Followers

Jumaat, 31 Disember 2010

Selamat Tahun Baru 2011.

Hari ni cuti umum. Nasib baik skuad Harimau menang Piala Suzuki swift dapat semua bercuti hari ini.  Tahniah kepada semua pemain dan terima kasih kerana dengan kemenangan itu PM telah memberikan cuti umum kepada semua yang bekerja di dalam negara Malaysia ini.  Kepada yang bekerja takpe.. gaji double decker hari ni... betul kan!


Di sebabkan hari ni cuti  dan esok juga cuti sebab hari Sabtu, maka kami dengan sukacitanya akan bergerak ke suatu destinasi percutian pagi ini.  Tempat belum putus lagi, tapi rasanya yang terhampir atau negeri yang bersempadanan saja.  Kami selalunya suka bercuti main terjah saja, malas dah nak rancang-rancang sebab setiap kali dirancang mesti tak jadi, selalunya rancang ke sini tapi sampainya ke sanun.

Tahun lepas, rancang ke Pantai Timur, sampai di Bahau terus tukar ke Genting pulak, tahun sebelumnya rancang ke Pulau Pinang tup-tup sampai ke Cameron saja, bulan Jun lepas rancang ke Sunway Lagoon ..aleh-aleh sampai Wetworld Pedas saje... hahaha nasib lah

Dah hujung bulan , hujung tahun dan awal tahun juga, rasanya tidak akan pergi ke tempat yang banyak makan orang duit, duit dah banyak di labur untuk projek 'back to school', ini pun silap hari bulan nanti terpaksa guna duit plastik jugak, nak buat camna kan lagipun  alang-alang benda tu dah ada tibai jugak lah, gesek jugaklah sesekali, dah gesek tu nanti pandai-pandailah bayar balik..


Jadi bersempena ketiadaan di rumah ni, nampaknya bercuti juga dari berblog sehingga malam esok.. maka  dengan ini ibuintan dengan senyum riang rianya mengucapkan 'SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011" kepada semuanya yang singgah di rumah ibuintan ini...samada sengaja atau tidak disengajakan.


//esok tahun baru,  esoknya pula dapat umur baru..... waaa cepatnya


Khamis, 30 Disember 2010

Pengunjung ke 77777 blog YB.


Tuan Blog Yunus Badawi atau lebih femes dengan panggilan YB telah mengwar-warkan barang siapa ada di kalangan pengunjung blognya, ketika singgah menjenguk ke blognya, pada tika dan saat, site meter di blognya telah menunjukkan angka 77777, maka si pengunjung berkenaan di anggap amat bertuah.

Telah diwar-warkan juga akan mendapat hadiah yang amat lumayan.... oh... mungkinkah sebuah swift...yang juga menjadi idaman kalbuku.  Kalau itulah hadiahnya.... YB lah insan di bumi Malaysia ini yang amat prihatin dan murah hati.  Tidak  mustahil kerana YB ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya.....hehehe ni betul YB tak bodek tau..

Kenapa saya suka ke blog Yunus Badawi?

1.  sebab nama tuan blog ialah Yunus dan abah saya juga bernama Yunus.....hehehe ni betul tak tipu

2. entri di  blog Yunus Badawi sempoi, ringan, dan menghiburkan .... ada masa serius, ada masa lucu, ada
    masa miang-miang kucing, ada masa gambar menceritakan segalanya....

3.  biasanya saya singgah bila ada entri baru yang muncul, tetapi kekadang termiss juga mungkin masa itu saya
    sibuk dan tidak berblogwalking.

4.  selain membaca entri, saya juga suka membaca balasan komen YB ketika membalas setiap komen
     pengomen entrinya.

5.  tuan blog juga rajin mengupdate blognya, walaupun  sedang berada di luar  seperti  melawat tapak,
    sedang berrekreasi bersama keluarga hatta semasa di pasar pun sebab tuan blog ni ada gajet canggih.....
    selalunya >>>>>>              
                               Sent via BlackBerry from Maxis


okey tu jelah rasanya YB... panjang sangat pening lak kepala YB nanti.

Oh.ya.......... lupalah pulak.
     
   

               
                             Inilah buktinya YB.... jangan tak caya lak!


//Adakah hadiah hari lahir kali ini, yang bakal disambut dua hari lagi akan mendapat hadiah idaman kalbuku



Sira ubi kayu vs Maggie goreng




.
 Petang yang suram dan dingin.  Sejak pagi langit mendung saja.


Minum teh tarik , makan sira ubi kayu  dan mee maggie goreng.

Sira ubi kayu ini sengaja ditambah mee siput seketul dan dilebihkan air gulanya.   Ubi dan gula anau menerbitkan aroma yang wangi.


Mee maggie pula digoreng oleh Along.  Untuk tiga beradik empat bungkus sekali goreng.  Kejap licin semangkuk.


//time semua berkumpul, kalau boleh makanan mesti sentiasa ada bawah tudung saji

Rabu, 29 Disember 2010

Alamak gemuknya.... baru perasan ke?

