Followers

Sabtu, 10 Disember 2011

Berhenti berblog.

Hari ini genap seminggu semua isi rumah berada dalam tempoh didenda. Tempoh yang mengasingkan diri dengan dunia teknologi it dan dunia luar. Semuanya gara-gara kecuaian dan sikap tidak ambil kisah anak-anak dengan  banyak teguran, leteran dan peraturan yang diberikan.  Mereka cuai dan sebagai ganjarannya seisi rumah mendapat denda.  Denda agar lebih ambil berat dan prihatin selepas ini.


Aduhai... lain benar rasanya.  Banyak benda yang hilang rasanya.  Sunyi dan serba tak kena jadinya bila perkara yang biasa dibuat tapi kini terpaksa dilupakan.  Entah bila denda ini akan berakhir,  semuanya bergantung pada ketua rumah ini... siapa lagi kalau bukan abahintan. Nasib baik ketua pun tidak terkecuali dari denda.

Kejadian berlaku petang hari Jumaat seminggu yang lalu.  Kami berempat kecuali Along berada di rumah adik ipar yang membuat kenduri berkhatan anaknya.  Hujan turun dengan lebatnya beserta kilat dan petir.  Along tinggal bersendirian di rumah ketika itu.  Siaran astro memanglah dah hilang waktu2 hujan begitu, tv telah di offkan tapi suis tidak ditutup dan dicabut.  Along leka bermain game dihenfonnya hingga terlupa untuk menutup dan mencabut suis modem wifi juga,

Tiba-tiba kilat dan petir menyambar dengan kuat hinggakan Along merasakan renjatan daripada henponnya.  Nasib baik juga Along segera mencampakkan henfon ditangannya. Along ketika itu duduk berhampiran tv dan telefon rumah serta modem wifi. Menurut Along tangannya kebas untuk beberapa minit selepas itu. Cerita Along yang ini yang membuatkan abahnya sangat marah, nasib baik tidak berlaku perkara yang buruk kepadanya.


Panahan petir dan kilat menyebabkan telefon rumah, modem wifi serta alat penerima siaran astro terbakar. Sejak itu telefon rumah, intenet dan tv tidak berfungsi lagi.  Telefon rumah tak kisah sangat sebab henfon ada gantinya, yang dikisahkan sangat ialah internet dan tv. Padam semua.

Pujukan dan rundigan untuk memulihkan semula modem wifi dan astro belum berjalan lancar.  Abahintan masih belum beri respon. Yang membuatkan abahintan marah ialah kerana  ini adalah kali kedua modem wifi ini terbakar. Sebab yang sama seperti kali pertama dulu juga... suis dan plug tidak ditutup dan dicabut, tambahan baru beberpa bulan perkara itu berlaku.  Sedangkan itulah perkara yang selalu diingatkannya setiap kali selepas menggunakannya.

'Masih belum boleh' tegasnya.....namun kini sudah ada tanda-tanda denda ini akan berakhir sebab sudah nampak abahintan juga mengeluh bila tidak dapat menonton berita dan beberapa rancangan kegemarannya di tv. Harap-harap cukuplah seminggu saja denda ini berjalan, lain sangat pulak rasanya tanpa tv selain tak dapat berintenet. Lagi-lagi tak dapat nak berblog di saat cuti begini. Maka terpaksa berhenti berblog buat sementara waktu ini... harapnya benarlah sementara

Untuk entri ini, saya menggunakan broadband yang dipinjam daripada seorang rakan.  Tapi menggunakan broadband di kawasan kampong begini juga memang menduga sekali.  Terlalu lembab dan perlahan. Cadangan saya untuk menggunakan broadband bagi menggantikan wifi  terpaksa dibatalkan, memang tak berbaloi langsung.  Dan demi semua masalah ini maka saya perlu bersedia mengeluarkan belanja untuk telefon, modem wifi serta menghubungi pihak astro juga.... /demi berblog ku relakan jua, cuma menunggu keizinan abahintan saja sekarang ini....


//. kepada semua sahabat bloggers ibuintan mohon maaf sebab tidak dapat mengunjungi blog dan membalas kunjungan sahabat semua... moga kita jumpa lagi.












Khamis, 1 Disember 2011

Sudah-sudahlah.... jangan paksa, boleh tak?

Petang semalam rakan tu telefon semula.  Tanya dan desak semula.  Hati pun panas kembali.  Dah hampir lupa kes panas hati minggu lepas, ditimbulkannya semula. DI SINI.  Dah cakap dengan baik saya tak minat nak join dan saya juga tak ada modal sebanyak itu..beberapa ribu RM... dia boleh bagi cadangan lagi... buat loan bank... banyak cantik muka kau, senang dan sedap mulut je buat cadangan buat hutang beribu-ribu semata-mata nak menjadi ahli di bawahnya... mintak maap yo! Dari join dengan duit sebanyak tu lebih baik duit tu buat donpemen beli kete baru, buek hutang yang ado makno... nampak kete sebuah dopan mato!


MLM.  Bisnes  rancak zaman kini.  Saya bukanlah seorang yang anti MLM sepenuhnya,  Saya pun join beberapa syarikat MLM ni.  Saya pun ada jadi ahli, ada yang kata sekali daftar dan bayar yuran dapat jadi ahli seumur hidup.  Ada juga yang saya dah join bertahun dulu tapi sampai kini takde pun sebarang bukti saya jadi ahli.  Tak dapat pun kad keahlian. Kalau tak ada kad keahlian, hanya setakat dapat nombor ahli je tak payahlah.. sebulan dua ingatlah no ahli, dah makan setahun dua.. ghaib , lupa terus.  Nasib baik sebab join bawah rakan dapatlah beli barang  dengan harga ahli di bawahnya, yang lain-lain tak ambil peduli janji bila beli harganya lebih murah

Saya join syarikat yang menjual produk kegunaan harian dan join pun sebab nak guna sendiri produk itu.  Kalau ada teman yang nak, saya tolong belikan.  Bab kena cari sendiri ahli di bawah atau downline, takde masa.  Yuran keahliannya pun yang masuk dek akal saja, dua tiga puluh ringgit saja.  Kalau main ribu raban, no way... main jauh-jauh, cari orang lain. 


//Yang berkempen sampai berbuih mulut tu sebab taget nak jadi jutawan dinasihatkan jangan pilih saya sebagai orang bawahan... kompom anda takkan jadi jutawan segera sebab downline anda 'tido mati'.. tak membantu langsung. 


Sekian, wassallam... moga Pn ****** berjaya mengejar impian sebagai salah seorang jutawan Melayu di Malaysia  ini tahun depan. (taget dialah)