Followers

Isnin, 31 Mei 2010

Mak saya dah berpisah

Salam bahagia.
Tajuk entri hari ni tidak bahagia.. ada hati yang telah retak dan hancur berkecai rasanya.
Pagi tadi semasa sedang mengajar BM tahun satu, sedang berbincang dengan pelajar tentang membina ayat tunggal berdasarkan gambar....walaupun ayat tunggal pelajar tahun satu ni kena dipandu dan dibimbing banyak kali juga..

Tiba-tiba dengan tidak semena-mena, bangun seorang pelajar, terus datang mengadap ibuintan..
Pelajar :   "Cikgu, mak saya dah berpisah"
Ibuintan ; "Berpisah dengan siapa"
Pelajar :   "Ngan abah lah"
Ibuintan : "Bila, mana kamu tahu"
Pelajar :  "Saya tahu, mak cakap, abah marah dan jerit mak, abah
                 cakap  mak..@#$%%^&

Pelajar tersebut terus duduk semula di kerusinya. Ibuintan meneruskan pembelajaran. Tidak sampai lima minit, pelajar tersebut datang semula.

Pelajar :  "Semalam abah datang rumah ambik semua bajunya"
Ibuintan :  "Kenapa pula"
Pelajar :  "Kan mak dah pisah dengan abah"

Dia duduk semula dikerusinya. Ibuintan memang terkesima dengan tindakan pelajar ni, dia seorang pelajar yang pendiam dan agak moody di dalam kelas.

Kemudian ketika pelajar lain sibuk menulis ayat dalam buku latihan, sipelajar datang semula.

Pelajar :    'Saya benci abah saya"
Ibuintan :  "Kenapa? Tak baik kamu benci abah"
Pelajar :    "Saya benci abah sebab abah selalu marah emak,
                  marah saya"
Ibuintan ;  "Abah marah kakak dan abang tak?"
Pelajar  :  "Abah marah semua. Abah sayang @#$%^ saja"
Ibuintan  :  "Mana kamu tahu"
Pelajar  :  ' Saya tau la.."

Pelajar itu duduk semula. Kemudian ibuintan panggil, dia tidak mempedulikannya. Sedih sangat melihat anak ini, mungkin berat bebanan perasaan yang dihadapi oleh seorang budak 7 tahun. Pujuk juga untuk bertanya lagi, tapi memang tidak diendahkannya, pelajar ini juga langsung tidak belajar dan tidak membuat apa-apa,,.. juga tidak aktif seperti hari-hari biasa

p/s:   tertanya juga apa maksud berpisah yang difahaminya
p/s/s ;  kalau ada masalah rumahtangga , hindarilah daripada
              bertengkar atau  buruk memburukkan di depan anak-anak,
                 walau pun anak kecil,  jangan mereka terheret sama
p/s/s/s:   ayat terakhirnya sebelum berlalu pergi "saya suka kalau ada
                         abah baru"

Wassallam.
          

Ahad, 30 Mei 2010

Hujung minggu yang meletihkan - Part 2

Hari ini, Ahad 30. Mei.  Selepas solat Subuh, mulakan menyambung menjahit baju kurung yang masih belum siap. Minggu ni memang tak terusik langsung baju-baju tu. Pagi ni dapat jahit empat helai sahaja.

Malam tadi Along telefon, minta datang ke asramanya hari ini. Duit belanja dah habis. Along juga perlu duit untuk bayar  program motivasi tingkatan lima dan buku kerja. Jadi ibuintan mula masak pukul sepuluh pagi.

Hari ini menunya daging masak lemak cili api, sayur kangkung ikan masin, dan telur masak kicap
Selesai masak bertolak ke SMKA Pedas dalam pukul 11 pagi.   Sampai di Pedas dalam pukul 12.15. Seperti biasa kami makan-makan di wakaf yang di sediakan.
                            Kicap dan sos cili wajib di bawa.