Pukul 9 hingga pukul satu, berurusan dengan penjaga yang datang membeli buku latihan anak-anak mereka.

Mungkin sebab sudah lebih sebulan berehat, terasa penatnya.  Namun semua urusan berjalan lancar sebab buku-buku telah tersedia dimasukkan ke dalam beg plastik.  Buku-buku telah disediakan minggu lepas lagi (di sini)

Penjaga  perlu membuat pembayaran dengan guru kelas dan guru kelas akan memberikan sehelai slip selepas bayaran dibuat.



Penjaga hanya perlu menunjukkan slip pembayaran dan terus dapat sebungkus buku mengikut pakej yang telah dibayar.  Cepat dan mudah.  Tidak perlu beratur panjang.


Seronok berjumpa kembali beberapa penjaga yang sudah kenal biasa, saling bertegur sapa dan bertanya khabar.

Penjaga menegur, 'apa khabar ,cikgu...sihat?'

Cikgunya , 'alhamdulillah..sihat..."


 Ayat jaga hati...

Penjaga , ' haah...cikgu, sihat benar nampaknya, senang hati kan. cikgu'


Tak pun.. ada juga....


Ayat terasa hati...terasalah sikit...sikit je tau!
  

Penjaga,' laa cikgu...nampak berisilah sikit'


Tak pun ,,,ada juga....

Ayat pedih hati..... pedih tau...rasa nak nangis pun ado...


Penjaga, ' eihh, cikgu... gemuknya,'

Huhuhu.... kenapa nak terasa hati.. ibuintan oiiiiiiiiii.... dah kao memang dah gemuk.

Huwaaaaaaa.....nampak gemuk sangat ke?

'Memang pun kao gemuk, dulu saiz L skarang dah LL"

Huwaaaaaaaaaa...jom-jom teman reramai pergi joging kat Bukit Putus .  Tempat tu dah sunyi dah takde orang lalu, dan mesti takde orang jual apa-apa...

Joging kat Taman kuala Pilah tak boleh... balik mesti singgah mana-mana..... kedai mamak banyak, tepi jalan pun banyak warung,... cendol ada, roti canai ada, roti jala ada, nasi lemak ada, kue tiaw ada, nasi goreng ada, mee goreng ado.....wah, semua ado

Alah...eksen je... pepagi itulah yang kao makan Ibuintan...tu yang dah macam tuuuuuuu.....tu





                   Nak saiz S camni semula...rasa-rasa boleh tak?    Ni zaman  dara pingitan tau!



// Tak boleh jadi ni, kena ikut YB jugak,  mesti bakar lelemak tepu ni.. AZAM  2011




Selasa, 28 Disember 2010

Edisi syok sendiri

Along sudah sihat. Syukur.  Tengahari semalam membuat rancangan spontan. Sudah beberapa kali membuat rancangan cuti-cuti,  namun semua tidak menjadi dan berjalan lancar.

Telefon abahintan suruh dia ambil cuti separuh hari.  Alasannya jalan-jalan ke Seremban.  Tidak disangka  mahu pula dia.

Selepas solat zuhur terus bertolak ke Jaya Jusco Seremban. Makan di kepsi dulu sebab belum makan tengahari.  Selesai makan cadangnya nak main boling tapi anak-anak pula ajak menonton wayang.  Cerita kelakar Hantu Mak Limah tu.. ikutkan saja kehendak mereka, sebenarnya inilah kali pertama kami menonton wayang sekeluarga. Mereka bertiga selalunya menontong wayang bersama teman, sepupu atau mak/bapa saudara mereka.


Sementara menunggu waktu tayangan, kami bersoping pakaian sekolah Azim dan Intan yang masih belum lengkap, menambah yang terkurang dan membeli mana yang patut.  Selainnya window soping saja dan ke kedai buku yang popular tu. Intan membeli novel bahasa inggeris, yang bujang lelakinya seperti biasa ke ruangan CD game, tak habis-habis dengan game.


Nasib baik waktu tayangan bermula pukul 5 petang, sempat dulu bersolat Asar disurau bersebelah panggung. Cerita kelakar, hiburan sekeluarga.  Keluar panggung, pukul tujuh malam.  Selesai terus balik, namun bila sampai di Terminal One, kami menyinggah pula di sana.  Solat Maghrib pula di surau di dalam komplek itu.  Nasib baik sekarang semua soping komplek sudah menyediakan surau atau  ruangan solat, jadi dapatlah berlama-lamaan  dengan senang hati untuk mundar-mandir dan membuang duit dan masa di sana.  Sabar ye lah...

