Followers

Jumaat, 30 April 2010

Semoga persahabatan ini sewangi sejambak mawar


Selamat malam,
Jutaan terima kasih kepada mrsNor - Hobi dan kehidupan atas kiriman sejambak bunga roses indah dan mengharum ini, ibuintan baru dapat menjemputnya,,, sebelum ini ada juga yang memberi tapi perasaan malu tuk mengambilnya masih menebal... maklumlah baru kenal....., tapi yang sebenarnya tak berapa pandai nak mengambilnya(ngaku jelah).... terima kasih mrsNor, salam dihulur semuga ikatan ukhuwah di alam maya akan berkekalan, terima kasih daun keladi...sudi memberi terlebih sudi pulak ibuintan menerimanya
Wassallam

Beli belah menu petang dan malam.... rehat ke dapur

 
Selamat petang,
Baru balik dari hantar Intan kelas tusyen di Kuala  Pilah, singgah simpang Tanjung Ipoh membeli pisang goreng panas, Pisang goreng yang panas dan amat garing... semua anak-anak suka memakannya,  ada dua pilihan jenis pisang - pisang nangka dan nipah. Beli dua-dua sekali sebab lain-lain kesukaan, ibu dan abah intan suka pisang nagka manakala anak-anak pula pilih pisang nipah Sampai rumah terus jerang air, buat teh kaw untuk abah intan dan anak-anak pula teh o ais, dua tiga ketul sorang , licin......
Selesai menu sepetang, kejap lagi jemput intan lak, nanti jamin singgah pulak di pasar malam Jalan Melang, pasti beli pulak untuk makan malam, tak payah masak lagi... Hari ni Along balik dari asrama, mesti lah beli nasi ayam tu... tak boleh tidak, minggu lepas dah beli nasi dagang dan nasi kerabu... malam ni pun ada jemputan kenduri rumah kawan, mungkin abah intan saja yang pergi, so ibuintan tapau je la untuk anak-anak.
Wassallam...

Rabu, 28 April 2010

e-filing.. selesai sudah

assalamualaikum, selamat malam,
Setelah dua hari fenin lalat.... akhirnya e-filing selesai gak...... entah brapa kali keluar masuk, asyik tak boleh login...... stuk kat e-borang lastnya malam ni berjaya juga... sebab malas nak pergi ke pejabat LHDN usahakan juga buat sendiri di rumah...... sejak dah guna stremix ni bolehlah, kalau masa broband dulu maunya tak tido, bukan fenin lalat lagi dah tapi fenin kumbang jantan maunya......... alhamdulillah demi tanggungjawab sebagai pembayar cukai semuanya dah selesai, selepas buat untuk diri sendiri buat juga untuk abah intan..dua-dua dah beres....... lepas ni boleh senamg-senangkan hati ronda-ronda kejiranan maya

Ahad, 25 April 2010

Pagi minggu yang penuh dengan kerja rumahtangga - mana ada cuuti

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.
Semalam sekolah,sekolah ganti untuk cuti hariraya nanti... so pagi ini sebuk, kena buat kerja double... aktiviti mengemas, mengemop, mengvakum dan segala macam kerja rumahtangga dilakukan pagi ni.....so memang tak dapat nak rest langsung ujung minggu ni............ pagi-pagi dah mula, step pertama ke dapur la.. bikin sarapan ... menu pagi ni nasi lemak, tapi takpe la sebab lepas makan aktiviti berat menanti, berat tu......... sapu sampah, vakum semua bilik, mengemop satu rumah, cuma membasuh kain baju ye dicutikan sebab paip tak berair , dari petang semalam paip air hanya mengeluarkan angin saja........tak tau sampai bila... harap air dalam tangki je.. kalau habis satu rumah tak mandi hari ni..........selesai kerja pembersihan........ aktiviti wajib lak... membelek dan membelai pokok orkid, terapi yang best lihat orkid yang kembang dan berkalerpul tu......... masih banyak orkid yang still bloom, hepi sesangat.......lepas ni nak mula memasak lak, hari ni cadang nak pergi berkelah di SMKAP, Pedas..... melawat along yang study di sana,... dah lama tak buat aktiviti berpiknik ni......... takde laut, padang je......ujung minggu gini biasanya banyak family yang datang menziarah anak-anak masing-masing, sambil membawa bekal makanan......... banyak yang datang sampai penuh semua wakaf yang disediakan pihak sekolah...... so ramai jugalah yang makan di bawah-bawah pokok rendang di tepi padang... tu yang ala-ala piknik tu..........santai gitu............ makan sambil borak-borak dan bertanyakan hal pelajarannya.......ni nak mula masak , .cadangan menu pagi ni ialah daging masak kicap........ menu feberet si along jugak tu... dan semacam dua lagi menu sampingan...
wassallam.....