                         Along dan Azim berselera makan.
                                        Intan khusyuk.

                             Sesi bergambar selapas makan.

Kami bertolak balik pada pukul 2 petang. Dalam perjalanan balik membuat perancangan untuk ke Parkson Terminal One, tetapi memandangkan jalan  masuk ke bandar dah sesak, tukar haluan ke Carefour di Forest Height.

Tak pernah pun singgah lagi sejak Carefour ni dibuka. Jalan-jalan nak cari barang tapi tak jumpa, yang dijumpai ialah sepasang sandal.... memandangkan sandal yang ada pun dah sepatutnya diganti maka belilah sepasang.  Yang bestnya Buy One Free One ... okey jugak la dengan harganya RM29.90, mampu milik dan boleh pakai ke mana-mana.
                                              dan
              Intan pilihkan kaler pink, ibuintan lak pilih brown.

Carefour ni baru beroperasi so masih banyak ruang niaga yang kosong, takpe jugalah selamat duit singgah sini. tapi Intan tak berapa happy sebab barang yang diidamkan tak ada, Azim pula senyum lebar sebab dapat CD PS2 nye, cerita perang...

Sampai rumah pukul 4.30 petang, laluan ke K.Pilah lancar walaupun kenderaan banyak, tetapi laluan ke Seremban dah start slow, kereta berderet panjang dari Panchor sehingga Tanjung Ipoh dan mungkin  juga sehingga Melang.
ps: Ibuintan hanya sampai Tanjung Ipoh saja.

Hujung minggu yang meletihkan - Part 1

Semalam dan hari ini memang penat. Semalam ke  Taman Sri Gadong, Kelang menghadiri majlis kahwin anak sedara, anak lelaki sulung abang/kandak Jamlus dan Kak Siti. Bertolak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi, perjalanan yang lancar melalui Lebuhraya Seremban  K.Lumpur dan Lbuhraya Elite.

Berhenti sebentar di Hentian Dengkil, alasan abahintan ke toilet tetapi yang wajibnya berhenti untuk merokok sebenarnya. Lebih kurang pukul 11 pagi selamat sampai di rumah abang. Seronok jumpa Kak Long, Kak Ngah, Kak Lang, Bang Teh, Uda, kak chik, Bang Uji dan Adik Mem, semua dengan famili semasing. Cuma adik Choi yang tak hadir sebab sedang bercuti skeluarga ke Medan. Dah plan awal-awal tak boleh batal.

Dah jumpa macam-macam cerita yang diborakkan. Hanya dapat snap bebarapa keping gambar saja, tukang snap gambarnya- Azim pemalu sangat, asyik hilang saja ngan kameranya.

Kebanyakkan menunya stail jawa sebab kak ipar/Kak Siti orang jawa Sabak Bernam.  Anak-anak puji macam-macam ada, dari pencuci mulut ke rojak, petis, rojak buah, kuih muih, lauk pauk dan keropok kerepeknya, semua memenuhi citarasa mereka, sebab kami sampai awal kamilah dulu yang merasmikan. Tapi makan nasi kami lewatkan,

Rombongan pengantin tiba lebih  kurang dalam pukul 1.30 petang,  Disebabklan berborak sakan dengan kakak2 dan abang2, sampai lupa nak mengikuti aktiviti pengantin, tak taupun pengantin buat apa, yang perasan selepas makan pengantin duduk dipelamin untuk sesi bergambar dengan famili semasing.

Sebelum balik baru kami makan nasi, kami bertolak balik ke K. Pilah dalam pukul 3.00 petang. Singgah rehat sekejap untuk sesi abahintan merokok di Hentian Seremban. Abahintan memang tidak merokok di dalam kereta. Dilarang keras.
   Bersama tuan rumah sedondon oren, Bang Uji, Bang Teh dan Abahintan.