Dari Terminal One, kami singgah di sebuah restoren di Ampangan.  Ramai pelanggan dan meja hampir penuh. Pesanan dibuat.  Sekejapan air yang diorder sampai.  Tapi menunggu makanannya sampai, memakan masa hampir 45 minit.  Panas hati dan punggung menunggunya.  Budak pelayan restoren dipanggil beberapa kali oleh pelanggan yang tidak berpuas hati dengan servis yang lembab.  Katanya 'tukang masak hanya seorang"
Patut diberinya gelas yang tinggi  menjulang, supaya kami tidak hot sangat dengan servis yang lembab macam siput babi tu,  makanan yang diorder tiba air dah tinggal suku gelas...... memang hampeh, tobat takkan datang sini lagi...patut snap nama restoren tu kan..


Tiga keluarga yang tidak puashati terus bangun,.  kami pun bercadang juga untuk bangun dan mencari restoren lain tetapi mengenangkan malas hendak ke mana dan masalah parkir, sabarkan juga....akhirnya semua makanan dalam pinggan tidak habis, semua dah kenyang dek air... rugi, rugi

Kami selamat sampai di rumah pukul sebelas setengah malam.

........................................................................................................................................

Pagi tadi ke sekolah . Mesyuarat guru kali pertama untuk sesi 2011.  Mula pukul 9 pagi tamat pukul 1.25 petang.  Bermulanya  kerja-kerja perkeranian.  Esok pagi ke sekolah lagi.  Sesi pembayaran yuran dan pembelian buku pula.

                  Saje snap pic sebab dah macam badak...asyik menguap, dah mengantuk

// kerja hakiki dah menunggu, ruang sembang dan bw makin berkurangan, maaf jika kurang berjalan dan bertegur sapa ke ruang maya sahabat semua

Ahad, 26 Disember 2010

Muka ni macam muka perompak ke?

Petang tadi ke pekan K. Pilah,  saja mengekor abahintan ke bank untuk membuat pembayaran ansuran kereta, terlanjur sudah di pekan, kami terus ke klinik untuk membeli ubat demam Along.  Deman Along masih belum kebah,  budak lelaki yang seorang ini sangat penakut berjumpa doktor.  Sangat culas makan ubat.

Sejak pagi memujuknya untuk ke klinik tetap enggan.  Pagi tadi selepas sarapan, Along telan dua biji Panadol, panas badannya berkurangan namun menjelang petang panas badannya naik  semula. . tetap memujuk untuk ke klinik.  Jawapannya tetap sama, tetap enggan.  Memang liat ke doktor.

Pekan kecil Pilah menjelang pukul enam petang memang sudah mati.  Semua kedai sudah tutup kecuali kedai menjual buah, kedai nombor ekor dan beberapa buah kedai runcit. Klinik yang masih buka pun cuma sebuah saja.

Ibuintan membeli ubat deman dengan harga RM5 tapi membayar dengan RM50.  Menurut pembantu klinik yang bertugas, mereka tiada duit kecil dan tidak cukup untuk memulangkan bakinya.  Pembantu kedai itu enggan menerima duit RM50.  Pelik betul takkan klinik yang ramai penggunjungnya tidak mempunyai duit kecil.


Kebetulan ibuintan tidak membawa dompet duit, hanya bergantung kepada abahintan.  Masuk semula ke kereta dan minta duit kecil daripada abahintan, memang tiada duit kecil, mengeledah duit syiling pun masih tidak cukup.  Masuk semula ke dalam klinik dan pembantu klinik tetap tidak mahu menerima duit RM50 , malah dia meminta menukarkan dulu duit tersebut.


Fikir semula apa yang hendak dibeli untuk menukarkan RM50 ini, kedai yang terdekat yang masih berurusniaga ialah  kedai judi ekor saja, takkan nak tukar duit di kedai judi ekor pula.  Akhirnya mencuba nasib dibank yang berhampiran, cuba mengeluarkan duit RM20 saja, nasib baik boleh keluar. Jadi tidak perlu membeli apa-apa.

Pergi semula ke klinik untuk membuat pembayaran.  Pintu klinik telah dikunci.  Di dalamnya ada seorang pembantu klinik  sedang mengadap komputer.  Ketuk pintu. Pembantu klinik memberi isyarat  dan mengatakan pukul lapan buka semula. 

Ibuintan terus ketuk dan memberi isyarat untuk masuk, pembantu klinik terus menggelengkan kepala. Ketuk lagi sambil menunjukkan duit RM10. Geleng lagi.  Ketuk lagi sambil bercakap dari luar.  Naik angin juga jadinya, takkan nak tunggu sampai pukul lapan, sejam lagi tu.

Akhirnya pembantu klinik tu membuka kunci pintu, namun masih tidak membenarkan ibuintan masuk.  Kami bercakap melalui regangan pintu saja, setelah diterangkan tujuan untuk membuat pembayaran ubat yang telah diambil,  baru pintu dibuka dan membenarkan ibuintan masuk. 

Terus menghulurkan wang RM10, pembantu klinik itu tetap juga tidak mahu mengambil wang yang dihulurkan.  Setelah diterangkan dari awal baru pembantu klinik itu berani mengambil duit dari tangan ibuintan dan memulangkan baki sebanyak RM5.  Semasa membeli ubat tadi  berurusan dengan pembantu klinik yang lain,  waktu kerjanya mungkin sudah habis.

