Abahintan beli empat bungkus sahaja, tetapi banyak.. boleh makan untuk lima orang, dah biasa beli di kedai makan ni, kalau makan di kedai tu memang puas nak ngabiskan sorang-sorang. Supnya ayamnya sedap kena dengan sambal kicapnya yang pedas lagilah sedap..panas dan pedas, memang keluar peluh selepas makannya..
Pagi masak ikan goreng kicap dan sayur goreng je, masak untuk Along dan Azim. Tengah hari tadi pergi jemputan kahwin di rumah sepupu abahintan di Taman Mahsan, Bahau. Minum petang pulak semua makan roti bakar dengan kaya, habis sebungkus roti gadenia, kira kenyang juga lagi sampai ke malam, tu yang masing-masing kata taknak makan nasi.
Terima kasih Dik Azim.
p/s: Azim guna duit yang dia dapat semasa masuk hospital ari tu.
2 ulasan:
IM pun suka makan soto.
II, kalau boleh bila menulis tu buatlah perenggan. Mudah baca dan faham...
Tapi sori le kalau memang gitu stail penulisan II. Penulis ni memang punya gaya tersendiri.
terima kasih IM,
teguran yang membina,
akan dipraktikan
Catat Ulasan