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA KEDUA MEMPELAI.

ps.; sebab ramai sangat anak sedara, sumo dah besar panjang so nama mereka pun tak berapa nak ingat,
      maafkan makcik yo.

Sabtu, 29 Mei 2010

Pergi kenduri, makan kenduri

Semalam cuti wesak. Dari pagi hingga ke petang di Gemencheh. Hantar Azim berurut penyakit asma yang dihidapinya. Puan Syidah mengurut leher dan dada Azim, katanya asmanya baru bermula dan ada harapan sembuh. Mudah-mudahan begitulah.

Petang ada rewang rumah jiran sebelah. Lepas Isyak  buat majlis bacaan Yassin dan doa kesyukuran. Jiran akan menunaikan umrah pada minggu hadapan.  Ramai ahli masjid yang hadir.

Sudah tiga malam berturut-turut menghadirkan diri ke kenduri rumah jiran. Malam pertama dan kedua, kenduri tahlil dan aruah, dan malam ketiga pula kenduri yang berlangsung semalam.

Semenjak duduk di kampung semula, dan semenjak dah menjadi ketua dan ibu rumah, kami suami isteri tidak dapat alasan lagi untuk tidak hadir atau tidak memenuhi jemputan saudara mara atau jiran sekampung. Dulu aruah emak atau abah yang  menunaikan semua jemputan kenduri kendara ni. Mereka telah tiada dan kamilah yang mengambilalih peranan tu sekarang.

Aruah emak dan abah dulu, memang sudah berpesan, walau macam mana sibuk pun, jika jiran ada hal dan membuat majlis dan mereka menjemput, tidak dapat semua salah seorang mesti hadir. Menunaikan jemputan dan pelawaan jiran tu kewajipan utama dalam bermasyarakat katanya. Hak hidup berjiran mesti diutamakan.

Walaupun ada masanya malas juga dan ada juga kerana terpaksa, namun mesti juga hadir dan tunjukkan muka. Musim cuti sekolah bermula hujung minggu hadapan, tetapi setiap hari hujung minggu telah dipenuhi dengan jemputan kahwin. Diari dah berderet dengan tarikh kenduri. Kenduri kahwin tentunya.

Ada yang bertembung dua atau tiga majlis dalam satu hari.  Ibuintan membuat perkiraan yang dulu menjemput dan jiran sekampung diutamakan, yang jauh dipertimbangkan.

Hari ini 29 Mei. ibuintan  ke majlis kahwin di rumah abang (Kandak Jamlus) di Kelang. Anak lelaki sulung abang melangsungkan perkahwinan.. Kami pergi sekeluarga tetapi tanpa Along, Along tidak balik dari asrama. Kami pergi pagi dan balik petang, tidak bermalam sebab esok ada jemputan lagi di rumah jiran. Majlis kahwin juga.
Makan free tapi jangan lupa dalam salam ada nilainya.
Wassallam.

Khamis, 27 Mei 2010

Rumah oh Rumah - apalah nasibku

          Layan Fafau dan Fbi Hot FM - Rumah Oh Rumah. Topik ni buat hati mendidih saja, mana taknya sudah 11 tahun beli rumah masih tak siap-siap lagi malah sekarang sudah masuk pula list rumah terbengkalai. memang tidak gunalah pemaju ni sedap-sedap je menipu pembeli. Ingat pembeli ni kaya ke... kalau jumpa pemaju tu mahu cekik je lehernya. Dulu masa promosi janji bagai nak gila, lastnya habuk pun pun takda...

