Hari ini, Ahad 30. Mei. Selepas solat Subuh, mulakan menyambung menjahit baju kurung yang masih belum siap. Minggu ni memang tak terusik langsung baju-baju tu. Pagi ni dapat jahit empat helai sahaja.
Malam tadi Along telefon, minta datang ke asramanya hari ini. Duit belanja dah habis. Along juga perlu duit untuk bayar program motivasi tingkatan lima dan buku kerja. Jadi ibuintan mula masak pukul sepuluh pagi.
Hari ini menunya daging masak lemak cili api, sayur kangkung ikan masin, dan telur masak kicap
Selesai masak bertolak ke SMKA Pedas dalam pukul 11 pagi. Sampai di Pedas dalam pukul 12.15. Seperti biasa kami makan-makan di wakaf yang di sediakan.
Kicap dan sos cili wajib di bawa.
Along dan Azim berselera makan.
Intan khusyuk.
Sesi bergambar selapas makan.
Kami bertolak balik pada pukul 2 petang. Dalam perjalanan balik membuat perancangan untuk ke Parkson Terminal One, tetapi memandangkan jalan masuk ke bandar dah sesak, tukar haluan ke Carefour di Forest Height.
Tak pernah pun singgah lagi sejak Carefour ni dibuka. Jalan-jalan nak cari barang tapi tak jumpa, yang dijumpai ialah sepasang sandal.... memandangkan sandal yang ada pun dah sepatutnya diganti maka belilah sepasang. Yang bestnya Buy One Free One ... okey jugak la dengan harganya RM29.90, mampu milik dan boleh pakai ke mana-mana.
dan
Intan pilihkan kaler pink, ibuintan lak pilih brown.
Carefour ni baru beroperasi so masih banyak ruang niaga yang kosong, takpe jugalah selamat duit singgah sini. tapi Intan tak berapa happy sebab barang yang diidamkan tak ada, Azim pula senyum lebar sebab dapat CD PS2 nye, cerita perang...
Sampai rumah pukul 4.30 petang, laluan ke K.Pilah lancar walaupun kenderaan banyak, tetapi laluan ke Seremban dah start slow, kereta berderet panjang dari Panchor sehingga Tanjung Ipoh dan mungkin juga sehingga Melang.
ps: Ibuintan hanya sampai Tanjung Ipoh saja.
2 ulasan:
akak di t.ipoh ye..kalau sya balik lalu lalang disitu.. ;o
salam eja..
ahah akak smpai tg. ipoh saja sebab akak tinggal di kg talang, 1 km dr pekan koboi tg. ipoh tu
Catat Ulasan