Semasa hendak keluar sempat bertanya, 'adik takut ke?

Jawabnya sambil tersengih.' saya takut kak, saya ingat akak nak pukau saya,'



Hello, cik adik , muka ni ada macam muka kaki pukau ke?

Patutlah semasa dia buka pintu, beri salam pun dia tak jawab.

Namun kesangsiannya berasas juga rasanya, sebab abahintan menunggu di dalam kereta dihadapan klinik, dengan engin kereta dihidupkan dan mungkin pembantu klinik itu menganggap kami berkoloborasi untuk merompak klinik itu, baik tak payah sebab sudah tahu klinik itu sudah tidak berduit.  Takkan nak rompak ubat.....   ubat banyak-banyak pun  nak buat apa, kan.

Tulah jadinya sebab seorang yang penipu dan membuat onar maka secara tidak langsung menyusahkan orang lain yang jujur....

//Boleh saja terus balik tadi tanpa membayar harga ubatnya sebab ubat sudah di dalam tangan tapi berbaloi kah berbuat begitu?

///tidak menyalahkan adik tu, betul tindakannya .. beringat sebelum kena


Selamat bertunang.... hanya sekadar ikatan

Malam sabtu ke rumah kakak ipar di Taman Tasik Jaya, Seremban. Anaknya yang kedua (Ayu/Angah) bertunang semalam. Yang nombor dua, maknanya melangkah yang sulung yang belum berkahwin, 'langkah bendul' kata orang tua-tua.

Malam Sabtu hanya  memasak pulut kuning, sambal tumis dan rendang.  Makanan untuk majlis semalam menggunakan khidmat katering.

                               .
Rombongan pihak lelaki dari Melaka tiba pada pukul satu petang
Sesi 'berunding'  dalam adat pertunangan sambil menetapkan tarikh majlis kahwin  yang dilakukan oleh wakil kedua belah pihak.



                                          Ayu/Angah bersama keluarga  serta sepupunya.

//selamat bertunang kepada Ayu/Angah dan Qayyum, semoga pandai menjaga diri dan adab selama dalam tempoh pertunangan.  'Abah hanya beri lesen P' kata biras semalam.


//rancangan percutian ditunda lagi... setelah diputuskan kami akan ke Melaka pagi ini, Along pula tidak sihat, bangun pagi terus muntah dan badannya panas... demam...




Jumaat, 24 Disember 2010

Mesti ke?

                                                    
                                                    Pilihan mak abah


                                                      Pilihan anak-anak

 Rancangan dua hari satu malam.

Pilihan mak abah hanya setengah budget pilihan anak-anak.

Sekolah hampir memulakan sesi baru.

Perbelanjaan dan permintaan makin meningkat.

............. dalam delima.............








Terima kasih sahabat.... tanda ingatan

          Hari Rabu yang lalu Tinie dari blog Cetusan Minda menghadiahkan award yang cantik ini.

                                                       Terima kasih , Tinie.                   .................................................................................................................................................
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Petang semalam pula seorang adik manis Ika dari mynameika buat satu entri 'terkena' tentang ibuintan, sungguh kreatif.... hehehe sebab semalam ibu memang senyum lebar maka ibu 'cool' tak marah Ika,

terima kasih sudi  masukkan ibu dalam program terkena diblognya.....



                                         Award istimewa daripada Ika... terima kasih.
....................................................................................................................................................
<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>



Petang tadi juga, jenjalan ke blog Kak Long - nogori VS pahang , dapat pula award sekali gus tugasan menjawab tags daripada Kak Long.  Menurutnya, sumber asal tags ini adalah dari Mat Gebu yang terkenal dan pakar dalam masak memasak segala menu dan pesen makanan... dari makanan berat sampai ke makanan ringan, dari makanan  slim ke makanan gebu, dari makanan Barat ke makanan Timur... semua ado



Kak Long, ibuintan cubo jawap yo.  Bukan pakar masak pun, makan untuk sekeluarga bolehlah.  Supaya tidak menghampakan Kak Long yang dah mengetag tu, inilah konon-kononnya jawapannya.

soalan 1
bila anda mula memasak & ;apakah masakan pertama anda? 

masak air tak kiralah kan... rasanya yang pertama ialah tanak nasi tapi tidak dalam rice kuker tau, dalam periuk biasa.. jamin tidak hangus sebab kalau hangus memang sudah kena marah dengan abah.....kali pertama.masak lauk pulak semasa dalam darjah tiga ...nak tahu ceritanya...baca kat sini..


soalan 2
siapa yang mengalakan anda memasak?
        
         kehendak hati sendiri dan sebagai memenuhi tuntutan dan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa... menolong emak yang sentiasa keseorangan di dapur... kesian mak semua mak kena buat

soalan 3
~masakan yang paling anda suka dan digemari orang-orang kesayangan anda?
        
          sebagai warga tetap kampung dan duduk pula di negeri sombilan... sah-sahlah lauk lomak cili api


soalan 4
kena tag 5 orang bloger yang sering bekunjung ke blog anda

 tag kali ini, ibuintan nak cuba try tag, TIGA orang jejaka melayu malaya  ini....dan seorang SUAMI pengasih penyayang.....bolehkan?

