Followers

Rabu, 29 September 2010

Rumah terbuka

                    Baru balik dari majlis rumah terbuka seorang sahabat.                                      
                                   
Tuan rumah - Pn Hjh Salmiza



Sempat berposing sebelum balik.  Nampaknya malam ni tidur lena sebab kekenyangan.  Tuan rumah menyediakan menu yang berat seperti sate, nasi tomato, ayam masak merah, dalca selain kek dan pemanis mulut yang lain.

Badan rasa dah berat sangat, terasa kenaikan yang ketara  tapi aktiviti jalan-jalan dan makan-makan masih diteruskan. Tidak sampai hati tidak menunaikan undangan tuan rumah ke majlis sebegini. Juga tidak sampai hati tidak menjamah makanan yang dihidangkan.... takpun pantang ada depan mata lalu semuanya

..kena motivasi diri semula - jaga makan, jaga kesihatan, lakukan eksesais semula

\\

Selasa, 28 September 2010

Berbaloi-baloi


Sejak guna alat ni..streamyx wifi mengantikan broadband, tidak lagi memanggil....  kura-kura , siput babi , mangkuk hayun .... malah tekanan darah pun jadi stabil kembali, semua aktiviti yang melibatkan penggunaan internet berjalan lancar. Tiada lagi dosa menyumpah dan mengutuk si empunya broadband tu, maaflah ye si empunya broadband, tak berbaloi langsung.

Kalau sebelum ini nak muat turun satu fail, boleh pergi tangkap ayam dulu, sembelih ayam tu dulu, bersih dan siang ayam tu dulu, boleh masak rendang ayam tu dulu, boleh makan sampai habis dulu, pun belum tentu selesai muat turun satu fail tu...bayangkan macam mana tahap 'keslowannya].... boleh meroyan jadinya, tambahan pula masa tu Azim dan Intan sedang menyiapkan kerja folio mereka, yang memerlukan sumber bahan daripada internet.



Sejak minggu lepas, berbaloi-baloi lagi, tiada lagi perebutan untuk menggunakan laptop. PC yang di dalam bilik pun sudah boleh digunakan untuk melayari internet. Ibuintan telah membeli wireless USB adapter, yang dihubungkan di CPU, jadi seluruh rumah sekarang berada dalam zon wifi streamyx, malah jiran sekeliling rumah pun boleh menumpang sekali. (menurut kata juruteknik tu la..)




Namun penggunaan internet oleh anak-anak tetap dipantau, mereka tidak dibenarkan menutup pintu bilik semasa melayari internet. Takut mereka menyalahgunakan kepada yang tidak sepatutnya.

Sukanya dia, saya pun suka juga.

Semasa di Felda Kepis.....sebelum ke rumah 'sahabat' singgah sebentar di rumah seorang peneroka yang mengadakan 'rumah terbuka' hari raya. 'Sahabat' sedang berada di rumah peneroka itu yang merupakan rakan karibnya.

Setibanya di rumah peneroka itu, ibuintan berjumpa dengan seseorang yang amat di kenali iaitu Kak Nor. Kak Nor ialah seorang yang bergerak aktif dengan persatuan peneroka wanita. Ibuintan amat mengenalinya semasa mengajar di Felda Kepis dahulu. Ibuintan mengajar di Felda Kepis selama lebih kurang sepuluh tahun. Semua aktiviti yang dianjurkan di sekolah , Kak Nor dan kumpulannya akan turut serta, terutamanya bahagian penyediaan jamuan.

Kami sempat berbual, kebetulan anak Kak Nor, Nazri  ada bersama. Nazri ialah bekas pelajar ibuintan. Keterujaan Nazri dapat berjumpa 'bekas gurunya' semula amat mengusik hati ibuintan. Tak sangka masih ada bekas anak murid yang begitu menghargai sekali.  Kegembiraan terserlah dengan kata-kata yang dituturkannya. Walaupun hanya mengajar semasa Nazri di tahun lima, namun rupanya masih ada ingatannya terhadap bekas gurunya.

Nazri telah pun berkeluarga dan mempunyai anak dan sekarang bekerja di Puchung.  Kami sempat bergambar bersama sebagai kenangan. Terima kasih Nazri, semoga kita berjumpa lagi.