Jumaat, 23 April 2010

Mengingati genap tiga tahun kematiah emak tersayang

Assalamualaikum ,
Hari ini tanggal 23 April genap tiga tahun pemergian emak tersayang.. emak menghembuskan nafas terakhir di wad CCu Hospital Tuanku Ampuan Najihah, K. Pilah... setelah mengalami komplikasi paru-paru yang teruk dan sukar bernafas... mak pergi mengadap Illahi dalam usia 75 tahun
Mak kenangan bersama terlalu sukar untuk dilupakan... Hanya Allah yang dapat membalasnya... Semoga roh mak sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya, semoga dosa-dosa mak diampuni Allah dan semoga  mak bersama para solihin dan syuhadah, hanya doa dan al-fatihah daripada  kami - anak dan cucu-cucu mak  yang amat merindui mu........ Amin

Ahad, 18 April 2010

Abah intan lak masak - sup ayam sayur campur

Salam dan selamat petang,
Hari ni cuti ujung minggu...kalau hari kerja hari-hari beli lauk tapau saja... hujung minggu cam ni wajib masak..

menu makan tengah hari ni ialah rendang pegaga dan juga sup ayam sayur campur......pagi tadi dah pergi
pasar minggu dan beli bahan-bahan masakan hari ni.........pucuk pegaga baik untuk kesihatan dan mental -
pegaga juga mujarab bagi memperbaiki fungsi minda, meningkatkan daya ingatan dan menguatkan tumpuan
fikiran (tidak berasa penat berfikir) so selalu beri anak-anak makan ulam pegaga, buat kerabu, buiat jus juga
sebagai gulai, selalunya buat rendang ayam kampung dengan pegaga ni......... sodap... tapi hari ni rendang
pegaga campur ikan bilis sahaja......... hari ini abah intan juga masuk dapur, abah intan masak sup ayam
kalau abah intan yang masak sup mesti ditambah dengan karot, brokoli, kubis bunga, lada benggala dan tak 
lupa lada sulah..... tu sebab ibuintan namakan sup ayam sayur campur..... berselera makan tambahan pula
hari ni mendung.......... jadi makan sup ni tak lah badan panas sangat, kalau cam selalu cuaca panas
membahang, makan sup cam ni mau mandi peluh semasa makan....... menitik peluh jantan bahana lada sulah
dan lada itam.......... tq abah intan next week masak tomyam pulak ye.... abah intan memang suka sup-sup gini
wassallam


Alfatihah buat Allahyarham Acik Spin.