1.   IMANSHAH
2.  SASA AL-SHARIF
3. APEK POYO
4.  SHAHRUMNASRUDDIN

                              //caiyok..caiyok...good luck


Khamis, 23 Disember 2010

Syukur, Ya Allah.

Alhamdulillah.

Syukur, ya Allah, Kau perkenankan doa kami.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru-guru TMS yang telah mencurahkan ilmu dan berpenat lelah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepadanya, rakan-rakan sekelas Intan dan semua yang mendoakannya selama ini.

Syukur, hari ini Intan mendapat keputusan PMRnya.  Usaha dan kerja kerasnya membuahkan kejayaan indah untuknya.  Ini baru langkah awal untuk terus ke hadapan, moga Intan tidak  leka dan dibuai mimpi  selepas ini..  Perjalanan yang masih jauh dan panjang, masih banyak duri ranjau yang perlu ditempuhi. 

//Semoga kejayaan terus mengiringi mu.

///maaf kepada yang sudi bertandang, ini bukannya bertujuan riak dan menunjuk-nunjuk.. sekadar berkongsi rasa ..






Rabu, 22 Disember 2010

Operasi menjelang buka kedai.

Pagi semalam ke sekolah, menjenguk stor, merangkap kedai buku sekolah, merangkap bilik pejabatku..  Lebih sebulan terbiar, penuh habuk dan debu, memang sah stor.

Ruangan bilik yang sempit semakin sempit dengan timbunan kotak buku tulis yang baru sampai, semua untuk stok 2011.

Kena menyapu dulu sebelum mulakan operasi, kalau tidak mau semput menyedut habuk yang berterbangan di tiup angin kipas.  Tak kurang juga tinggalan sisa buangan si cicak.....bertaburan belang hitam putih.

Selesai kerja pembersihan, baru mulakan operasi membungkus buku tulis mengikut pakej yang telah disenaraikan dalam list pembelian buku tahun 2011.

Siap bungkus dalam beg plastik untuk memudahkan penjaga yang akan datang semasa sesi hari pembayaran persekolahan sesi 2011 pada hari Rabu minggu depan. Senang kerja nanti, terima duit, terus hulur sebungkus buku.   Hanya uruskan buku tulis dulu mengikut pakej setiap murid.

Kerja-kerja pembungkusan dibantu oleh dua orang pekerja sukarela, yang rajin tanpa bersungut tapi bersyarat.
Syaratnya lepas kerja kena belanja makan...no hal ......kecik punya hal, janji kerja beres....

.
           Siap untuk hari ini , esok sambung lagi, sebahagian lagi....

Jadi selepas selesai kerja, selama hampir tiga jam juga operasi membungkus,...sebab dah lama bermalasan di rumah, kena pulak angkat itu, angkat ini......pinggang pun dah rasa lain macam..

Sebagai memenuhi janji bersyarat.....jom kita ke Kolopilah...eh taklah terus ke Bahau pulak.

                                                             Target yang ini

                                                               atau

                                                                yang ini

                                                                              
                                                                    Tapi 

                                                         dapat yang ini

........alasannya parkir kereta jauh, memang time puncak,  susah dapat parkir, itupun dah pusing-pusing  ...dapat satu jauh pulak dari sasaran, nasib baik penuntut janji pun dah penat buat kerja... dah hilang mood juga nak berjalan jauh, so apalagi rezeki yang itu je lah...

Takpelah...lain kali ibu kada, ibu kada dabel okey!

//dah sampai Bahau...terus soping back to school untuk Azim.

Isnin, 20 Disember 2010

Operasi pembersihan.

Setiap hari hujan.  Dah musim tengkujuh  begitulah.  Kalau tak pagi, petang mesti hujan.  Takpe hujan rahmat, setakat ini belum pernah terjadi banjir di kampung ini.

Bila tengok langit makin hitam, gelap, kami buat operasi membersihkan kolam di tepi laman rumah. Air kolam telah bertukar warna kehijauan.

Kolam kecil, sekangkang kera. Didalamnya dihuni oleh Si Debab.... seekor ikan kaloi.  Nama Si Debab diberikan oleh Azim.  Besar dua jari semasa baru memeliharanya, sekarang sudah menjadi sebesar dan selebar pinggan makan sepuluh inci.  Cantik dan berkilat bila berenang di dalam kolam di bawah sinar matahari.

Hanya Si Debab seekor menghuni kolam ini.  Pernah masukkan ikan lain, tapi habis ditelannya hidup-hidup, memang jenis tak suka berkawan spesis Si Debab ni.  Sekarang ni tinggallah dia menghuni seorang diri 'sendirian.

