Followers

Selasa, 30 Mac 2010

anak-anak tahun satuku



Assalamualaikum, salam 1 Malaysia,
hari ni sek  mengadakan ujian bulanan, ujian untuk bulan mac.. inilah antara reaksi murid tahun satu yg pertama kali menduduki ujian, macam2 ragam,. budak2 tahun satu ni tak paham lae apa tu ujian apa tu peperiksaan, menjaga mereka preksa lagi tensen dari ngajar diorang... kejap2 datang bertanya, datang tanya lagi, tanya lagi... entah bila nak paham ..entahlah, .... macam tak preksa .. suara cikgu yang jaga kelas tahun satu tetap macam biasa, macam ngajar biasa... memang banyak sabar... tapi murid tahun satu memang special, mereka amat jujur dan iklas...

wassallam , nak balik rumah dulu.

Sabtu, 27 Mac 2010

SiPuteh Orkid



  •   Orkid merpati kembang pagi tadi, harum semerbak bila lalu berhampirannya. Tapi selalunya ia hanya kembang sepagi menjelang petang layu lalu gugur. Mewangi hanya seketika.
Sekuntum lagi juga berwarna putih turut kembang pagi tadi. (nama tak ingat)
      Butterfly ni juga kembang sepenuhnya pagi tadi, tetapi masih ada satu putik lagi yg belum kembang, juga warna putih bersih.. hari ini memang hari putih suci berkembangan.   

p/s : guna hp                          

Rabu, 24 Mac 2010

Facebook

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia,
Sihat...ari ni join facebook. Nak jugak join, harap-harap dapat kontek semula rakan-rakan lama, yang dah lama tak jumpa, tak dengar  khabar, tak tau di mana, yang dah duk merata-rata, yang masih dalam ingatan tapi jauh di mata.... tak lupa juga yang sentiasa ada depan mata......... harap2 dapat kongsi berita dan cerita.... kisah suka, kisah duka, khabar gembira, khabar duka............ ala apa-apa ajelah..

Wasaallam.

Selasa, 23 Mac 2010

Ubi rebus cecah sambal gesek

Salam 1Malaysia.
Ujan masih turun, sejak tengahari tadi hujan turun dengan lebatnya. Balik dari sekolah pun dalam ujan lebat, ambil Intan di TMS K.Pilah pun dlam ujan lebat... nampak gayanya ujan mungkin turun sampai malam.
Kalau ujan-ujan camni perut lapar je.. so ibuintan pun rebus ubi kayu.. ubi kayu ni di beli di sekolah pagi tadi. Ubi kayu ini ditanam oleh tiga orang pekerja am, mereka ada bercucuk tanam di kawasan lapang di belakang dewan, selalulah mereka menjual ubi, pucuk ubi, serai, terung, cili api dan kacang. Beli taklah banyak, hanya sekilo saja.. adalah dalam 3 buku, so ada masa tadi rebus untuk minum petang.Intan dan azim pun suka rupanya, mereka makan bercecahkan gula. Ibuintan dan ce abang makan dengan sambal gesek... dah lama tak makan berselera rasanya... makan pula dalam suasana dingin ujan petang, tak sedar habis sepinggan, minum pula dengan kopi O panas.. memang terangkat. Sedap.. terutama makan sekali skala camni.
Wassallam, jumpa lagi.

Sabtu, 20 Mac 2010

Orkid-orkid ku

Ini  orkid kampung yang sentiasa berbunga dan menghiasi pagar dihadapan rumah. Pokok orkid kampung ini ditanam berbaris di tepi pagar
.
 

Orkid ini juga (nama tak tau) sentiasa berbunga, ia juga ditanam di tepi pagar. Warnanya lembut dan menyegarkan. Sentiasa ceria dan segar.