//"kalaulah cikgu lelaki, saya akan peluk cikgu,' tuturnya beberapa kali.

Ahad, 26 September 2010

Cerita hujung minggu.

Sejak semalam mula semula aktiviti menunaikan undangan majlis kahwin.  Selain menerima undangan ke rumah terbuka, undangan majlis perkahwinan juga telah banyak di terima.  Mulai semalam dan berterusan hampir setiap minggu, telah berbaris undangan untuk dihadiri.

Semalam hanya sempat menghadiri kenduri kahwin saudara sebelah abah mertua di Terachi.  Majlis perkahwinan anak perempuan yang sulung. Dua lagi undangan untuk majlis rumah terbuka rakan setugas dan penjaga murid di sebelah petang, tidak dapat dipenuhi.

Balik dari majlis perkahwinan selepas solat zuhur terus ke rumah mak mertua. Hari ini memenuhi pula undangan  kenduri kahwin saudara sebelah emak mertua pula.  Rumahnya selang beberapa buah saja dari rumah emak mertua, perkahwinan anak lelaki sulung.

Selepas zuhur, adik ipar dan suaminya mengajak menemankannya ke Felda Kepis. Adik ipar dan biras berhajat menemui 'sahabat' yang pernah menolong mengubati adik ipar yang pernah 'dianiaya' sebelum ini.  Adik ipar telah mengalami batuk yang teruk dan demam yang berterusan.

Telah beberapa kali ke hospital membuat pemeriksaan, di uji darah, kahak, air liur dan air kencing, namun hasil ujian tidak menunjukkan sebarang penyakit bahaya. Ke klinik dan hospital swasta juga telah dikunjungi. Namun hasilnya tetap sama, kata doktor hanya demam dan batuk biasa, tetapi keadaan adik ipar makin teruk, batuk makin kerap sehingga menjadikan adik ipar sakit dada dan sesak nafas.  Fizikal badan juga makin kurus.

Akhirnya adik ipar mencuba pengubatan secara altenatif. Adik ipar telah diperkenalkan dengan seseorang (sahabat) beliau tidak mahu dipanggil sebagai dukun ataupun bomoh', adik ipar telah melalui proses pengubatan yang kelihatannya tidak bercanggah dengan akidah, bukanlah teknik syirik, 'sahabat' itu mengutamakan konsep taqarrub(berpegang & yakin) pada Allah dan Alhamdulillah adik ipar telah sembuh sepenuhnya.

Hajat adik ipar dan suaminya petang tadi lebih kepada untuk bertanya khabar dan menziarah 'sahabat' yang pernah membantunya selama dalam kesusahan dan dalam angkara hasad dengki sesama rakan niaga.

Kami berada di rumah 'sahabat' sehingga pukul lima setengah petang kerana semasa kami sampai dirumahnya sahabat itu sedang berusaha menolong satu keluarga yang datang dari Batu Pahat, anak gadis  keluarga tersebut  sakit kerana perbuatan dengki sesama manusia sendiri.  Namun dari cerita yang didengari daripada mulut ibu gadis itu, anak gadisnya telah hampir sembuh sepenuhnya setelah menanggung derita hampir empat tahun. Mereka telah kerap kali berulang dari Batu Pahat semata-mata berikhtiar mengubati anak gadisnya itu.

Syukur, semoga dengan keizinan Allah anak gadis itu akan sembuh sepenuhnya.  Sebak mengenangkan dalam mengejar kesenangan dan kemewahan dunia, ada manusia yang sanggup menganiaya saudara seagama dan sebangsa sendiri.

Jumaat, 24 September 2010

Majlis sambutan Hari Raya

Wajah-wajah ceria di Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah
yang berlangsung pagi tadi.

Dimulai dengan Bacaan Yassin.



Aksi guru yang ceria.


Rabu, 22 September 2010

Hilang akal ke?

                                          (image dari Tok google)
Pagi tadi selepas waktu rehat, dua orang murid lelaki  tahun empat bergaduh di dalam kelas.  Pergaduhan berlaku dalam waktu yang singkat semasa pertukaran guru. Bergaduh atas alasan remeh. Sempat bertumbuk dan menyebabkan telinga salah seorang antara mereka berdarah sedikit.