Semua pembeli merasa tertipu, janji lain tapi jadinya lain. Bulan-bulan potong gaji, mereka makan kenyang tapi pembeli ... makan ikan masin, memang tak guna.
Sudah 10 tahun bayar membazir sahaja, projek tu usahasama Majlis Daerah K. Pilah dengan pemaju, tapi bila jadi kes macam ni , MDKP pun buat bodoh saja..semua hampeh.. Yang sedih lagi tu bayaran sudah keluar 60%... camno tu, camno ati den ni  tak paneh

Selasa, 25 Mei 2010

Hari Aktiviti Pra Sekolah

Gambar sekitar aktiviti anjuran Pra Sekolah pada 25.5.2010 di Sekolah Kebangsaan Dato' Idris. Pra sekolah menganjurkan aktiviti Sambutan 3 dalam 1 - sambutan hari lahir pelajar (bulan Jan - April), sambutan Hari Pekerja dan sambutan Hari Guru. Dirasmikan oleh Adun Sri Menanti YB Datuk Abd Samad bin Ibrahim. Juga dihadiri oleh tiga orang pegawai unit Pra sekolah JPNS, Encik Azaman bin Baba pegawai unit Pra sekolah PPDKP dan juga pengurus Agro Bank Kuala Pilah.


Dimulai dengan acara senamrobik 1Malaysia dikendalikan oleh 3 orang intrukter dari Tourism Malaysia Seremban. Acara senamrobik disertai oleh semua pelajar Pra, murid tahun 1 hingga 6, sebahagian guru-guru dan kakitangan sekolah juga sebahagian waris/penjaga murid Pra yang hadir.
Joget cikgu jangan malu-malu.
Antara waris yang sporting dan turut serta.
Selepas bersenamrobik, murid-murid Pra dan tahun satu menyertai pertandingan mewarna bertemakan 'Alam Laut'
Berbagai gelagat dan gaya yang dipamerkan semasa aktiviti mewarna.

Gotong royong memasak untuk jamuan dilakukan oleh sebahagian guru-guru, pembantu pra dan juga waris pelajar pra. Menu hari ini ialah nasi tomato, ayam goreng berlada, dalca dan acar timun mentah.
Acara potong kek oleh pelajar pra yang menyambut hari lahir dari bulan Januari hingga April.
Menikmati jamuan yang disediakan a.k.a makan tengah hari.

Lepas makan jangan lupa cuci pinggan. 



Tak nak tu, tak nak lah.. tak faham bahasa ke!!

Macam ganas saja tajuk entri hari ni kan.
Petang tadi terima panggilan telefon lagi. Seorang rakan sudah beberapa kali memujuk supaya ibuintan join sama bisnes direct selling (MLM) yang disertainya.. Ibuintan memang tidak berminat langsung dengan bisness stail begini, macam-macam kata memujuk dan pamplet yang diberikan, supaya ibuintan berminat sama

. Rakan ini juga rasanya sudah banyak bisnes MLM yang disertainya, tapi tidak nampak juga jutawannya, kereta pun tetap kereta nasional, rumah pun tetap rumah biasa-biasa, pakaian pun sama juga macam kita, cuma yang bezanya dia selalu ke hulu ke hilir siang malam mencari ahli/downline, takkan boleh kaya kot kalau hanya mengharapkan bilangan downline sahaja.

Setiap kali dia melobi macam-macam cerita kejayaan dan kekayaan yang telah diraih (oleh orang lain) dan entah berapa orang jutawan yang dah disebutnya. Tetapi yang dia pula tak juga jadi jutawan lagi. Senang sangat ke nak jadi jutawan?Kenapa gelaran jutawan tu yang menjadi keutamaan mereka? Jenama kereta mewah, pakej pelancongan dan macam-macam lagi gula-gula mereka.

Ibuintan tetap tak berminat dan tidak terlintas langsung untuk turut serta. Ibuintan tidak berminat menjadi jutawan kalau terlalu banyak yang terpaksa dikorbankan..... dan tidak ada jaminan yang mengatakan siapa yang join sahaja MLM pasti jadi jutawan, yang menjadi "hutangwan"  pasti rasanya. Maklumlah ada juga yang membuat pinjaman bank untuk modal perniagaan.  Takut nanti jutawan ke mana, hutang yang mengejar sentiasa.
Duit memang boleh buat apa sahaja tetapi duit juga tidak dapat membeli semua.

p/s : kepada rakanku janganlah melobi ku lagi, aku tdak berminat menjadi jutawan dalam angan-angan yang tidak pasti. aku hanya berminat dengan kerjaya dan kehidupan ku sekarang, aku hanya mencari kebahagian dalam kedamaian.

