Followers

Jumaat, 28 Oktober 2011

Pergi takkan kembali.

Innalillahiwainnailaihirajiun

Daripada Allah kita datang, kepada Nya jua kita kembali...


Sebaik sampai di sekolah pagi tadi,  menerima panggilan dari Acek.  Acek memaklumkan bahawa Pakcek Yusuf ... adik lelaki bongsu arwah abah telah kembali ke rahmatullah petang semalam.  Pakcek pergi diusia 86 tahun kerana sakit tua.  Penglihatan dan pendengaran Pakcek telah berkurangan sejak beberapa tahun yang lepas.   Pakcek dan keluarganya kini menetap di Felda Sg Kelamah, Gemas. 


Ibuintan meminta keluar untuk menziarahi jenazah pada pukul 9 pagi namun kehadiran dua orang jemaah nazir yang datang membuat pemantauan membuatkan ibuintan lewat keluar.  Selepas sesi perjumpaan dengan salah seorang jemaah nazir barulah ibuintan dan suami bertolak ke Gemas.  Sebaik kami sampai jenazah telahpun dimandi dan dikapankan.  Namun nasib baik masih sempat menatap wajah Pakcek untuk kali terakhir.

Semoga Allah mencucuri rahmat k atas roh Pakcek dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.  Al-fatihah...












Khamis, 27 Oktober 2011

Berkongsi cara merawat demam menurut Islam.

Demam lagi.  Sejak semalam dah demam,  panas badan turun dan naik saja. Sekejap panas sekejap okey. Sebelum tidur malam tadi basahkan kepala dan bila bangun pagi tadi rasa badan dah okey semula. Tak jadi ambil cuti.  Tapi menjelang pukul sepuluh ni badan mula rasa panas semula.  


Mari kita kongsi cara merawat demam menurut Islam.  Info ini saya dapat dari ruangan forum Ratuhati.

Abu Hurairah r.a berkata: “Tidak ada penyakit yang menimpaku yang lebih aku sukai daripada demam, sebab demam merasuk setiap organ tubuhku, dan Allah swt akan mengurniakan pahala bagi setiap organ tubuh yang diserang demam.”


Sejukkannya dengan Air

Hadis riwayat al-Tirmizi dalam Jami’nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ meriwayatkan: “Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam dan demam itu adalah percikan api neraka, maka hendaklah dipadamkan demam itu dengan air sejuk dan hendaklah berendam di dalam sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar (subuh) dan sebelum terbit matahari. Dan bacalah doa dibawah ini:






Maksudnya: “Dengan nama-Mu ya Allah, sembuhkanlah penyakit hamba -Mu dan benarkan bimbingan Rasul-Mu.”

Lalu berendam sebanyak tiga kali selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, alhamdulillah. Jika belum sembuh juga, ulangi hingga lima hari. Jika belum sembuh juga, maka tujuh hari. Biasanya tidak pernah lebih dari tujuh hari, dengan izin Allah.

Bagi yang dikampung dan berdekatan sungai yang mengalir,  Alhamdulillah tetapi bagi anda dibandar boleh sahaja mandi atau membiarkan air mengalir dari kepala untuk sekurang-kurangnya 15 minit setiap pagi sebelum fajar dengan membaca doa seperti diatas.  INSYA'ALLAH  .Semoga Bermanfaat.


//ibuintan memang sentiasa mengamalkan membasahkan kepala  semasa demam.... cepat panas badan turun, petua ni juga didapati dari salah sebuah drama bersiri Korea beberapa tahun yg lalu, dalam drama ini juga mencadangkan kita mandi di sungai semasa demam....samakan macam amalan menurut Islam di atas.


/// adik ipar ibuintan juga semakin kurang diserang migrain sejak ibuintan mengesyorkan dia mandi dengan membasahkan kepala setiap pagi... wallahuaklam semua dengan izinNya juga kan., kita sekadar berusaha dan berikhtiar


.










Rabu, 26 Oktober 2011

Sesi menunjuk hasil air tangan si anak.

Selamat  bercuti buat semua...dan selamat menyambut Deepavali buat Pn Kaliani dan Analetcumi.  Teringat akan kesedapan dan kerangupan maruku buatan PN Kaliani.

                                    ************************************

Dah sarapan lom.  Hari ni ibuintan nak buat entri sesi menunjuk-nunjuk.  Macam bagus je kan... takde lah, hanya ini saja modal yang ada untuk hari ini sebelum bertolak ke Mersing kejap lagi.