Guru disiplin dan penolong kanan hem dipanggil. Kedua-dua murid diberi teguran dan nasihat. Yang tidak disangka-sangka, salah seorang murid sempat mengugut untuk membunuh diri.  Kononnya hendak terjun dari tingkat dua blok bangunan sekolah.

Senang sangat ke nak bunuh diri sendiri?

Selasa, 21 September 2010

Lambat cabut

Sejak semalam terasa sakit gigi. Tidaklah sakit sangat, tetapi terasa berdenyut-denyut terutama sewaktu makan. Hari ini selepas balik mengambil Intan dari sekolah terus ke klinik pergigian swasta di Kuala Pilah.

Entah mengapa penyakit sejak kecil masih ada lagi, penyakit takutkan doktor gigi. Setiap kali hendak berjumpa doktor gigi, mesti perut pun rasa lain macam. Terasa nak buang yang besar dan kecil masa tu juga, . Nasib baik juga tidak lama menunggu,  sebab  bila duduk saja atas kerusi dan mengadap doktor, perasaan nak buang membuang terus hilang.

Sebab sudah datang bersama, Intan juga membuat rawatan pencucian gigi sekali. Intan sibuk nak mencuci gigi semenjak bulan puasa lagi tetapi tidak berkesempatan menghantarnya. 


//Setiap kali sakit gigi, teringat teka-teki, seorang rakan sekolej dulu - Din Sura-  ' Mengapa kita sakit gigi' dan ' Mengapa orang perempuan mengandung". 

Isnin, 20 September 2010

Ini tidak adil!

                                       (gambar dari Tok Google)
Pagi tadi dalam kelas bercerita satu cerita pendek.

Ali dan Ahmad berkawan baik. Setiap petang mereka berdua suka berjalan-jalan disekeliling kampung. Sedang leka berbual-bual, mereka terjumpa sebiji tembikai yang besar di tepi jalan.  Ali dan Ahmad pun berebutkan buah tembikai itu. Ali kata dia yang punya sebab dia jumpa dulu. Ahmad pun kata dia juga jumpa dulu, jadi dia yang punya.

Jadi masing-masing berebutkan sebiji tembikai tersebut.  Dalam masa sedang berebutkan buah tembikai itu, datang  Apek Lim yang  bekerjaya sebagai tokey lantun(getah) membawa lori pickupnya.   Kerja Apek Lim ialah membeli getah lantun daripada orang-orang kampung.  Ali dan Ahmad meminta bantuan Apek Lim untuk menyelesaikan masalah mereka.

Apek Lim pun membelah buah tembikai tersebut menjadi dua bahagian (A dan B).  Apek Lim menimbang setiap bahagian buah tembikai itu, bahagian A lebih berat dari bahagian B. Bahagian A diberikan kepada Ali sementara bahagian B diberikan kepada Ahmad. Ahmad tidak bersetuju sebab bahagian Ali lebih berat. Lalu Apek Lim pun makan sedikit dari bahagian A.

Kemudian Apek Lim menimbang sekali lagi setiap bahagian buah tembikai itu. Kali ini bahagian B pula lebih berat dari bahagian A, Apek Lim pun makan sedikit bahagian B. Kemudian di timbang lagi, kali ini bahagian A pula lebih berat, maka Apek Lim makan sedikit bahagian A.

Begitulah seterusnya sehingga habis buah tembikai itu dimakan oleh Apek Lim.

Jadi 'moral of the story' ialah.......................

//jawapan murid tahun satu -

Ahad, 19 September 2010

Entri tertunggak

Kesibukkan sejak hari Khamis membataskan mengupdate dan menziarah blog sahabat yang lain.  Hari Khamis bersempena cuti 1Malaysia, ibuintan sibuk sepanjang hari. Setelah dimaklumkan bahawa beberapa keluarga adik dan kakak ipar akan datang beraya ke rumah,   ibuintan minta mereka datang untuk makan tengahari. maka sejak pagi lagi ibuintan telah pergi ke pasar membeli barang keperluan masakan.  Ibuintan masak lauk kampung dan nasi putih saja, menu yang lari dari menu kebiasaan  hari raya. 