Isnin, 24 Mei 2010

Intan ku sayang, penghargaan yang tidak ternilai

Hari ini Intan beri cuti masak lagi. Intan masak untuk makan tengah hari. Intan kata dia belum celebrate Hari Ibu dan Hari Guru untuk ibunya ni. Intan tunggu hari ini sebab dia nak Along ada sama. Jadi pagi-pagi lagi Intan dah desak Along pergi pasar minggu. Dia suruh Along beli seekor ayam dan  sayur-sayuran campur.
Along dengan malasnya pergi ke pasar minggu tapi bila balik dia hanya bawa seekor ayam, terlupa beli sayur. Lagi sekali kena paksa pergi pasar minggu.(pasar minggu hanya 1 km saja dari rumah)

Menu Intan hari ini ialah ayam panggang madu dan sup sayur campur. Begitu semangat dia memanggang ayam mulai pukul sebelas setengah pagi. Harum semerbak aromanya. Lebih kurang jam satu suku hidangan makanan tengah ari siap terhidang. Walaupun dua menu sahaja, ibuintan dah cukup bangga sebab yang menyediakannya ialah seorang anak remaja yang belum pun 15 tahun. Terima kasih yang tidak terhingga untuk Intan, my loving dother....

Sementara Intan sibuk di dapur, ibuintan pula mengambil kesempatan menggunting lima pasang kain untuk baju kurung tempahan jiran dan rakan.

Wassallam.
p/s:  sayangnya Intan tidak izinkan gambar menunya disertakan dalam entri ini.

Sabtu, 22 Mei 2010

Mee Hoon Soto - Azim belanja

Menu makan malam ni ringkas sahaja, Azim belanja malam ni, dia kata "Belanja ibu  sebab ibu sambut Hari Ibu di hospital hari tu". Azim beri abahintan duit suruh abahintan beli mee hoon soto, Azim kata dia mampu belanja mee hoon soto saja. Takpelah Azim itupun sudah lebih daripada cukup, yang penting ikhlas dan tanda ingatan tu.
Abahintan beli empat bungkus sahaja, tetapi banyak.. boleh makan untuk lima orang, dah biasa beli di kedai makan ni, kalau makan di kedai tu memang puas nak ngabiskan sorang-sorang. Supnya ayamnya sedap kena dengan sambal kicapnya yang pedas lagilah sedap..panas dan pedas, memang keluar peluh selepas makannya..
Pagi  masak ikan goreng kicap dan sayur goreng  je, masak untuk Along dan Azim. Tengah hari tadi pergi jemputan kahwin di rumah sepupu  abahintan di Taman Mahsan, Bahau. Minum petang pulak semua makan roti bakar dengan kaya, habis sebungkus roti gadenia, kira kenyang juga lagi sampai ke malam, tu yang masing-masing kata taknak makan nasi.
Terima kasih Dik Azim.
p/s: Azim guna duit yang dia dapat semasa masuk hospital ari tu.