 Semasa operasi pembersihan, Si Debab hanya memerhati, dan sesekali menggelupur bagai nyawa-nyawa ikan.  Sebab kolamnya hanya berukuran 3 kali 6 kaki dengan kedalaman 2 kaki, sekejap saja operasi selesai.



Tempayan besar itu digunakan sebagai tempat menakung air hujan, sementara hujan belum turun  , air yang sentiasa ada di dalam tempayan disalurkan ke dalam kolam.   Dari tempayan, air hujan ini disalurkan  ke dalam kolam menggunakan getah paip yang disambung menerusi lubang tempayan. Buka saja penutup getah, air meluncur laju ke dalam kolam, petang tadi hujan lebat, sekejap saja air kolam sudah penuh.

Makanan utama Si Debab ialah sayur kangkung dan bunga raya merah, hulur saja sebanyak mana.. kejap licin. Menurut petua yang diberitahu, bunga raya untuk mencantikan dan mengilatkan sisiknya.  Si Debab juga spesis yang garang,  sesiapa yang menghulurkan tangan ke dalam air pasti diterkamnya.

Seekor kucing putih yang pernah mengacah-acah tangannya di tepi kolam juga telah diterkamnya,
Kucing putih  itu sebelum ini suka  mengintai di tepi kolam, tetapi suatu hari tu bila Si Debab berenang di tepi kolam, si kucing itu cuba menghulurkan tangannya.... mungkin untuk cuba menangkap ataupun untuk mengucapkan 'hello', belum sempat tangan kucing mencecah air,. Si Debab dah menerkam... kucing putih yang terperanjat lari tak cukup tanah sambil menggiau dengan bisingnya.  Sejak dari itu, kucing putih tak berani lagi duduk mengendeng di tepi kolam....sehingga sekarang kucing putih itu dah  'tobat'

// jari ibuintan dan azim juga telah pernah diterkamnya... terasa juga sakitnya, namun tidaklah sampai luka dan berdarah.... gigit sayang kot

Besanku, bekas kekasihku.....terimbau kembali cinta lama.

Besanku, bekas kekasihku.

Aduh..ayat .  Tak lolap tido jadinya.

Baru-baru ni terjumpa kembali rakan baik (Nor) semasa di sekolah menengah, fb menemukan kami kembali, setelah lebih 25 tahun tidak bersua muka, alih-alih dia 'meminta ibuintan menjadi kawannya' semula.  Terima dengan gembira sebab memang itu tujuan utama membuka akaun fb, mencari semula kenalan lama yang kini bertebaran di mana-mana.

Kami berchating dan bertukar-tukar nombor telefon.

Beberapa hari sudah menerima panggilan telefon daripadanya.  Berborak  lagi.  Namun kali ini, Nor banyak mengimbau tentang gelodak jiwanya terutama kisah cinta lamanya.  Kisah cinta (dirinya) dengan seorang pelajar Tingkatan Lima ketika itu,.

Ali (bukan nama sebenar) semasa di sekolah seorang pelajar yang sangat peramah dan sedikit nakal. Ali dan Nor mula bercinta monyet sejak Nor di tingkatan empat, mereka hanya berutus surat yang berwangi-wangian, walaupun sampul surat sudah di gam, ... terbau keharuman bedak talkum yang dicurahkan ke dalam surat tersebut, ibuintan tahu sebab selalunya ibuintan jadi posmen tak bergajinya.  Rasanya mereka bercinta tanpa pengetahuan rakan yang lain.

Tanpa pengetahuan orang lain kerana  sebagai posmen tak bergaji, ibuintan ada strategi sendiri menyampaikan surat tersebut... hahaha cuba bayangkan, setiap waktu rehat, ibuintan dan Nor akan masuk ke library, bukan baca buku tau... tapi 'poskan surat'... tu sebab tak pandai, orang lain masuk library baca buku, kami pula buat kerja lain..

Di dalam library, kami akan menuju bahagian buku Ensaiklopidia berbahasa Inggeris, yang tebal dan warna kuning, buku ni biasanya takde budak yang nak buka dan baca... so  buku nilah jadi peti posnya... dah rancang, sapa yang tulis surat dia yang masuk dulu ke dalam library, kalau Nor yang tulis dia yang 'poskan' dulu kemudian keluar, Ali pula masuk dan ambik surat tu... begitulah selang seli.

Rasanya selama setahun bercinta di sekolah tu, tak pernah surat tu terkantoi atau dijumpai oleh murid lain.  Mereka terus bercinta sehingga keduanya habis sekolah . Menurut Nor ada juga hampir tiga tahun mereka bercinta secara sembunyi.  Masa tu takde hanpone lagi, surat je selalunya, jumpa pun sekali sekala sebab Nor takut dengan emak abahnya. Jumpa pun bila sesekali turun ke pekan.  Remaja dulu tak berani macam remaja sekarang ni.