Sebaik balik dari pasar, bermulalah aktiviti di dapur dengan dibantu oleh Intan. Menjelang tetamu sampai pada pukul 12 , semua makanan telah siap terhidang.  Hanya 5 keluarga ipar yang tiba dulu sementara keluarga kakak ipar dari Seremban tiba pada pukul 3 petang.  Kakak ipar sampai lewat sebab rumah mereka dikunjungi tetamu yang datang beraya.

Hanya keluarga adik ipar (usu) tidak dapat hadir kerana mereka membuat rumah terbuka. Begitu juga mak dan abah mertua yang tidak dapat datang kerana abah mertua kurang sihat.

Adik dan kakak ipar bergerak dari rumah ibuintan ke rumah Usu pada pukul 4 petang, keluarga ibuintan juga menyertai konvoi ke rumah Usu.  Kami berada di rumah Usu sehingga pukul 6 petang.  Sebaik sampai dari rumah Usu terus menerjah dapur semula, mengemas dan membasuh pinggan mangkuk serta periuk kuali, yang memenuhi singki.  Rumah ibuintan ketiadaan air sejak pukul 11 pagi lagi kerana kerja pemasangan dan membaikpulih paip air yang bocor di tepi jalan.

Air dalam tangki hanya digunakan untuk mandi dan mengambil wuduk saja.  Menjelang Maghrib kerja mengemas selesai.  Disebabkan kekenyangan, makan mee soto di rumah Usu, kami sekeluarga tidak mengambil makan malam. Jadi dapatlah berehat awal, tidak perlu memasak.

Semasa sedang menonton berita perdana, kami menerima pula kunjungan keluarga rakan sekampung yang telah menetap di KL.  Mereka singgah semasa dalam perjalanan untuk balik ke KL, mereka hanya dijamu dengan kuih raya sahaja. Mereka tidak membenarkan ibuintan memasak makanan berat sebab alasan mereka baru makan malam sebelum keluar dari rumah emak mereka.  Kami berbual sehingga mereka meminta diri sekitar pukul 10 setengah malam.


Kepenatan sejak pagi menyebabkan selepas solat isya' terus masuk tidur. Keesokkan paginya Jumaat bersekolah semula.

Free Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.com
Free Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.com

Free Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.comFree Image Hosting at www.picturetrail.com
Antara gambar yang sempat disnap oleh Azim.

Jumaat, 17 September 2010

Apa itu rumah terbuka?

Hari ini mula ke sekolah semula. Murid Satu Arif yang hadir ke sekolah hari ini hanya seramai lapan orang sahaja.  Setengah lagi masih menyambung cuti raya, kalau tidak pun malas bangun pagi sebab sejuk  Sejak petang semalam hujan turun dengan lebatnya.

Disebabkan murid yang ada hanya lapan orang, kami berborak banyak tentang sambutan hari raya. Bertanya tentang duit raya, baju raya, kuih raya, jalan-jalan raya dan sebagainya yang berkaitan tentang raya.  Juga tentang 'rumah terbuka' yang murid fahami.

Berikut ialah jawapan lapan orang murid tentang 'rumah terbuka' mengikut kefahaman mereka. (umur 7 tahun)

Hakim ;  'buka pintu dan tingkap'  Alasannya, kalau tak buka pintu dan tingkap , rumah gelap.

Damia :  ''waktu malam rumah itu di buka'  Tiada alasan.

Farouqi : ' buka bumbung'  Tiada alasan.

Adam   :  ' buka pintu'  Alasannya, sebab nak keluar masuk rumah.

Aizzat   :  ' buka langsir'  Alasannya, langsir baru.

Azzim   ;  ' buka almari' Alasannya, emak simpan baju raya dalam almari.

Humaira :  ' ajak orang datang rumah kita'  Alasannya, ibu bapanya baru buat semalam, ajak ramai orang datang.

Hikmah  :  ' pasang khemah'  Alasannya, ada pasang khemah di depan rumah

Itulah jawapan dan alasan mereka tentang 'rumah terbuka'

Rabu, 15 September 2010

Keberkatan Rumah terbuka

Rumah terbuka trend terkini menyambut perayaan. Kelaziman bagi mereka yang bekerja untuk menjamu rakan sekerja, handai taulan dan jiran sempena Aidilfitri.