Banyak nyamuk

Salam sejahtera,
Ibu, knapa banyak sangat nyamuk ni," getus Along.
Along balik dari asrama petang tadi, Along kebiasaannya tidak mahu tidur dalam bilik sendiri,  mesti tidur dengan Azim di ruang tamu. Tidur diruang tamu sebab layan tV dan ps2 dengan Azim, tidak tahu sampai pukul berapa. Itulah yang di lakukannya setiap kali balik dari asrama, lepas dendam dengan Tv dan Ps2, ditegur alasannya "lepas tensen".
Terjaga pukul 3.00 pagi, ibuintan dapati along sedang membuat air milo, 'Along tak tido lagi ke"tanya ibuintan
"dah, tapi Along terjaga balik, nyamuk banyak la, along tak boleh lelap" katanya.
                                                 Nyamuk aedes, kecil tetapi pembunuh utama.
Perasan juga kadang-kadang  tu banyak nyamuk,  mungkin sebab sekarang cuaca kejap panas dan kejap hujan, pembiakan nyamuk agresif sikit. Rumah ibuintan pula memang tidak ada stok ubat nyamuk(dibakar), tidak pernah beli, abahintan tidak suka cuma yang ada penyembur aerosol sahaja. "Along, nak tidor dalam bilik sembahyang la bu, along dah sembur tadi (aerosol)" katanya. Memang along tidur dalam bilik sembahyang, tinggalkan Azim sorang-sorang tidur di ruang tamu, Azim lena saja tak ada pulak nyamuk gigit. Nyamuk biasa takpe juga jangan nyamuk aedes, bahaya tu...Cegah aedes cegah denggi, sebab tu seminggu sekali mesti buat operasi cari dan buang air bertakung yang terdapat disekeliling rumah.
Wassallam.

Khamis, 20 Mei 2010

Ngantuk giler tapi nak cerita juga

Selamat tengah hari,
Baru pukul 12.50 knapa lah ngantuk sangat ni. Entah kenapa sekarang ni mata ada masanya tu ngantuk sesangat. Klas dah habis, kerja juga sudah selesai, kertas periksa semua sudah di tanda,  markah saja yang belum masuk dalam buku pelaporan tunggu subjek lain dulu, duduk sorang-sorang pulak dalam kedai buku, tu yang mata berat semacam. Kalau dapat rebahkan badan ni mahu lena rasanya, semenjak pagi semalam memang sibuk dan tidak cukup rehat langsung..,
Pagi semalam sekolah sekejap sehingga pukul sebelas pagi, kemudian menziarah sepupu yang meninggal dunia, pukul satu suku petang selesai semua urusan  di tanah perkuburan , balik semula kerumah untuk mandi, solat zuhur dan berkejar pula menjemput Azim di SMDAS pada pukul dua suku petang , dari sana terus pula ke SMK Tunku Muhammad ambil Intan, Intan pula tamat kelas pada pukul dua empat puluh petang, di sebabkan tidak sempat memasak  nasi ibuintan singgah makan di sebuah kedai makan di Jalan Melang, berhampiran IPD Kuala Pilah. Selapas makan balik ke rumah. Tidak juga dapat rehat. pergi semula ke rumah sepupu , menolong masak-memasak untuk majlis tahlil malam tadi.
Sementara menunggu waktu maghrib sempat lagi membasuh kain baju yang tidak sempat dibasuh sejak kelmarin, selepas maghrib pergi semula ke rumah aruah sepupu untuk bersama-sama menyertai majlis tahlil aruah. Pukul sebelas malam baru balik selepas menolong berkemas dan mencuci pinggan mangkuk.
Balik rumah, selepas solat isya cadang nak terus tidur tetapi tidak juga dapat, Intan minta temankan dia buat homework yang masih belum siap... dah meneman tu mulalah bukak laptop, apalagi jenjalan la ... jenjalan meredah maya malam yang terang benderang. Pukul dua belas setengah baru homework Intan siap. Masuk tidur, tapi tidak tahu pukul berapa betul-betul lelap... Ibuintan kalau dah pukul dua belas lebih tu mata memang liat sikit nak lelap.
Tunggu loceng tak bunyi-bunyi lagi, mata pulak makin berat, ni kalau terlelap ........gb pulak lalu......... memang.... cari nahassssss
Wassallam.
p/s:  aktiviti sama macam dulu-dulu juga, tapi sebab umur dah banyak ni badan pun cepat saja letih dan lesu nye, kena makan lebih suplement agaknya kan