Cattleya ini juga sentiasa berbunga silih ganti sepanjang masa. Dalam sepasu biasanya empat lima kuntum sekali mekar. Berbau harum.
Phal berwarna krim ini juga antara kesayangan yang sentiasa mekar. Biasanya hanya ada satu atau dua kuntum bunga saja, tapi kali ini dalam sepasu terdapat tiga tangkai bunga, di mana setiap tangkai ada 5 atau 6 kuntum bunga. Cantik dan meriah. Ini antara orkid yang terus memberi semangat untuk meneruskan hobi yang perlu ada dlm budget.
Ini pula sejenis dendrobium yang juga galak berbunga, memanggilnya rabbit sebab bertanduk yang menyerupai telinga rabbit. Gabungan putih, kuning dan maroon. Hanya sepasu ini yang kerap berbunga.
Ini pula si bellina. Juga galak berbunga. Dibeli di pameran orkid di Paroi tahun lepas, gabungan ungu, krim dan putih. Comel dan ayu.

Inilah antara orkid yang sentiasa mekar dan menyerikan halaman dan rumah orkid. Hobi menanam orkid bermula kira-kira 3 tahun yang lepas, ia hanya sebagai hobi dan sebagi terapi melihat kuntuman yang berbagai bentuk, warna, corak dan bau. Cuma masalahnya ia hobi yang perlu berbelanja juga. Sabar yo lah............

Wassallam, jumpa lagi.


Rabu, 17 Mac 2010

Dua mee lain rasa dan teh kaw.

                              Sarapan dah siap.... mee hoon goreng, mee goreng mamak dan seteko teh ' kaw' panas

Salam 1Malaysia.
 Pagi ni tak tahu nak masak apo, buka peti ais tengok apa yang ada, last-last jumpa mee tapi sikit sangat, jumpa juga bahan-bahan perencah serba sikit, jadilah... so mulalah operasi menggoreng mee. Mee goreng ala mamak ni adalah feveret Along. Mee ni adalah lebihan mee yang selebihnya telah di goreng semalam. Semalam nak buat mee kari tapi bahan nya kurang - tiada kerang, anak-anak akan komplen kalau tiada kerang. Ayam dan kerang wajib ada dalam mee kari, so semalam mee goreng biasa saja. Bila dah masak rasanya macam sikit sangat, so tengok lagi apa yang ada, jumpa mee hoon, apalagi rendam dan goreng. Mee hoon juga guna perencah dan bahan yang sama macam mee goreng. Anak-anak suka makan ngulangkali sebab waktu sarapan biasanya mereka makan sikit saja, tak berapa lalu tapi pukul 10 nanti biasanya mereka akan makan semula. Tu sebab sarapan kena buat lebih sikit.
Teh 'kaw' pulak adalah air wajib untuk ce abang, teh 'kaw' ialah teh yang pekat dengan susu pekat manis. Hanya pengemar teh yang tahu nikmat dan menikmati teh 'kaw'. Teh 'kaw' ni sebenarnya istilah untuk pengemar (tegar) teh di daerah sini. Teh yang digunakan biasanya ialah teh cap ikan terbang(bungkusan merah) kalau teh boh atau lipton biasanya tidak menepati dan tidak dapat 'kaw'nya. Teh cap ikan terbang ni produk dah lama, sejak ibiuntan kecil lagi aruah mak dan abah dah guna. Memang 'kaw'.......

wassallam, jumpa lagi

Selasa, 16 Mac 2010

Cerita... ceritala..

Salam 1 Malaysia.
Cerita 1
Laptop diservis. Beberapa hari juga tidak berblokwalking, lain rasanya. Tidak dapat menjengah rumah-rumah maya yg selalu dikunjungi, cuci mata dan cuci minda. Baru hari ni laptop okey, dah diservis dan diupgred, nternet pun dah speed, tak terhenjut-henjut lagi. Lepas ni tambah bersemangat nak buat entri untuk blog dan nak upgred blog juga, belajar dari laman maya juga walaupun payah nak paham dan kadang-kadang tak paham-paham. Otak dah banyak karat.... dah lama pakai.

