Besanku, bekas kekasihku.
Aduh..ayat . Tak lolap tido jadinya.
Baru-baru ni terjumpa kembali rakan baik (Nor) semasa di sekolah menengah, fb menemukan kami kembali, setelah lebih 25 tahun tidak bersua muka, alih-alih dia 'meminta ibuintan menjadi kawannya' semula. Terima dengan gembira sebab memang itu tujuan utama membuka akaun fb, mencari semula kenalan lama yang kini bertebaran di mana-mana.
Kami berchating dan bertukar-tukar nombor telefon.
Beberapa hari sudah menerima panggilan telefon daripadanya. Berborak lagi. Namun kali ini, Nor banyak mengimbau tentang gelodak jiwanya terutama kisah cinta lamanya. Kisah cinta (dirinya) dengan seorang pelajar Tingkatan Lima ketika itu,.
Ali (bukan nama sebenar) semasa di sekolah seorang pelajar yang sangat peramah dan sedikit nakal. Ali dan Nor mula bercinta monyet sejak Nor di tingkatan empat, mereka hanya berutus surat yang berwangi-wangian, walaupun sampul surat sudah di gam, ... terbau keharuman bedak talkum yang dicurahkan ke dalam surat tersebut, ibuintan tahu sebab selalunya ibuintan jadi posmen tak bergajinya. Rasanya mereka bercinta tanpa pengetahuan rakan yang lain.
Tanpa pengetahuan orang lain kerana sebagai posmen tak bergaji, ibuintan ada strategi sendiri menyampaikan surat tersebut... hahaha cuba bayangkan, setiap waktu rehat, ibuintan dan Nor akan masuk ke library, bukan baca buku tau... tapi 'poskan surat'... tu sebab tak pandai, orang lain masuk library baca buku, kami pula buat kerja lain..
Di dalam library, kami akan menuju bahagian buku Ensaiklopidia berbahasa Inggeris, yang tebal dan warna kuning, buku ni biasanya takde budak yang nak buka dan baca... so buku nilah jadi peti posnya... dah rancang, sapa yang tulis surat dia yang masuk dulu ke dalam library, kalau Nor yang tulis dia yang 'poskan' dulu kemudian keluar, Ali pula masuk dan ambik surat tu... begitulah selang seli.
Rasanya selama setahun bercinta di sekolah tu, tak pernah surat tu terkantoi atau dijumpai oleh murid lain. Mereka terus bercinta sehingga keduanya habis sekolah . Menurut Nor ada juga hampir tiga tahun mereka bercinta secara sembunyi. Masa tu takde hanpone lagi, surat je selalunya, jumpa pun sekali sekala sebab Nor takut dengan emak abahnya. Jumpa pun bila sesekali turun ke pekan. Remaja dulu tak berani macam remaja sekarang ni.
Ali memohon memasuki Pusat Latihan Polis dan berjaya mengikuti latihan di Pusat Latihan Jalan Gurney. Menurut cerita Nor, hubungan mereka mula dingin sejak Ali mengikuti latihan polis, mungkin kesibukan menjalani latihan menyebabkan Ali tiada masa menulis surat. Nor pula memohon mengikuti latihan kejururawatan, dan diterima memasuki Sekolah Latihan Jururawat di Pulau Pinang. Lalu kedua mereka terputus hubungan terus. Cinta mereka tidak kesampaian...
Kemudian kedua mereka berkahwin dengan pasangan pilihan masing-masing. Sehingga masing-masing telah mempunyai anak yang telah besar panjang dan takdir menemukan mereka semula. Dalam keadaan yang berbeza pula. Takdir menemukan jodoh anak mereka. Anak perempuan di sebelah Ali sementara anak lelaki di sebelah Nor. Anak sulung Nor dan anak kedua Ali. Kedua-duanya baru habis belajar dan baru bekerja.
Menurut cerita Nor, dia memang kehilangan kata-kata dan tidak tentu arah bila di rumah Ali semasa datang merisik dan membawa cincin tanya. Dia mengigil dalam kepanasan diruang tamu rumah bakal besannya. Dia rasa nak pitam bila mengetahui bakal besannya adalah kekasih yang amat disayangi satu ketika dulu. Semasa sesi merisik berlangsung, Nor tidak berani memandang muka Ali tetapi perasan Ali asyik memandangnya sambil tersenyum.
Anak mereka juga bertemu semasa sama-sama belajar di sebuah universiti di Utara tanahair. Kisah cinta kedua ibubapa diulang oleh anak mereka. Kedua mereka juga sekarang menetap di negeri yang berbeza.
Menurut Nor juga, memang anak lelakinya selalu membawa teman wanitanya balik ke rumah dan mereka selalu berkirim salam. Tetapi Nor masih tidak tahu yang teman wanita anaknya ialah anak Ali sehinggalah mereka berjumpa di rumah Ali semasa majlis merisik. Anak mereka telah mengikat tali pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti Tahun Baru Cina tahun depan.
Tanya perasaannya.... Nor kata 'sehingga sekarang merasa amat serba salah'.
Tanya lagi samada suaminya tahu kisah lalu dia dan bakal besannya... Nor kata ,'dia takkan cerita, takkan cerita pada suami ataupun anak-anaknya'
Ibuintan pun rasa itu yang sebaiknya, pendam sendiri dan simpan sendiri, biar pecah diperut..... walaupun dah lama berlalu, kenangannya masih ada tambahan pula itu adalah cinta pertama Nor. Nor berjanji akan mencuba bersikap biasa setiap kali bertemu besannya.
//insyaallah sampai jodoh anaknya nanti, ibuintan akan hadir ke majlis kenduri dirumahnya, harap-harap dapat juga berjumpa dengan Ali, nak tengok dan tanya pula reaksi Ali.
///kecilnya dunia ini, dan Allah Maha Berkuasa atas segalanya.