Salam 1Malaysia dan selamat berhujung minggu,
Pagi ni selepas menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, Farah dan Shahirah dalam Nasi Lemak Kopi O membacakan  berita-berita dari suratkhabar utama hari ini, baru tahu bahawa Achik Spin telah meninggal dunia... meninggal setelah terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya LEKAS menghampiri Pajam petang semalam.... satu lagi kemalangan maut... nampaknya jalanraya dan lebuhraya di Malaysia sekarang memang dah menjadi pembunuh utama.... memang ajal dan maut di tangan Tuhan tetapi kita sebagai manusia dan sebagai pengguna jalanraya haruslah lebih berhati-hati dan berwaspada......... terbabas, terlanggar, melanggar, dirempuh, merempuh, terempuh ... rasa-rasanya semuanya berpunca daripada kelajuan.. kalau tak salah kita salah orang, jadi sama-samalah kita berhati-hati dan berwaspada di jalanraya.
Kepada keluarga alahyarham banyakkan bersabar dan ini semua ujian daripada Allah s.w.t.. alfatihah buat alahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan ahli syurgaNya.. Amin
wassallam

Khamis, 15 April 2010

Pajeri terung dan cerita terung

Salam n selamat petang,
Petang semalam masak pajri terung... terung cina panggilan biasanya, terung yang panjang sejengkal dan dark pepel tu...lauk ni bukanlah lauk feberet anak-anak sebenarnya, makan sebab terpaksa agaknya... ....

Setiap kali masak terung, ibuintan pasti teringat satu cerita lucu... pengalaman amat berharga juga sebenarnya..... kisah ini berlaku semasa ibuintan dalam darjah 3 (37 tahun) yang lalu...... lama dah, maklumlah dah tua pun...tapi tetap terkenang dan selalu senyum setiap kali terkenangkannya...

Kisahnya berlaku satu hari dihujung minggu dimusim menuai ketika tu... ibuintan ni anak sulung.... so mak (aruah) minta masak hari tu, mak pesan sebelum ke sawah,..mak minta ibuintan tanak nasi dan masak gulai terung ....gulai lemak cili padi.. sebelum turun ke sawah mak dah kukur kelapa dan tumbuk cili api dengan kunyit.......ibuintan tanya mak "banyak mana nak letak santan"       ...mak jawab "perahlah kelapa tu..bubuh santannya sampai tenggelam terung tu"


.so time masak tiba.. ibuintan dengan semangatnya mulalah ke dapur, time tu susah lagi.. masak guna dapur kayu api.... seksa tau nak ngidupkan api...memula tanak nasi dulu, sementara nunggu nasi masak , ibuintan potong terung, cuci dan masuk dalam belanga.. bubuh cili api dan kunyit yang telah mak tumbuk tadi letak juga ikan bilis sikit..

kemudian perah  kelapa(nyior)....... perah santannya dalam belanga yang berisi terung,  perah lagi, perah lagi... hingga penuh santan dalam belanga tapi terungnya tidak juga tenggelam, last-last santan dalam belanga dah melimpah keluar,, tapi terung tak juga tenggelam... warna kunyit pun dah ilang, dah tak kuning lagi.... masa tu memang tensen, rasa nak nangis dah, takdo sapo lak nak nolong, adik kecik lagi .... lagilah tak tau apo......

nak tak nak jerang jugak la belanga tu... meleleh leleh santannya keluar... api pulak asik padam, satu hal lagi tensen jaga api kayu ni...lastnya terung tu pun lembut lah, tapi dalam belanga masih banyak kuahnya... kalau terung dah lembut maknanya dah masak la tu... tak macam gulai langsung, jadi macam sup terung pulak...tak taulah nak cakap apo maso tu.......


makan time.......... mak dan abah makan tanpa bercakap, konon makan dengan kusyuk la tu, makan tetap makan... lapar... tambahan baru balik dari sawah........ endingnya abah cakap jugak........"sodap lauk ni" tak tau la apo maksud abah......... soba yo lah.........


dapat satu pengajaran daripada pengalaman............. nak tahu?........ ada ke terung yang tengelam dalam air??