Ali memohon memasuki Pusat Latihan Polis dan berjaya mengikuti latihan di Pusat Latihan Jalan Gurney. Menurut cerita Nor, hubungan mereka mula dingin sejak Ali mengikuti latihan polis, mungkin kesibukan menjalani latihan menyebabkan Ali tiada masa menulis surat.  Nor pula memohon mengikuti latihan kejururawatan, dan diterima memasuki Sekolah Latihan Jururawat di Pulau Pinang.  Lalu kedua mereka terputus hubungan terus. Cinta mereka tidak kesampaian...

Kemudian kedua mereka berkahwin dengan pasangan pilihan masing-masing. Sehingga masing-masing telah mempunyai anak yang telah besar panjang dan takdir menemukan mereka semula.  Dalam keadaan yang berbeza pula.  Takdir menemukan jodoh anak mereka.  Anak perempuan di sebelah Ali sementara anak lelaki di sebelah Nor. Anak sulung Nor dan anak kedua Ali.  Kedua-duanya baru habis belajar dan baru bekerja.

Menurut cerita Nor, dia memang kehilangan kata-kata dan tidak tentu arah bila di rumah Ali semasa datang merisik dan membawa cincin tanya. Dia mengigil dalam kepanasan diruang tamu rumah bakal besannya. Dia rasa nak pitam bila mengetahui bakal besannya adalah kekasih yang amat disayangi satu ketika  dulu. Semasa sesi merisik berlangsung, Nor tidak berani  memandang muka Ali tetapi perasan Ali asyik memandangnya sambil tersenyum.

Anak mereka juga bertemu semasa sama-sama belajar di sebuah universiti di Utara tanahair.  Kisah cinta kedua ibubapa diulang oleh anak mereka.  Kedua mereka juga sekarang menetap di negeri yang berbeza.

Menurut Nor juga, memang anak lelakinya selalu membawa teman wanitanya balik ke rumah dan mereka selalu berkirim salam. Tetapi Nor masih tidak tahu yang teman wanita anaknya ialah anak Ali sehinggalah mereka berjumpa di rumah Ali semasa majlis merisik.  Anak mereka telah mengikat tali pertunangan dan bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti Tahun Baru Cina tahun depan.

Tanya perasaannya....  Nor kata 'sehingga sekarang  merasa amat serba salah'.

Tanya lagi samada suaminya tahu kisah lalu dia dan bakal besannya... Nor kata ,'dia takkan cerita, takkan cerita pada suami ataupun anak-anaknya'

Ibuintan pun rasa itu yang sebaiknya, pendam sendiri dan simpan sendiri, biar pecah diperut..... walaupun dah lama berlalu, kenangannya masih ada tambahan pula itu adalah cinta pertama Nor.  Nor berjanji akan mencuba bersikap biasa setiap kali bertemu besannya.

//insyaallah sampai jodoh anaknya nanti, ibuintan akan hadir ke majlis kenduri dirumahnya, harap-harap dapat juga berjumpa dengan Ali, nak tengok dan tanya pula reaksi Ali.

///kecilnya dunia ini, dan Allah Maha Berkuasa atas segalanya.


Ahad, 19 Disember 2010

Selamat Bertunang.... semoga sampai jodohnya

Semalam menghadiri majlis pertunangan bekas anak murid.

Baru je rasanya, tup-tup dah kerja, dah pun bertunang dan kalau ada jodoh bulan Mac nanti akan langsung majlis nikahnya.

Tahniah diucapkan kepada Fara Azira dan tunangannya Khairi...jejaka kelahiran Cik Siti Wan Kembang.

               Senyuman girang bakal pengantin, insyaallah Mac depan bergelar pengantin.


Sabtu, 18 Disember 2010

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

 Dalam catatan semalam, menulis tentang makanan yang baik - mengikut Sunnah.  Jadi pagi ni, masak mee hoon goreng.

Kalau selalunya sebagai perencahnya, selalu hendakkan nampak mewah dan berbagai variasi, masukan sekali apa yang ada dalam simpanan... ada daging masukkan daging, kalau ada ayam masukkan juga dua tiga kepak, ada udang masukkan juga dua tiga ekor, kalau ada sotong masukkan juga sotong barang sejanggut dua... kononnya nak nampak meriah dan 'kaya'..... riaklah tu.... konon juga ada pilihan.. kalau taknak daging boleh ambil udang, taknak ayam boleh ambil janggut sotong... tapi biasanya sapu semua

Jadi pagi tadi, cuba membetulkan yang biasa dibuat.  Mee hoon goreng hanya diberi perasa ayam saja, walaupun ada udang dalam ais bok....tidak dikahwinkan bersama udang

Kalau tidak silap dulu dah pernah terbaca tentang ni... makanan darat dan makanan laut tidak digalakkan makan sekali ..... contohnya kalau kita masak kari ayam untuk makan tengahari nanti, jangan masak pulak sambal udang sebab bila makan nanti, kita akan makan dua-dua..kari ayam makan sambal sotong pun makan   dua-dua kita bedal...