Cerita 2
Cuti sekolah , hari yang sibuk di dapur biasanya. Sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Asyik keluar masuk dapur. Cuti sekolah ni, anak-anak sentiasa lapar, apa dimasak jamin habis dimakan. Budget dapur pun pasti meningkat. Biasalah anak-anak sedang meningkat naik, tiga-tiga dah remaja, masing-masing tengah berselera, cuti sekolah juga biasanya Along (yg duduk asrama) mengorder menu kegemarannya. Kepenatan memasak biasanya hilang bila melihat anak-anak makan dengan berselera., tiada yang membazir.

Cerita 3.
Tengahari tadi, ce abang balik kerja. Malangnya membawa berita malang. Kereta ce abang menyondol
kereta orang lain." Tak sempat brek" katanya. Nasib baek kereta yang disondolnya tidak teruk, kalau tidak pasti pemandu tu buat repot polis, jamin ce abang kena saman RM300. dan tambah lagi bayaran untuk repair
keretanya. Selesai bawah sahaja, esok pagi ce abang akan teman pemandu tu, hantar kereta ke wokshop, dan ce abang akan bayarkan upah repair. Keluar duit lagi, tapi kereta ce abang pulak tidak tau lah bila nak repair  teruk juga nampaknya, makan ratus RM juga rasanya. Nampak gaya cuti-cuti Malaysia batal lah tu...
Sabarlah ..... mungkin ada rahmat disebaliknya.


Wassallam, jumpa lagi.

Khamis, 11 Mac 2010

Harta tersorok

Assalamualaikum, salam 1Malaysia.
Nak tunjuk ke tak nak?? Tunjuk lah ye.. Ini adalah sebahagian harta antik mak mertua yang masih tersembunyi dalam stor. Rasa-rasa nak pujuk mak lepas ni supaya membenarkan mengeluarkan harta antik ni, keluar dari stor pindah ke dalam lemari ibuintan pulak. Sayang rasanya disembunyikan dalam stor yang gelap dan pengap tu. Setujukan???.  Sebelum ni dah ambik 4 biji , masa tu nak ambik lebih takut dikata "paku belanda" pulak, walaupun dalam hati kata "ambil lagi, ambil lagi" ,sabar dapat nanti tu. Kakak-kakak ipar tidak ada yang berminat dengan antik-antik ni, masing-masing cari yang moden. Inilah antara yang dapat ibuintan snap hari tu, yang lain ada lagi masih bersembunyi..

















Rasanya sesuaikan teko-teko ni dikeluarkan dari persembunyiannya.
Wasallam, jumpa lagi.

Selasa, 9 Mac 2010

Banyak dosa

Salam 1Malaysia.
Cuaca masih panas dan berbahang. Siang malam terasa panas. Membahang sehingga kipas yg berputar pun tak rasa kesannya. Td di dlam kelas, berkipas dengan sekeping kertas kadboard wlaupun berdiri di bwh kipas angin yg berputar ligat, tak rasa dinginnya, lalu sorang anak murid (hakim) berkata," panehkan cikgu, mak kato org skarang banyak doso(dosa) tu sebab hari2 paneh" Ibuintan tak terkata, tak sangka sorang bdk th satu cakap camtu, ibuintan tanya balik " kenapa ckp macam tu" Dgn slamba dia jawab" ia la cikgu, orang dah ramai bunuh anak skarang" . So ...apa nak kata