Syarat supaya majlis rumah terbuka mendapat keberkatan:

1.  Niat - perlu ikhlas kerana Allah.  Bukan menunjuk-nunjuk yang kita ini orang berada dan sebagainya.

2.  Majlis itu sepatutnya turut mencerminkan keimanan kita.   Maknanya, jangan kita meninggalkan solat fardu hanya kerana sibuk melayan tetamu.

3.  Jangan hari raya dijadikan tiket menghalalkan percampuran bebas lelaki dan perempuan bukan muhrim.

4.  Majlis itu sepatutnya menjadi majlis penyambung tali silaturrahim.  Menggunakan kesempatan lebaran ini untuk bermaaf-maafan dan bukan memanjangkan sengketa. Sumber Utusan Malaysia/ Selasa/14 Sept.2010.

Sudahkah sahabat mengadakan majlis rumah terbuka ataupun menghadiri majlis rumah terbuka?
Ibuintan tidak menganjurkan rumah terbuka, sebab rumah sentiasa terbuka menerima tetamu.

Selasa, 14 September 2010

Ikut selera.

Raya keempat semalam.. Tiada aktiviti. Hanya beraya ke rumah  kakak saudara di sebelah rumah.  Yang selebihnya duduk di rumah saja, ke dapur...., makan.. ke depan pun..... makan. Melayan tetamu yang datang pun makan juga.  Alamatlah selepas raya ni tambah lagi beribu-ribu kalori.

Setelah tiga hari asyik mengadap makanan yang tinggi kolestrol dan lemak, semalam hanya makan sayur tumis air. Sejak hari raya ke dua mata mengantuk sangat dan badan rasa malas yang teramat sangat.  Tidur pun rasa tidak cukup dan masih mengantuk walaupun kalau diikutkan rasanya memang sudah terlebih tidur.

Menu raya yang berat mungkin antara faktor menyebabkan badan rasa tidak sedap, rasa lesu dan letih (basau kata orang tua2).  Menu raya pertama terutamanya, antara yang ibuintan makan ialah lemang, nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, rendang daging, rendang itik, sup tulang dan juga mee kari.  Makan di rumah sendiri ataupun di rumah yang dikunjungi semasa berhari raya. Raya pertama dan kedua hampir semua rumah yang dikunjungi menghidangkan menu berat ini.

Itu belum lagi biskut yang kebanyakkannya menggunakan majerin atau mentega. Walaupun bukan penggemar biskut tapi bila berada di rumah yang diziarahi, melihat biskut yang beraneka rupa dan nama baru didengari teringin juga untuk mencuba, biasanya akan mencuba makan biskut yang baru ditemui. Antara biskut baru yang di temui kali ini ialah biskut lintah, biskut nur qasih, biskut madu mak dan beberapa nama lain.
 
Begitu juga dengan air minuman. Hampir semua rumah yang dikunjungi juga menghidangkan air minuman yang berperisa dan manis. Tidak kurang juga air bikarbonat. Pendek kata hampir semua makanan dan minuman yang masuk ke perut sepanjang hari raya adalah makanan yang kurang sihat dan bakal penyumbang pelbagai jenis penyakit.  Tiada menu yang mengikuti hukum piramid makanan. Makanan seimbang. Semua menu mengikut hukum selera sendiri.
 
                      Tu sebab semalam beli banyak sayur saja.
Itu nasib baik juga ibuintan bukan penggemar kek, masih dapat kawal dari mencuba makan kek yang berbagai jenis dan lapis.

Bercadang hendak memulakan puasa ganti/sunat mulai semalam tetapi Intan pula minta tangguh sehingga minggu depan. Terpaksa tangguh dulu sebab nanti dia keseorangan  pula  berpuasa.

Ahad, 12 September 2010

Laluan sakaratulmaut

Raya ke tiga ibuintan sekeluarga di kampung mak mertua semula. Bergerak petang semalam dalam pukul enam suku petang tetapi sebab jalan 'ke  jem an' , biasanya perjalanan hanya mengambil masa setengah jam berlarutan ke pukul 7.55 malam baru sampai di rumah adik ipar, singgah di rumah adik ipar untuk menunaikan solat Maghrib.  Dari rumah adik ipar menziarah pula ke rumah bapa saudara abahintan tidak jauh dari situ,  Rumah adik kepada abah mertuaku.