Selasa, 13 April 2010

Imaginasi tinggi

Assalamualaikum,
ini kisah hari Jumaat lepas tapi tak sempat nak tulis. Tak terkata  sebenarnya dengan budak-budak sekarang, macam hal mereka tahu, mungkin dari apa yang dilihat, didengar ataupun dibaca.......... hari jumaat lepas ngajar BM kelas 3B, dalam klas ni ada beberapa orang plajar yang  slalu tidak membawa buku latihan, nak dijadikan cerita pada hari itu adalah seorang murid perempuan (A) dan seorang murid lelaki (B) yang tidak membawa buku latihan........akak pun mulalah menyoal siasat knapa tak bawa buku....... biasalah jawapan skema diorang ..........lupo......... akak pun taknak lah mendenda, tak berkesan pun...... tau punya.... tapi akak cadangkan kepada klas nak sandingkan siA dan B.. tapi tanya dulu siA nak tak, siA mengelengkan kepala dan malu2, siA ni berbadan gempal dan memang jauhlah saiz daripada murid2 lain.... bolehlah dikatakan saiz XXXL kalau dikompe ngan murid lain... akak tak sempat lagi tanya siB dia sendiri dah beri jawapan... "saya nak cikgu... saya setuju" akak tanya lak knapa, dia jawab " best cikgu, senang saya nak tepuk-tepuk punggung dia"... akak terkedu tak dapek nak cakap apo... murid-murid lain gelak sakan, yang siB selamba badak ye... tapi akak sempat juga dengar daripada mulut nye.....' best cikgu kalau dapat peluk dia' ..............  tak terbayang yang sorang budak 9 tahun ke situ imaginasinya,, so camno.....

Isnin, 12 April 2010

Dulu dan sekarang - lencana sekolah

Salam 1 Malaysia,
            kiri lencana lama ,dah guna berbelas tahun, ada gam dibelakang dan disterika pada baju, tapi perlu dijahit juga  supaya kekal dibaju................
                                                                                  kanan lencana baru, bersulam dan dijahit terus pada baju, .. saja buat perubahan baru , takkan baju ye yang bersulam ........ lencana pun perlu bersulam, lebih moden (komen seorang penjaga melalui smsnya)  lencana wajib kepada setiap pelajar sek rendah ataupun menengah, wajib ada pada baju atau tudung.......... kalau tak ada wajib jumpa guru disiplin,......... identiti sekolah la konon........ SKDI  ILMU TIANG NEGARA



wassallam

Ahad, 11 April 2010

Teduhan baru dan orkid baru

Salam.... petang semalam ce abang dengan baik hatinya telah mengganti semula plastik (net) sebagai teduhan untuk rumah orkid... kali ni letak jaring dawai sekali supaya tak dirosakkan lagi oleh sang kera... trima kasih bang...
                     Phal dibawah sinaran mentari pagi... ayu dan berseri....., gabungan purple dan pink....sukeeee
                           dendrobium warna purple dan oren...kembang dengan meriahnya... hantar zana boli orkid di rumah acik parit.. terus lak ambik orkid ni, suka dengan warna dan bunga yang meriah

Khamis, 8 April 2010

Alahai .. rumah orkidku

marah, sakit hati, geram tapi nak buat camno, nak marah sapo........ bukan orang yang buat pun tapi kera .. memang sah lah kera tu binatang ... tapi binatang ni dah naik kan darah akak... jadi nak diapakan kera ni... atap rumah orkid dah koyak rabak, bumbungnya dah runtuh... dah dua hari orkid berjemur bawah terik mentari tanpa pelindung.. abang pulak tak tahulah bila dapt baiki atap rumah orkid ni, pandang dari bawah terus nampak langit, ahhh sakit ati .. kalau dapat memang akak siang-siang kera ni, buat pekasam........... bukan sekor pulak tu tapi berekor-ekor..... entah apa yang dicarinya atas atap tu .. bukan ada buah-buahan pun...