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Selamat pagi,
Pagi ni free belum ada klas, hanya sibuk menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun. Peperiksaan pertengahan tahun telah bermula pada hari Selasa yang lepas dan akan tamat pada hari ini. Pelajar tahun satu ni takde makna baginya periksa ataupun tidak... mereka masih tidak tahu apa makna dan apa gunanya periksa tu. Menjaga kelas tahun satu yang menghadapi peperiksaan membuatkan para guru bertambah pening kepala.  Penerangan yang diberi tiada makna, baru habis diberi penerangan makin bertalu-talu juga mereka bertanya, nak buat macam mana, ni apa, macam mana, tidak tahu, tidak faham, tidak boleh baca macam-macam  lagi , tetap juga klas riuh rendah, suara cikgunya pun tetap macam mengajar, kalau tidak dilayan lagilah cikgu pening masa menanda jawapan nanti, yang pasti mewarna gambar adalah aktiviti wajib, kekadang soalan tidak berjawab lagi tapi sudah mewarna, tu sebab kertas periksa tahun satu berkalerful, ada yang menyedapkan mata tidak kurang juga yang menyakitkan mata. Sabar sajalah dengan murid-murid tahun satu ni.
Yang bestnya semua murid lulus kertas Bahasa Melayu termasuk juga  tiga orang murid Linus (pemulihan) walaupun cukup-cukup makan, jadilah sudah banyak perubahan darpada tidak berapa kenal huruf sudah kenal dan boleh membaca dengan mengeja dahulu, cuma membaca ayat yang masih terkial-kial lagi. Insyaallah kalau ada kerajinan  mereka, menjelang akhir tahun pasti semua boleh membaca.
Wassallam...

Al-fatihah- bila masa ajalnya tiba

Selamat pagi,
Mengantuk sangat dah ni tapi sempat juga jalan-jalan ambik angin malam lagi, jengah ruamh-rumah yang tuan rumanya sudah tidur, dah tido ke? Mestilah dah tido tu, sokgi kan nak kerja, takkan nak tengok bola pula Piala Dunia tak start lagi.
Ibuintan sebenarnya baru balik dari rumah sepupu, kakak sepupu meninggal dunia dalam pukul 9.30 malam tadi. Sejak petang tadi sepupu telah berada dalam koma, sakit kencing manis yang sudah kronik, sudah tua juga, 75 tahun. Anak-anaknya tidak menghantarnya ke hospital kerana melihat keadaannya yang dah koma begitu, cuma sepakat mengadakan bacaan Yassin selepas solat Maghrib tadi. Ramai juga yang datang membacakan Yassin, mendoakan yang terbaik buat pesakit. Selepas hampir sejam selepas bacaan Yassin, sepupu pun menghembuskan nafas terakhirnya. Masih dikelilingi dengan anak-anak, cucu serta jiran yang datang membacakan Yassin dan datang menziarah, allahyarham pergi dengan tenang. Ibuintan menatap sama saat terakhirnya untuk meninggalkan dunia yang fana ini untuk pergi mengadap PenciptaNya.  Hanya doa dan Alfatihah yang mampu diberikan, moga Allah mengampunkan dosa-dosanya. Begitulah ketentuanNya setiap yang hidup pasti akan tiba waktu ajalnya, hanya Allah yang mengetahui, kita hanya mampu bersedia untuk menghadapinya juga. Bersedia dengan bekalan amalan.
ALfatihah, ... Amin.

Selasa, 18 Mei 2010

Terima kasih anak muridku

 
Anak-anak tahun satu Arif yang ceria dan keletah. Pagi tadi sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang sederhana diadakan. Anak-anak ceria bergambar bersama sebahagian cenderahati yang di bawa. Terima kasih anak-anak didik ku.

Ahad, 16 Mei 2010

Bunga-bunga yang berkembangan


Jom layan bunga-bunga yang berkembangan yang sedang menceriakan persekitaran laman dan di tepi pagar jiran.