Tengah hari tadi dalam perjalanan balik singgah pula di rumah adik perempuan abahintan di Rumah Rakyat Senaling. Mereka menjamu dengan me goreng.  Dari rumah adik ipar, kami bercadang hendak terus ke rumah emak saudara ibuintan pula di Pekan Juaseh, tetapi bila sampai di Pekan Kuala Pilah melihat jalan dah mula sesak dan jem, kami membatalkan hasrat tersebut sebaliknya terus pulang ke rumah. Perjalanan yang lembab sejauh 7 km dari Kuala Pilah ke rumah ibuintan.

Banner yang direntang di tepi jalan besar Seremban ke Kuala Pilah berhampiran persimpangan lampu isyarat Ampang Tinggi dan Jalan Melang.  Banner ini telah dipasang seminggu menjelang hari raya. Setiap hari lalu lalang perasan tentang banner ini, disebabkan perjalanan balik yang berensut-ensut petang tadi menyebabkan kereta ibuintan berhenti lama di hadapan banner ini, maka sempatlah snap gambar menggunakan hphone murah ibuintan.

Seperti yang diwarta, laluan Seremban ke Kuala Pilah termasuk antara laluan  maut kini sakaratulmaut pula, maka dengan ini banner terpaksa direntang untuk mengingatkan pemandu dan pengguna laluan ini supaya berhati-hati dan berhemat semasa memandu di sepanjang laluan ini.  Banner ini hanya sebagai peringatan saja, namun sikap pemandu sendiri yang menentukan segala-galanya.

 Pandu cermat jiwa selamat. Emak mertua selalu berpesan,'bawak lambat sampai, bawak laju belum pasti'

Sabtu, 11 September 2010

Hari raya pertama

Salam 2 Syawal.
Berlalu sudah satu Syawal yang ditunggu. Seperti biasa dimulai dengan solat sunat aidilfitri, ibuintan dan keluarga solat di Masjid Tuan Tulis, melimpah ruah jemaah sampai ke bahagian luar masjid, jemaah lelaki ada yang solat di kawasan luar masjid yang di pasang khemah. Selesai solat sunat diteruskan dengan tahlil aruah.

Sampai saja di rumah, sudah ada anak-anak jiran yang datang bertandang. keseronokkan hari raya memang milik anak-anak.  Berkumpulan mereka datang, silih berganti. Kebanyakkannya anak rakan-rakan yang keluar merantau. Terpaksa bertanya setiap seorang anak siapa. Mereka datang awal sebab ibu bapa mereka akan beraya ke rumah mertua pula di tempat lain ataupun ibubapa mereka terpaksa balik awal sebab cuti tidak panjang.

Kanak-kanak yang menetap di sini belum ada yang datang bertandang lagi. Kebanyakkan mereka adalah anak murid dan bekas murid, jadi biasanya mereka akan datang dalam kumpulan juga setelah membuat temujanji dengan rakan mereka dari kampung lain yang berhampiran.  Kebiasaan mereka tidak akan datang pada hari raya pertama.

Menu  semalam selain lemang dan rendang, ibuintan juga sediakan nasi impit dan kuah kacang.  Kanak-kanak yang datang tidak menjamah pun makanan berat ini, mereka hanya makan kerepek dan biskut sahaja. Ibuintan hanya menempah beberapa jenis biskut saja daripada biras dan membeli beberapa jenis kerepek. Kebiasaannya kerepek memang menjadi pilihan kanak-kanak.  Biskut made in sendiri memang tiada.

Ada juga jiran yang pulang dari menziarah kubur, singgah beraya di rumah.  Jiran yang menziarah kuburan ramai yang lalu di dalam kawasan rumah ibuintan sebab tanah perkuburan terletak di kawasan tidak jauh di belakang rumah, kiranya rumah ibuintan dan jiran sebelah merupakan jalan pintas ke kawasan tanah perkuburan.