 Nasi lemak.  Sarapan dipagi hari cuti mestilah buatan sendiri.  Simple tapi agak berat, berat mata jugak kalau selepas makan ni duduk saja tanpa buat apa-apa aktiviti.  Mesti mengantuk kan sebab 'amat berlemak'.


           
 Ini pula  nasi tomato hasil air tangan Intan. Semalam intan masih  bercuti jadi dia membuat surprise dengan memasak nasi tomato.  Sebelum ibuintan ke sekolah pagi semalam dia dah pesan' hari ni ibu jangan beli lauk, nanti intan nak masak'... dan hasilnya balik saja dari sekolah tengah hari semalam nasi tomato telah terhidang.  Nasi tomato dengan ayam masak merah.  Ayam masak merah yang sedap secukup rasanya cuma nasinya saja agak 'terlembik' sedikit.  Ukuran air seperti biasa dia tanak nasi cuma Intan tidak ambil kira air dari pati tomato dalam tin yang digunakannya... tu yang nasi tu agak lembik sedikit.  Namun cubaan pertama yang amat membanggakan.  Terima kasih Intan.






Selasa, 25 Oktober 2011

first time in my life - STAR of Paroi

 Ini kisah hari Sabtu malam Ahad yang lalu, namun  tiada kesempatan untuk menulis cerita tentangnya.  Kisah kali pertama dalam hidup.  First time jejak kaki masuk stadium menonton bola sepak.  Rasa lain macam pulak bila mula masuk stadium tu... hahaha makcik nengok bola kau.  Tapi bila dah masuk dalam stadium baru tau rupanya banyak makcik2 malah baya uwan2 pun ado yang datang, siap pakai baju 'kuning' pulak tu.   Hilang malu-malu kucing den.

 Demi memenuhi permintaan seorang anak gadis remaja yang berusaha memujuk ibu dan abahnya sejak pagi, maka  ibu dan abahnya dengan berat hati terpaksa akur dan kalah jua.  Intan sejak pagi beusaha keras memujuk, terutama memujuk abahnya... merayu-rayu sangat.  Entah kenapa kali ini semangatnya berkobar-kobar sungguh, alasan utamanya 'nak nengok dan merasai suasana' yang selama ini hanya didengarnya daripada mulut sepupunya saja.  Sebaik abahnya berkata 'okey'  dia menjerit kegembiraan.  Seronok sangat dia dapat menyaksikan secara live Semi-final NS dan T-Team.


        bersama sepupunya yang tidak pernah miss ke stadium setiap kali melibatkan perlawanan pasukan negeri sembilan.



Memang meriah, STAR of Paroi memang dikuasai sepenuhnya oleh para penyokong NS.  Gegak gempita dengan bunyi gendang, trumpet dan sorakan penyokong.  Macam-macam aksi dan nyanyian dapat didengar.  Gelihati pun ada melihat aksi penyokong yang berbagai terutama gelagat peminat yang terlalu fanatik.  Yang penting intan gembira akhirnya. 


Hujung minggu ni harapnya ada rezeki pasukan "hobin Jang' untuk  bergelar juara Piala Malaysia .  Nak pergi ke Stadium Shah Alam ... tak mungkin...... kami akan menonton di skrin tv di rumah saja.












Khamis, 20 Oktober 2011

SAPS... dalam senang ada juga susahnya.

Segar dan dingin, itulah yang amat dirasai pagi ini setelah sepetangan semalam hujan turun dengan lebatnya.  Memang rasa amat segar... tidur juga amat lena malam tadi. Sesekali dapat tidur dengan lena amat puas rasa nya.  Sekarang semakin umur menginjak naik, ada masa-masa tertentu sukar untuk tidur dengan lena. Mata payah lelap, kalau dah tidur pun seringkali terjaga, lambat tidur namun awal pula terjaga.  Jarang sangat nak dapatkan tidur yang lena selama enam jam berterusan.  Tu yang dapat sesekali rasa puas sangat.  Bertenaga dan hilang segala kepenatan rasanya



.