Hadiah key-chain

Salam 1Malaysia,
pagi semalam terima hadiah  key-chain pemberian seorang anak murid- azrul azzim, yang baru balik bercuti dari Bandung........ terima kasih azzim atas ingatan tulus iklas kepada cikgu... azzim pergi bersama keluarga. . masih kecil tapi dah pandai berbudi.........  terima kasih juga kepada keluarga azzim

Rabu, 7 April 2010

Kempen Konsumer Kebangsaan 2008 -2012

Isnin lepas sekolah didatangi oleh wakil dari FOMCA, memberi ceramah dan penerangan tentang peranan pengguna kepada semua murid-murid tahap dua. Ceramah diadakan di dewan sekolah. Murid-murid diberi penerangan tentang tanggungjawab mereka sebagai pengguna dan pembeli. FOMCA sedang menjalankan kempen kesedaran kepada semua rakyat - PERUBAHAN BERMULA DENGAN SAYA.

Di antara sebahagian pelajar yang sedang mendengar ceramah dan penerangan yang diberikan. Selain mendengar ceramah pelajar juga mengikuti beberapa aktiviti soaljawab secara lisan dan bertulis.

Setiap pelajar mendapat sebuah beg jinjing untuk membeli belah - ganti beg plastik. Kenapa guru-guru tak dapat............. kan guru yang yang pergi soping, anak murid  ngikut mak aje... tak patut ni.........

Ahad, 4 April 2010

Ibu ....cuti masak hari ni.. Biar Intan yang masak.



                                ikan sembilang salai masak lemak  cili api campur terung telunjuk

Pagi tadi pergi pasar minggu, pusing-pusing tak tahu nak beli apa. Tidak tahu nak masak apa,, pasar minggu di tanjung ipoh ini selain menjual ayam ,daging, ikan banyak juga terdapat sayur kampung... Tanya ce abang nak beli apa pun tidak membantu.... belilah apa-apa.......... apa nak beli masalahnya.. akhirnya dalam tercari-cari tu sampai ke gerai menjual daging salai dan ikan air tawar salai.. terus beli ikan sembilang salai. Kemudian cari pula bahan untuk di masak bersama ikan sembilang salai ni.  Jumpa terung telunjuk,, okeylah  beli terus. Beli juga sayur campur dan kelapa parut.
Balik rumah intan tanya nak masak apa.. Ibu hari ni ibu cuti masak, biar intan yang masak. Okey no hal... Intan sebenarnya seorang anak yang rajin ke dapur. Seingatnya sejak intan di tahun 5, intan dah mula masak terutama ketika ibunya menyambut hari lahir, hari ibu, hari guru dan anivesary. Intan juga suka membuat kek terutama kek coklat kukus. Intan pandai masak lauk lemak cili api dan asam pedas. Along dan adik pun selalu puji masakan Intan sedap. Syukur .. semoga minatnya ke dapur akan berkekalan. Menu tengah hari tadi ialah ikan sembilang salai dan sayur campur.  Emmmm sedap.


SiPink Mokara

Mokara pink kaler kembang lagi, berbunga kali ke empat sejak di beli tiga dua tahun lepas, Warna pink yang lembut, belum kembang sepenuhnya. Suka warnanya, damai..

Jumaat, 2 April 2010

Along - Happy Birthday Sayangku

Assalamualaikum,
2hb april 1993. tepat pukul 12.10 minit malam, anakku Muhd. Amirul Syafik dilahirkan. Nama yg mambawa maksud pemimpin penyayang. Dalam keluarga dikenali sebagai Along, seorang anak yang manja, baik, mendengar kata serta pendiam. Sedari lahir alhamdulillah, along membesar tanpa masalah... along kini belajar di SMKA Pedas, dalam ting 5 dan akan menduduki SPM pada penghujung tahun ini. Sebagai anak sulung. .....abang kepada 2 orang adik, along diharapkan akan menjadi pemimpin dan pelindung yang boleh diharapkan. Ibu dan abah sentiasa mendoakan along sentiasa dalam lindungan dan rahmat daripadaNya Semoga along berjaya dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Belajar dan berusaha bersungguh-sungguh, semoga along cemerlang dan berjaya mencapai 9A seperti yang along harapkan. Amin ..
Selamat Hari Lahir sayang....

Wasallam..........