Ibuintan dan keluarga serta adik dan isterinya hanya sempat menziarah kubur mak dan abah selepas solat Jumaat semalam. Adik lelaki serta isterinya sampai sebaik saja kami balik dari masjid.  Di sini ibuintan hanya dua beradik saja. Keluarga kecil. Semasa dikuburan, tahun ini Along diberi peluang membaca doa untuk aruah uwan serta atuknya.

Ibuintan sekeluarga bergerak ke rumah mak mertua petang semalam sebaik balik dari menziarah kubur.  Sepanjang perjalanan dari Tanjung Ipoh ke Kuala Pilah jalan sesak, perjalanan yang selalunya 20 minit mengambil masa hampir satu jam.  Selain beraya di rumah mak mertua, kami juga menziarah ke rumah kakak-kakak dan adik abahintan yang berada di sekitar kampung mertua...

Ibuintan balik semula ke rumah pada pukul sebelas malam semalam.

Seharian kepenatan berjalan dan setelah kekenyangan makan beraneka jenis makanan, setibanya di rumah, hanya tidur yang dimpikan.

Khamis, 9 September 2010

Takbir Raya

Dalam kegembiraan menyambut Syawal, hati terusik pilu mendengar alunan takbir raya. Sebak dan pilu bersilih ganti...Maha Besar Allah, terlalu indah  dan menusuk jiwa mendengarnya...Marilah kita bersama-sama bertakbir memuji kebesaran Ilahi.

Di ambang Syawal


Ramadhan ke 30.

Ramadhan akan berlalu Syawal akan menjelma.

Dalam kegembiraan menanti Syawal hati pilu melepaskan Ramadhan.

Semoga segala amal perbuatan di sepanjang Ramadhan ini di terima Allah.

Semoga ini bukan Ramadhan yang terakhir.

Selasa, 7 September 2010

Tak dapat nak tolong

Dua hari lagi menjelang hari raya ataukah sehari saja lagi...Petang tadi dapat panggilan daripada adik ipar (Acik):.

'Akak balik tak, baliklah kak,  kita buat lemang sama-sama. Betul ke akak tak balik hari Khamis ni, emak kata akak tak balik' suara adik ipar cemas.

'Akak boleh tak tolong  siapkan langsir Usu (adik ipar), Acik tak jamin boleh jahit lagi ni, tolong kak ye'  cemas lagi.

Aduh......dua persoalan dan permintaan yang sukar ditunaikan.
Pertama:  tahun ini ibuintan sekeluarga bercadang balik kampung mak mertua pada pagi raya selepas solat sunat hari raya sebab bukannya jauh pun dalam 20 km saja.

Kedua;  Kalau balik sebelum raya maknanya ibuintan tidak dapat memasak rendang daging dan ayam, juga tidak dapat membuat nasi impit dan kuah kacang untuk rumah sendiri.  Ini menu wajib permintaan si tiga beradik tu.

Ketiga:  Di rumah mak memang masak rendang, bakar lemang juga, tapi takkan sewaktu balik ke rumah sendiri nak bungkus dan tapau rendang sekali, sedangkan ramai lagi anak menantu dan cucu mak yang belum balik ke rumah masing-masing. ..malah belum tentu rendang tu ada lagi

Keempat:  Sudah melobi si tiga beradik tu yang kami sekeluarga akan balik pada pagi raya adik ipar tak baca ni dan semua setuju abahintan tak taupun

Persoalan kedua:    jahit langsir....mak aii memang tak sanggup, baju raya sendiri pun tak tersiapkan lagi, nak minta jahit langsir pula...maunye tak bergerak dari mesin jahit tu, mau makan tidur depan mesin jahit tu saja.... .lastnya nanti pagi raya tumbang ....  kalau ada masa lagi seminggu pun kira bolehlah lagi untuk tolong jahitkan langsir tu, ni masa dah suntuk sangat... minta maaflah kedua adik ipar ku ye, tak dapatlah akak ni nak menolong tu...

Esok 29 Ramadhan, target utama mesti siapkan dua pasang lagi baju yang masih belum siap, baju tempahan dah beres semua., selepas itu tutup dan simpan mesin jahit. Hari Khamis hari ke dapur seharian...masak, masak, masak, masak, masak,..... makan.

Kalau lah Khamis diistiharkan raya ....sabar ye lah yo!