Hari ini hari terakhir anak murid menduduki periksa akhir tahun.  Markah untuk subjek yang diajar juga telah selesai dimasukkan ke dalam Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS) secara online untuk  kelas Arif. Malangnya data dan nama murid untuk  kelas Bestari telah tiada...  semua data telah hilang padahal nama dan data mereka telah didaftarkan sebelum ini.  Entah di mana silap dan entah siapa yang memadamkan data tersebut, boleh hilang pula. Data untuk kelas Bestari hilang selepas semua markah untuk ujian bulan Julai di key-in.

Nampaknya terpaksa meminta setiausaha peperiksaan dimendaftarkannya semula.  Menggangu betul, kalau tidak komfom selesai satu kerja.  Hanya tunggu semua guru subjek lain memasukkan markah dan tugas seterusnya hanya mencetak  dan mengedarkan slip keputusan kepada ibubapa.  Dalam kecanggihan kerja masih ada juga masalahnya yang timbul.

Disaat masih belum diserbu, masih laju untuk masuk dan  buat kerja, itu pula masalah yg dihadapi. Minggu hadapan bila hampir semua sekolah telah selesai menjalankan peperiksaan, bila semua guru mesti memasukkan markah, sudah tentu talian akan 'jammed' semula, seperti peperiksaan pertengahan tahun yang lepas, markah hanya berjaya dimasukkan selepas pukul sebelas malam.. itupun setelah beberapa kali cuma log-in.  Tapi harapnya kali ini tiada masalah begitu lagi.


 Buat ibubapa yang tak sabar nak menengok markah anak2 mereka boleh pergi ke http://saps.moe.gov.my, 
itupun kalau cikgu2 anak kita dah masukkan markah lah, kalau belum.... buka lagi dan lagi...  kalau dah  tak sabar lah, kalau sabar yang seeloknya tunggulah anak bawak repotkad balik...


             Senang sangat cuma masukkan no sijil lahir anak atau ic anak.... semua dihujung jari saja.  Tapi kalau cikgu tu belum masukkan markah, janganlah marah kat cikgu anak kita pulak... tentu cikgu tu perlu ambil masa menanda dan memberi markah tu.   Tak pun macam masalah ibuintan di atas.. data murid hilang.  

Ikutkan semua cikgu nak cepat menyiapkan kerja2 berkaitan pemarkahan ini, .. cepat siap senang hati.  Hujung tahun berderet aktiviti dan majlis yang akan berlangsung.

Akktiviti sekolah ditempat ibuintan yang bakal berlangsung:

1.   khatam Al-Quran  untuk pelajar tahun enam.
2.   sukan sekolah

3.   majlis Qurban - tiga ekor lembu

4.  majlis anugerah kecemerlangan sekolah.

Semuanya dalam masa sebulan ni.  Sudah dua hari bermesyuarat tentang aktiviti yang bakal berlangsung, tengah hari nanti ada satu mesyuarat lagi.  Baru mesyuarat dah terasa penatnya.... empat xtvt dalam masa sebulan.






Selasa, 18 Oktober 2011

Minggu peperiksaan.



//semoga anak-anak ibu yang sedang menduduki peperiksaan akhir tahun dapat menjawab dengan tenang dan mudah.  InsyaAllah,,... Along, Intan dan Adik Azim,   ibu sentiasa mendoakan anak-anak ibu, ibu sayang kamu






Sabtu, 15 Oktober 2011

........ aduhaiii..janganlah sampai camni!!

      
Kalaulah camni...

Ada ke yang akan jadi macamni?















Jumaat, 14 Oktober 2011

Kecoh.... susu 1Malaysia menyebabkan sakit perut dan muntah.

Gara-gara susu 1Malaysia yang diberikan percuma kepada setiap murid pagi tadi, maka menjelang pukul sepuluh pagi  murid-murid mula  mengadu sakit perut dan muntah-muntah.  Keadaan menjadi makin kecoh, bila seorang lepas seorang mengadu perkara yang sama. Sakit perut dan muntah, mereka muntah beberapa kali.  Keadaan ini menyebabkan keadaan sekolah menjadi agak kelam kabut.

Mula-mula pihak sekolah hanya meminta murid-murid yang terbabit berehat di bilik rawatan saja.  Sapu minyak angin saja.  Namun akhirnya keadaan menjadi makin tidak terkawal bila semakin ramai yang mengalami sakit perut dan muntah-muntah.  Pihak sekolah akhirnya terpaksa memaklumkan kepada PPD dan jabatan kesihatan.