                           contoh makanan yang berkahwin campur... yang tidak direstui

Menurut penjelasan Ustaz Riduan semalam, maksud makanan darat dan laut ialah makanan yang asalnya berdarah dan bernyawa  (hidup)

 Nabi Muhamad s.a.w menegah kita makan ikan bersama ayam. Ini kerana di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Rupa-rupanya tanpa kita sedar juga, banyak makanan yang kita ambil setiap hari, merupakan punca terjadinya banyak penyakit.. terutamanya 'penyakit orang kaya'yang banyak terdapat pada masa kini...  penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit lagi.

Di sini disenaraikan juga cara diet Rasullulah SAW:  

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU  : contohnya KOKTEL


//berdasarkan hasil carian di rumah pak gugel,

/// sama-samalah kita membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.. semoga kita dan ahli keluarga kita terhindar dari musibah yang kita cari sendiri..  wallahuaklam

Jumaat, 17 Disember 2010

Makanan baik... makan ikut sunnah


Makanan baik.

Kita kena jaga makan :

1.. perintah Allah -  ambil makanan yang sihat dan berkhasiat

2. menjaga tubuh badan - supaya kuat dan sihat supaya dapat beribadat kepada Allah

3. wajib yang halal dan toyyibah - makanan akan menjadi darah daging

4. jangan makan terlalu berlebihan - seimbangkan...
satu pertiga untuk makanan, satu pertiga lagi untuk  air  dan satu pertiga lagi untuk angin

5. untuk minda - amalkan makanan sunnah Nabi seperti kurma, kismis dan badam

6. supaya adil dengan dengan diri sendiri - hanya cukup untuk keperluan diri,
jangan keterlaluan atau tidak melebihi had keperluan badan

7. amalkan minum segelas air sebaik bangun pagi dan segelas susu kambing sebelum tidur -

8.  mulakan memasak dengan niat yang baik, serta berdoa supaya masakan kita berkat kepada ahli keluarga

9.  banyakkan zikir - amalkan surah Ali -Imran ayat 103, ambil segengam beras dan bacakan pada beras

10..makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang

11. seeloknya duduk di lantai sambil bersimpuh dengan lutut kanan di naikkan sedikit

12.  makan seeloknya dengan tangan kalau terpaksa baru guna sudu dan garfu

13. asingkan makanan darat dengan makanan laut , jangan dimakan bersama dalam satu sajian makanan-
      mendatangkan penyakit

14. yakin makanan itu bersih dan halal tanpa perasaan was-was

15. yang terbaik makanan yang dimasak sendiri dirumah

16. jangan ditambah perasa yang tidak pasti puncanya.

17. makan malam sebelum Maghrib , pukul 6.30 petang

Makanan dan pemakanan kita menentukan peribadi kita.
 
//antara info yang dapat dikumpul dalam rancangan Topik Jumaat di Radio IKIM F.M bersama Ustaz Riduan.

Khamis, 16 Disember 2010

Pengisi masa cuti.

Cuti sekolah tinggal berbaki lebih kurang dua minggu lagi.

Masih belum ke mana-mana, masih bercuti di dalam rumah sendiri, bercuti dari tugas hakiki namun sebagai ibu rumahtangga tugas berjalan seperti biasa.

Bagi anak-anak, cuti sekolah bermakna kena keluar bercuti ke mana-mana.  Tidak dapat lama, pakej 3 hari 2 malam pun jadilah, janji keluar dari negeri beradat ini dan bermalam di tempat yang dituju.

Rancangan bercuti masih belum terlaksana, Along masih menduduki peperiksaan SPM.  Hari ini menduduki kertas Pengajian Al-Quran dan Sunnah dan kertas terakhirnya ialah pada hari Isnin depan.

Sementara mengisi waktu bersenang-lenang yang panjang.

          

Penuh bersepah satu meja dengan  bekas manik, juga plastik bekas makanan ringan. Dua kerja satu masa... tangan menjahit, mulut  mengunyah.
Intan menerima tempahan menjahit manik.  Sedang menyiapkan jahitan manik dilengan baju sepupunya, bajunya pula dijahit oleh ibu kepada Intan.


 


Baju untuk dipakai pada majlis pertunangan sepupu mereka pada 25 Disember ini.

Intan juga sudah siap menjahit manik dilengan baju kurungnya, juga untuk dipakai pada majlis pertunangan itu nanti.  Memasing nak melaram bersama bakal pengantin.

Dan ini pula aktiviti bujang kecik, selain PS2...


 Kalau dah lelaki.. tak boleh lari dari game... penat bertarung sensorang dengan Ps2, bertarung pulak di fb, semua game yang ada di fb tu dilayannya...

//Nasib baik masih ada lagi satu port untuk ibunya berblog.. kalau tidak akan berlaku juga satu pertarungan
///nak ke surau,... jom buat bubur asyura