadinya.  Kok siput sedut bes jugak bila dah dimasak lomak lado api.

Minggu lepas saya teramat sibuk mengendalikan program anti dadah di sekolah. Sibuk dengan kertas kerja dan mengendalikan aktiviti untuk sepanjang minggu.  Alhamdulillah berjalan lancar dan telah selamat ditutup secara rasminya pagi tadi oleh guru besar. Selesai program ini maka bermula pula Program Ihya Ramadhan anjuran Panitia Agama Islam, program sepanjang bulan puasa ini.


 Bila balik ke rumah sibuk pula bersama mesin jahit. Maklumlah bulan ni bulan poso, bulan dopan bulan rayo.  Maka baju raya pula menjadi agendanya.  Masih dalam usaha memenuhi permintaan teman  untuk memakai baju baru di pagi raya. Hanya tempahan teman yang menjadi pelanggan setia sejak beberapa tahun dulu saja yang saya terima. Sekarang ni dah rasa jemu pulak menjahit, dah muak ngadap mesin jahit. Teman-teman hantar kain dah lama, masuk je bulan Rejab dah terima beberapa pasang kain tapi situkang jahitnya pulak  malas nak mula operasi awal.... skarang dah masuk Ramadhan masih ada yang belum siap, padan muko si tukang jahit.  Intan pun dah bising bajunya juga belum berusik.  Hahaha... baru tigo ari poso, insyaallah ado duo puluh tujuh ari laie menjelang rayo... ala biasa la baju si tukang jahit siap pepagi raya tu.  Tu baru betul baju raya.... kan!


                           
Cuma inilah masalah besarnya, yang sering mengganggu tumpuan... knapalah laptop tu sentiasa ada atas meja tu!



Akhirnya sebelum mengundur diri.........  jom layan beberapa gambar yang dapat di tembak sempena Program Minggu Anti Dadah.




Jenis-jenis dadah



Selamat berpuasa.//



Jumaat, 20 Julai 2012

Selamat berpuasa.

Assalamualaikum,

Buat semua sahabat.  Selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat menunaikan ibadah puasa, semoga Allah mempermudahkan ibadat dan memberi kita semua kesihatan yang baik.



Amin..







Isnin, 16 Julai 2012

Abang Milo datang lagi.





Maka semua gembira bila nampak van milo.  Dapat secawan pun jadilah...... kata sorang budak Asli ;abang milo tu kedekut.....









Alam Mayang Selida

Alhamdulillah..... 
 Memenuhi pelawaan Pak Teh dari Alam Mayang Selida untuk melawat ke kebun orkid seliaannya adalah sesuatu yang amat dihargai. Setelah beberapa kali tertunda, pagi tadi ditemani suami dan intan, kami bergerak ke Seremban pada pukult 9.30 pagi. Pak Teh menunggu kami hadapan Komplek Sukan Paroi . Selain kami bertiga, Pak Teh juga rupanya mengundang bersama Nizar dan isterinya . Nizar datang bersama isteri dan enam orang anaknya, mereka datang dari Kajang. 


Selepas bersarapan , Pak Teh membawa kami ke kebun orkid yang dijaganya, Alam Mayang Selida terletak di Taman Bukti, Seremban. Hampir tiga jam kami dibawa meneroka kawasan kebun seluas tiga hektar itu. Tak terasa penat langsung berjalan-jalan sambil mendengar penerangan dan celoteh daripada Pak Teh. Koleksi orkid spesis sangat mengagumkan. Berbagai rupa, warna dan bentuk dapat dilihat di situ. Namanya juga sangat pelik dan susah disebut, tapi bagi Pak Teh sudah hafal semuanya.  Saya serta Nizar dan isterinya memang sangat2 teruja. Orkid spesis yang sangat sukar di dapati malah mahal juga. Menurut Pak Teh tuan punya taman ini seorang Dato sangat meminati orkid jenis spesis. Sayangnya kami tidak berjumpa dengan Dato tersebut.


Orkid di sini bukan untuk jualan tapi hanya sebagai memenuhi minat dan kecintaan kepada bunga orkid terutama jenis spesis (SP) yang memang sangat bernilai.  Koleksi di sini banyak dibeli oleh Dato di luar negara.  Sebagai memenuhi keinginan Nizar dan isteri yang juga sangat berminat dengan orkid jenis spesis Pak Teh kemudian membawa kami ke sebuah nurseri orkid di Mambau.  Di sini dapatlah Nizar dan isteri memenuhi keinginan memiliki beberapa jenis orkid spesis dengan harga mampu milik.


Senyum bersama spesis yang mampu milik.... hanya satu ni saja yang mampu dibeli, yang jenis spesis tapi yang jenis hibrid adalah dua tiga jenis.  Tak berani kau... takut tak beraya nanti.

Intan juga dapat teman baru, anak Nizar.

Sayang sangat kami tak bawa kamera, hanya guna kamera talipon cap ayam kampong je.





Gambar bawah... Pak Teh bersama Nizar.  Dan kami berkenalan sebagai geng peminat orkid di laman muka buku.  Banyak belajar dengan geng ini tentang orkid dan selama dalam percutian berblog di laman inilah ibuintan bersantai setiap hari. Ramai pakar dan otai dalam geng peminat orkid ini. 

Ahad, 15 Julai 2012

Bertemu kembali.


ASSALAMUALAIKUM.

Tamatlah sudah percutian dan persembunyian ibuintan selama hampir sebulan setengah.  Menyepi dan langsung tidak membuka dan melawat ke mana-mana blog.  Minta maaf kepada semua rakan yang selama ini sentiasa menyokong dan memberi semangat.  Ibuintan hanya bercuti sahaja, tiada apa-apa masalah sebenarnya.  Minta maaf juga kepada rakan-rakan yang ada meninggalkan komen dalam entri yang terakhir sebelum ini yang masih tidak berbalas. Terima kasih kepada Kakchik, Kakzakie, Acik erna, Sal, MP, kak Ibuhani, Tinie, Nza, Kak Wardah, Ina dan OTM.  Dan juga kepada rakan-rakan lain yang  mungkin masih ada yang sudi berkunjung ke laman ini walaupun suasananya makin sunyi dan sepi.

Malam ini sangat terharu bila melihat graf kunjungan rakan-rakan ke blog ini masih ada.  Walaupun tidak dipedulikan oleh tuannya, catatan pengunjung harian masih melepasi 50 paparan setiap hari.  Malah ada yang mencecah 100 paparan di hari-hari tertentu. Terharu sangat bila melihat statistik paparan pengunjung, rasa amat bersalah kepada semua yang masih melawat ke blog sepi selama dalam percutian ini.  Taknak bercuti lagi dah... nak mulakan semula mencatat apa yang patut dan perlu.  Nak berkongsi semua cerita dan berita.  Banyak rasanya, ataupun paling tidak pun mungkin sekadar  berkongsi gambar saja.

Inilah perasaan ibuintan malam ini... gembira dan ceria seperti orkid ibuintan yang baru kembang mekar sejak tiga hari lepas.


Oked Cattleya pink merah pemberian seorang rakan setugas dua tahun yang lalu, mekar sekali lagi, dua kuntum sekali kembang... kembang juga hati tuan yang merawat dan mengasuhnya setiap hari. Trima kasih buat Cikgu Rafidza...