Beberapa orang pegawai perubatan beserta tiga buah ambulan telah dikejarkan ke sekolah.  Rawatan  kecemasan diberikan, namun memandangkan keadaan yang tidak terkawal akhirnya kesemua murid seramai 40 orang yang terbabit telah dihantar ke hospital. 

         Meratap melolong anak-anak sebab taknak dihantar ke hospital.  Merasalah mereka naik ambulans pagi tadi.  Susu percuma 1Malaysia ini diterima pada hari Rabu yang lepas, dan setiap murid diberikan sekotak seorang.  Tarikh luput yang tertulis dikotak ialah pada bulan Januari 2012 nanti.  Mungkin ada antara susu tersebut yang telah tercemar dan menyebabkan keracunan makanan kepada mereka yang telah meminumnya. 


Dua orang pegawai dari PPD K.Pilah juga turut datang memantau keadaan dan melihatkan keadaan sedemikian pegawai tersebut telah meminta kesemua susu yang masih belum diminum dikutip semula.  Pegawai berkenaan juga telah meminta semua sekolah di daerah Kuala Pilah untuk memberhentikan segera pemberian susu percuma yang masih dalam simpanan sekolah.


// setiap guru juga menerima sekotak seorang, dan ada juga yang mengadu perut mereka rasa tidak selesa selepas meminum susu tersebut.














Selasa, 11 Oktober 2011

Pasrah.


Kadangkala hambu-Mu ini terlalu lemah Ya Allah, 
berikanlah aku kekuatan dan kasih sayang Mu,

Tabahkanlah hatiku..










Sabtu, 8 Oktober 2011

Berita ini lebih indah sebab dah 12 tahun menunggunya.

Alhamdulillah.  Syukur, terima kasih kepada PM kerana tidak melupakan penjawat awam.  Ada kenaikan gaji, ada kenaikan gred dan ada juga pemberian bonus setengah bulan gaji.  Juga beberapa insentif yang lain.  Terima kasih banyak-banyak, semoga ianya akan menjadi pemangkin kepada semua penjawat awam untk terus memberi perkhidmatan yang terbaik. 


Malam tadi saya juga mendapat khabar yang baik dan indah.  Saya menghadiri perjumpaan pembeli rumah di sini .  Syukur sangat harapan untuk melihat rumah yang telah 12 tahun terbengkalai hampir menjadi kenyataan.
Projek menyiapkan rumah  terbengkalai ini akan bermula selewat-lewatnya akhir tahun ini.  Kerja-kerja pembersihan dan kerja asas akan dijalankan segera.

Selama 12 tahun membayar hutang pinjaman perumahan dengan perasaan kecewa, gaji stiap bulan dipotong tapi rumahnya tiada.  Memang sangat kecewa.  Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada barisan AJK bertindak persatuan pembeli rumah kami yang sentiasa berusaha dan mendesak pihak berwajib untuk meneruskan pembinaan rumah kami.  Projek ini akan diteruskan oleh pemaju yang baharu dengan dana diperolehi dari syarikat perumahan negara.  Khabarnya akan dimajukan oleh sebuah syarikat perumahan yang berjaya.  Harapnya begitulah. 

Malam tadi rata-rata kesemua yang hadir meluahkan rasa syukur di atas perkembangan terbaru ini.  Ya lah,  bukan semua pembelinya  mampu untuk menambah hutang membeli rumah yang lain.  Namun ada juga yang telah putus harapan dan terpaksa membuat satu lagi pinjaman semata-mata untuk membeli rumah yang lain, saya juga terpaksa membuat pinjaman lain untuk membina rumah yang diduduki sekarang ini.  Yang tak mampu dan tiada berumah,  terpaksa menyewa, memang membebankan mereka.  Hutang pinjaman bayar, sewa rumah pun perlu dibayar.


Semalam juga PM mengumumkan bahawa pembeli rumah akan hanya mula membayar hutang rumah mereka setelah rumah siap dan sedia untuk diduduki, ini yang sebaiknya, harapnya tiada lagi pembeli rumah yang menderita membayar hutang tetapi rumah tidak dapat diduduki. 


Khabar yang melegakan semua pembeli rumah ini  juga ialah kami tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan.  Itu paling penting.  Kami hanya perlu meneruskan pembayaran baki pinjaman yang masih berbaki. Insyaallah, hutang rumah ini akan lunas menjelang saya pencen.  


//pencen umur 60 ?




Khamis, 6 Oktober 2011

Indahkah khabar yang akan diterima... Belanjawan 2012.


