Followers

Khamis, 31 Mei 2012

Edisi aktiviti tertunggak.

Assalamualaikum.

Moga sihat semuanya serta dipermudahkan semua urusan seharian.  Maaf sekiranya  makin jarang bertegur sapa.  Mood makin merudum walau banyak yang hendak dikongsi bersama.

Hari ni  nak share gambar-gambar aktiviti yang telah berlaku seminggu yang lalu.

Jumaat. 25hb Mei 2012. Hari terakhir sebelum bercuti, ibuintan mengadakan sambutan hari lahir anak-anak murid yang lahir pada bulan Januari hingga Mei.  Bila diberitahu dan dicadangkan semuanya bersorak gembira...  ada 7 orang saja yang lahir dalam bulan Januari hingga Mei.  Baki yang lain akan disambut pula selepas hari raya nanti.  Kumpulkan sekali, jimat belanja.  Sekadar memberi ingatan manis buat anak-anak ini untuk dikenang.  Jamuan secara sederhana saja.... potong kek sambil kengkawan lain nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu"

              Tujuh  orang tapi sorang tercicir... time potong kek ni Azrul ke tandas, tak perasan.


                       4 Melayu 3 Asli.   Bersama hadiah pemberian ikhlas cikgunya.

Bacaan doa sebelum makan.  Menu utama ialah nasi ayam selain kek, kek coklat dan dadih koktail  sumbangan penjaga,  serta makanan ringan yang lain.



Sabtu dan Ahad.  26 dan 27hb Mei.

Majlis kenduri kahwin anak perempuan kakak ipar di Taman Tasik Jaya, Seremban.


        Tahniah, Ayu dan Roy... moga berkekalan hingga akhir nyawa.



Isnin, 21 Mei 2012

Bulan Istighfar


SELAMAT DATANG BULAN YANG PENUH KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN. 
Esok bermula 1 Rejab, jadi malam ini adalah malam 1 Rejab. 
Imam Syafiie rahimahtullah berkata..  ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Jadi marilah bersama-sama di malam ini kita memperbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita serta memakbulkan doa-doa  kita.  Banyakkan juga beristigfar kepadaNya.  Bulan Rejab bulan keampunan. Tambahkan juga dengan puasa sunat bulan Rejab. Insyaallah....








Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru.



SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan-rakan bloggers yang bergelar guru secara formal ataupun informal kerana setiap kita adalah guru kepada anak-anak, ahli keluarga, jiran, rakan juga masyarakat setempat.

Hari ini merupakan kali ke 24 ibuintan berada dalam majlis sambutan hari guru secara rasmi. Majlis bergembira bersama warga sekolah, lupakan seketika hal-hal rutin tugas rasmi.  Murid-murid pula lupakan seketika peperiksaan tapi jangan lupa, esok periksa pertengahan tahun disambung semula, jadual periksa hari ini ditunda ke hari Selasa minggu depan.

Majlisnya macam biasalah, lebih ke arah aktiviti memesrakan lagi murid bersama guru-guru mereka, aktiviti bermain bersama, gelak tawa bersama, makan-makan, murid nyanyi cikgunya juga nyanyi tapi lagu wajib je la..tak lupa juga pemberian hadiah ikhlas daripada anak-anak murid.

Setiap kali menyambutnya sebanyak 24 kali, suasana dan perasaan yang dirasai tetap tidak sama, namun ibuintan sangat bersyukur kerana Allah mengizinkan ibuintan berada dalam bidang ini. Moga rahmat dan izinNya akan terus memberi kekuatan buat ibuintan bertugas dengan lebih baik, lebih cemerlang dan lebih kuat dalam menghadapi situasi yang semakin mencabar.  

Terima kasih yang tidak terhingga buat semua guru-guru yang pernah mendidik dan memberi ilmu dunia dan akhirat kepada ibuintan selama ini. Guru yang pernah memberi ilmu secara formal ataupun tidak formal, begitu juga kepada kedua arwah ibubapa yang merupakan guru terhebat buat ibuintan.. alfatihah mak abah. Arwah abahlah pendorong kuat ibuintan menceburi bidang ini.. terima kasih abah, pilihan abah memang tepat, ibuintan tidak menyesal menolak peluang yang menjanjikan pulangan yang lebih lumayan yang pernah ditawarkan suatu ketika dahulu. 

Terima kasih juga buat semua rakan-rakan sejawat, anak murid, bekas anak murid serta penjaga yang menghantar ucapan, kiriman kad serta cenderahati, moga kita kekal bersahabat dan bersaudara    
selamanya.  






Selasa, 8 Mei 2012

Cenderahati.



Yang penting keikhlasan hati.



Ahad, 6 Mei 2012

Merombong ke Putrajaya.

Hari kejadian ... Khamis, 3hb Mei.2012.


                      Sarapan pagi di STAR of Paroi.


Di Taman Warisan Pertanian... terpegun melihat pemprosesan getah bermula daripada susu getah  hingga menjadi getah keping kering,  masing-masing tidak pernah melihat proses ini walaupun ada ibu bapa mereka bekerja sebagai seorang penoreh getah.  Yang mereka tahu hanya getah skerap atau getah lantun saja.


Dari Taman Warisan kami memenuhi jemputan Dato' Hasan Malik ahli Parlimen K Pilah merangkap Timbalan Menteri di KKLW... makan tengah hari bersama Dato',  terima kasih Dato'


‎"seperti tupai hendak makan, mengambil buah dihujung dahan dan makan di pangkal dahan," antara ucapan balas wakil ahli rombongan.




makan dapat, gudis beg pun dapat...... terima kasih atas layanan Dato dan PA Dato yang juga bekas murid sekolah yang datang merombong ni



ke sini sebelum ke sanun pula....  mana lagi kalau bukan tempat orang soping tu, Alamanda tu la.... ala beli eskrim je pun. Badan dah penat jadi dah takde mood nak buat apa-apa.  Nasib baik LEKAS menjadikan kami lekas sampai rumah semula.  Menjelang 6 petang kami selamat sampai di kampung halaman semula.


                     Yang penting anak-anak ni semua 'ENJOY' dan mereka juga terbaek... tiada masalah dan tidak menimbulkan masalah


 Hujung tahun kita merombong ke utara pulak no!



Rabu, 2 Mei 2012

Wahai jiranku... jagalah juga hati jiranmu.


Rasulullah s.a.w sering memperingatkan kita dalam beberapa hadisnya supaya kita sentiasa menjaga hubungan baik dengan jiran, sentiasa berbakti dengan jiran serta memuliakan jiran.

"Tidak masuk syurga barangsiapa yang jirannya tidak merasa aman (selamat dan tenteram) lantaran kejahatannya"

Setiap kali ribut, ibuintan  sekeluarga sering dilanda kebimbangan melihatkan  buaian pokok kelapa di tepi pagar, kepunyaan jiran sebelah yang jaraknya tidak sampai 10 ela dari rumah kami.  Dah beberapa kali beri bayangan agar pokok kelapa ini ditebang namun hingga kini jiran masih membisu dan tiada sebarang tindakan di ambilnya.  Serba salah dibuatnya.  Bimbang sangat bila menengokkan lenggoknya yang berbuai-buai bila ribut dan angin kencang.  Ibuintan masih bersabar demi menjaga hati jiran tapi abahintan pula dah hampir hilang sabar.. bimbang dengan kemungkinan buruk andai ditakdirkan pokok kelapa ini tumbang ke arah rumah kami.

 Memang bimbang sangat apalagi melihatkan buahnya yang lebat serta pelepahnya yang banyak.  Memang merunsingkan. Namun apalah daya ku!