wassallam

Ahad, 7 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul

Assalamualaikum, salam 1Malaysia.
Pagi tadi sek. ibuintan mengadakan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Semua murid dari pra hingga tahun enam cantik berseri2 dengan pelbagai warna dan fesyen baju. Hari ini semua pelajar hadir dengan memakai baju raya(istilah mereka) dengan silelakinya berbaju melayu dan bersongkok sementara siperempuan pula berbaju kurung dan bertudung. Sungguh seronok melihat gelagat anak2 ni melaram sakan. Macam nak rayalah pulak.
Majlis ini bermula di dataran perhimpunan. Dimulai dengan bacaan doa, berselawat keatas nabi s.a.w, dan di ikuti dengan pertandingan bercerita kisah2 nabi. Seramai 20 mengambil bahagian. Terhibur dengan telatah mereka yang bercerita, ada yang konfiden, lancar, ada yg tergagap2 dan tak kurang juga yang terketar2. Nama pun anak2, macam manapun ibuintan salutt mereka, semangat tuk mengambil bahagian dalam apa2 akt yg dianjurkan berkobar2. Semalam telah dijalankan pertandingan tulisan jawi cantik tuk tahap 1 dan tulisan khat tuk tahap dua. Semua mengambil bahagian.
Setelah tamat pertandingan bercerita, semua plajar dan guru2 sama2 berarak sambil berselawat mengelilingi padang sek. Kemudian semua plajar diberi jamuan ringan berupa mee hoon goreng dan air sirap. Guru2 dan kakitangan sek juga menikmati jamuan ringan yg di adakan di perpustakaan. Ada bermcm2 juadah yg dibawa oleh guru2 dan kakitangan, beraneka rupa dan rasa.
Selepas menikmati jamuan semua plajar dan guru2 berkumpul di dalam dewan tuk mendengar ceramah. Sepatutnya ceramah disampaikan oleh seorang penceramah jemputan tapi malangnya disaat akhir penceramah berkenaan tdk dpt hadir, so sesi ceramah terpaksalah diambil alih oleh ustaz yg mengajar disek ni sendiri.
Semuanya berjalan lancar dan plajar2 diharap menambahkan rasa kecintaan kpd rasullullah s.a.w dengan sentiasa mengingati perjuangan baginda dlm menegakkan sinar Islam dan menjadikan selawat mainan bibir mereka.

wassallam.

Selasa, 2 Mac 2010

Rumah pusaka

P/s :  Semua tingkap tidak dibuka kerana mak dan abah mertua lebih selesa duduk di bahagian dapur.

Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia.
Inilah rumah mak mertua di Kg. Kepis. Nilah rumah pusaka yang diwarisi oleh mil secara turun temurun. Hanya mak dan abah mertua yg menetap di rumah pusaka ni sekarang. Rumah ini berbentuk rumah minang, dan dihiasi dengan banyak ukiran yang menarik. Menurut cerita mak mertua rumah ini dibina oleh aruah ayahnya, yang merupakan seorang tukang yang mahir. Rumah ini terdiri daripada anjung yang panjang dan ibu rumah. Cuma bahagian dapur telah dinaiktaraf. Jadi bahagian dapur telah menjadi ruang yang sangat mustahak. Bahagian atas rumah jarang dijengah. Bila semua anak2 mak mertua berkumpul barulah rumah atas digunakan terutama sebagai ruang tidur.
Anak2 mak mertua semuanya telah mempunyai keluarga dan rumah sendiri. Anak2 mak mertua ada yang menetap berhampiran dan ada juga yang tinggal jauh. Rumah pusaka inilah tempat anak-anak dan menantu mak berkumpul setiap hari raya atau cuti balik kampung. Suami ibuintan adalah anak yang keenam daripada 11 beradik. Rumah ibuintan lebih kurang 15 km dari rumah mak mertua.
Setiap cuti hujung minggu ibuintan pasti akan membawa anak-anak balik ke rumah mak mertua. Mereka keduanya telah tua dan uzur, sering sakit2, tetapi tidaklah menghidap penyakit kronik, cuma sering demam dan abah pula menghidap darah tinggi. Ibuintan akan memastikan kami sekeluarga menjenguk mereka walaupun sekejap. Seronok menengok senyuman mereka setiap kali kami sampai. Menjenguk sementara mereka masih ada. Kedua ibubapa ibuintan telah meninggal beberapa tahun yang lalu, jadi kepada kedua mak dan abah mertualah anak2 menunpang kasih atuk dan uwan. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan melanjutkan usia kedua mereka.

wassallam.