 Jom kita nantikan sama-sama 
Apakah ada berita yang akan menggembirakan kita
Banyak orang kata.... 
ada berita gembira
Entah berita apa dan entah untuk siapa
Harap-harap benarlah bagai diduga
Bolehlah kita senyum sampai ke telinga
Janganlah hanya sekadar propa
yang besar kenyang yang kecil terngangga
Yang di pejabat boleh tengok dan dengar sambil  buat kerja
Yang di rumah boleh golek-golek , boleh  berbuat apa saja
jangan lupa sediakan sepinggan cekodok atau lempeng biasa
dan seteko kopi O kurang gula.



Rabu, 5 Oktober 2011

Pagi yang dingin tapi panas.




           Pukul 9 setengah pagi tadi dikejutkan dengan jeritan siren bomba dan deringan loceng yang panjang (loceng gila, kata bebudak)   Semua bergegas keluar meninggalkan bangunan sekolah dan berhimpun di padang sekolah.  Semua sekali tiada terkecuali... rupanya latihan kebakaran.   Ahli bomba memberi penerangan tentang cara-cara memadam dan mengawal api sekiranya berlaku kebakaran.  Membuat beberapa demonstrasi memadam api menggunakan pemadam api yang dibawa. 


Selepas rehat, hati pulak yang panas.  Sesi soalsiasat tiga gadis genit di atas pula, kes mencuri duit jualan di kantin sekolah.   Yang menyoal siasat guru kelasnya tapi spontan hati guru lain pun panas sama.  Sakit je hati nengok muka sposen mereka, sakit hati sebab dah beberapa kali kes 'panjang tangan'  ini berlaku.  Sebelum ini kes mencuri barang kemas di rumah jiran, ambil  telefon bimbit  jiran dan ambil duit rakan sekelas.  Salah seorang daripada mereka di atas dah pernah dibawa ke balai polis... dah pernah diberi kaunseling oleh polis,  namun masih tak jeran dan tak menyesal.


Apalah nak jadi dengan mereka, anak-anak bangsa sendiri.  Masih berhingus namun makin sukar dididik dan dibentuk.   Makin sukar membentuk mereka, nampaknya makin sukar cabaran ibu bapa dan guru-guru masa kini.  Kenapalah begini jadinya!   Aduhaaiiii....



Isnin, 3 Oktober 2011

Luar dalam koyak rabak!

                            
                  Pandangan belakang.

                   Pandangan sisi.

                  

                           Pandangan dalam.

Entahlah! Nak kata emak ayahnya miskin, tak pulak.  Lengkap kemudahan asas .

Adakah tidak prihatin, tak ambil peduli dan  tidak kisah  dengan keselesaan anak-anak.






//bukan menyibuk sekadar berkongsi.



Sabtu, 1 Oktober 2011

Masak dan makan... lauk kampung je!

Balik joging pagi tadi singgah Pasar Tani Pilah.  Beli kuih-muih dan  mertabak untuk anak-anak. Untuk lauk pauk pula  beli burung puyuh salai.  Beli juga tiga ikat pucuk pegaga dan dua ikat terung telunjuk.

Sah la, menu tengah ari tadi... gulai puyuh campur pucuk pegaga.  Dah lama tak makan gulai puyuh.  Harga sekor puyuh daging yang telah siap disalai ialah tiga ringgit setengah, beli tiga ekor  sepuluh ringgit... seikat pucuk pegaga pula seringgit setengah,  mahal rasanya tapi sebab sendiri malas menanam, beli juga lah, jangan komplen... beli tiga ikat dengan harga empat ringgit.  Seikat untuk dibuat jus pegaga.




Masak juga tomyam campur, tom yam campur ini  untuk memenuhi permintaan Azim, dah beberapa kali menyebut.  Guna sayur dan bahan-bahan yang ada dalam esbok saja. Menghabiskan stok yang sedia ada.. 

Terung telunjuk pula  digoreng cili api bersama ikan bilis dan tempoyak.  Resepi warisan arwah uwan. Arwah uwan suka goreng terung ni sekiranya ada stok tempoyak.  Pedas tapi sedap.

Menu ringkas untuk makan tengah ari tadi.  Malam ni pula ke majlis kenduri doa selamat.  Dengarnya ada lauk kambing, tapi saya tak makan daging kambing.... . belum terbuka selera nak makan lauk kambing.