Followers

Isnin, 23 September 2013

Makan berhidang di bawah khemah tidak praktikal.

Lokasi :  Di bawah khemah bertemakan kuning biru di sebuah taman perumahan di  Seremban.

Tarikh :  21 September 2013

Acara :  Majlis perkahwinan.

 Punyalah sibuk abang bertopi chef yang tinggi tu ke hujung ke pangkal khemah mempelawa tetamu makan. Sanggup mengiringi tetamu sehingga duduk di kerusi yang disediakan.

Tetamu terus dibawa ke meja yang telah tersedia hidangan untuk empat orang.

 
Selesai makan, meja akan dikemaskan dengan segera dan segera pula ditukar  dengan hidangan yang baru untuk tetamu yang lain pula. Silih berganti begitu.  Semuanya berjalan lancar dan teratur.


Sementara menunggu rombongan pengantin sampai, ibuintan serta adik ipar duduk dibahagian tepi khemah.  Sedang berbual-bual ibuintan didatangi seorang wanita, spontan dia bertanya "dah makan?  Ibuintan menjawab 'sudah'. Tanpa diminta, wanita itu terus berkata,' I tak suka makan stail gini, bagi I tak praktikal untuk majlis seperti ni. I rasa mesti ada guest yang tak dapat makan ni.  Kawan I pergi ke satu majlis wedding tu tak dapat makan tau'  Disebabkan terkejut dengan perbualan yang tidak disangka tu maka ibuintan serta adik ipar hanya mampu membalas dengan senyuman sahaja.  Mungkin kerana melihatkan tiada respon balas daripada ibuintan atau adik ipar maka wanita itu pun berlalu pergi.  Makanya ibuintan atau adik ipar menjadi tanda tanya pula apa motif atau moral of the storynya wanita itu berkata sedemikian. Apanya yang tak praktikal tu?


 Bersangka baiknya - mungkin wanita itu jarang-jarang atau tidak pernah menghadiri majlis kenduri kahwin di bawah khemah, mungkin majlis yang dihadirinya majlis di dewan atau ballroom hotel sahaja.  Mungkinlah ... tapi gayanya, pemakaiannya dan stailnya taklah pula menunjukkan dia hanya layak ke situ saja. Tapi kalau dihotel pun makanan dah siap dihidang juga.  Macam-macam ragam manusia ni, kalau dah jenis suka mencari cacat cela orang walau apa cara pun tetap nak menghentam orang juga.

Bagi ibuintan sebagai tetamu tiada cacat celanya cara makan yang berhidang begitu.  Sangat cantik dan teratur segalanya.  Pekerja katerer tu pun ramai dan masing-masing dengan tugas masing-masing yang telah diaturkan.  Tiada masalah juga kalau nak tambah nasi atau lauk, minta saja.  Segera dihantar ke meja.



... kenapalah masih ada antara kira  tidak cuba  membayangkan betapa sukarnya pihak tuan rumah berusaha untuk memuaskan semua tetamu, betapa banyaknya perkara lain yang perlu diuruskan juga... tidak bolehkah kita cuba menutup kekurangan majlis sekiranya ada...




Sabtu, 21 September 2013

Suka hati den la!

Seminggu tak buka blog. Aleh-aleh pagi ni rasa nak post entri lepas geramlah pulak. Ni semua berpunca dari mesej diinbox yang diterima daripada salah seorang kawan fb.  Yang buat ibuintan geram tu ialah suka hati makbapak dia je mengkondem ibuintan sebab suka mengepos gambar kucing di instagram.  Suka hati ibuintan la kan.  Dah kucing-kucing tu ibuintan yang punya. Dah memang sejak Azali, sejak lahir ibuintan memang dah suka dan sayangkan kucing. Yang dia nak marah dan rasa tak selesa buat ape.  Rasanya pose kucing-kucing tu tak ada pun yang perlu ditapis atau disensor, tak ada yang lucah pun. Nak tengok, tengok.. tak nak tengok.. blah je la!

Yang pelik tu siap dia kutuk lagi kata ibuintan ni berlagak konon baik hati sebab sayangkan kucing. Memang sakit jiwa la si Minah ni. Jalan penyelesaian utama ibuintan dah unpren dia di facebook, block terus. Kalau dengan gambar kucing pun dia boleh meroyan, sakit mata, baik tak payah berkawan dengan orang macam tu.  Tak rugi  pun rasanya tak berkawan dengannya.









Ini antara gambar yang pernah ibuintan masukkan di Instagram.  Dalam simpanan ada beratus lagi.  Rasanya lebih baik post gambar kucing daripada gambar orang... bukannya ada aurat pun yang hendak dijaga.  Kalau gambar orang perlu juga menjaga adab dan aurat orang tu.  Ni kucing seekor haiwan... haiwan kesayangan Nabi saw pulak tu.  Macam-macam la perangai manusia ni.

Dirumah ibuintan memang sekarang ni meriah dengan kucing-kucing.  Ada sembilan ekor semuanya.  Asal induknya dari kucing yang terbiar, yang datang ke rumah. Mula-mula beri makan di luar rumah, lama-lama jadi tersangat jinak terus tinggal menetap di rumah ibuintan.  Kalau dulu mulanya hanya ibuintan seorang yang sukakan kucing tapi kini seluruh ahli rumah dah suka dan sayangkan kucing.  Alhamdulillah.


...kucing-kucing inilah penerima sedekah kami setiap pagi, bangun pagi saja terus memberi mereka makan, mereka menerima sedekah kami  tanpa membanding beza antara makanan mahal atau murah, sedap atau tidak..



Ahad, 15 September 2013

Melayan tekak.

Jumaat 10.30 malam .. Along dan Intan tiba dari KL Sentral menaiki komuter.  Masing-masing mengadu lapar.  Yang bertiga menunggu mereka pun lapar juga sebab belum makan ketika keluar dari rumah.  Dalam perjalanan balik kami singgah makan di sebuah premis makanan di Ampangan. Walaupun dah masuk makan lewat malam kalau tekak dah biasa dengan nasi tetap nak nasi juga.

Pilihan abahintan - nasi ayam.

Pilihan Intan - nasi goreng daging masak merah



Pilihan ibu.. nasi goreng pattaya yang lebih banyak isi ayam berbanding nasi.


Pilihan Along dan Azim.. nasi goreng USA.
Masing-masing terperanjat sebab makanan yang dihidang penuh sepinggan berbanding yang biasa dipesan sebelum ini di tempat  lain. Masing-masing kenyang dek lauk berbanding nasi. 


Semua makanan di atas beserta lima jenis pilihan air berjumlah RM34.00, nampaknya kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen tidak mempengaruhi harga di kedai ini. Dan seperti kata salah seorang pemilik kedai  ... "kami harap puan sekeluarga berpuashati sebab kami mahu rezeki kami berkat, bukan mencari untung semata-mata".  Moga Allah melimpahkan rezeki yang seluasnya buat pemilik premis tersebut.









Sabtu, 14 September 2013

Hajat hati nak yang besar, dapat yang kecil pun jadilah.

Hari raya lalu ibuintan dan suami beraya ke rumah biras (isteri adik ipar).  Sambil beraya sambil melawat emak biras yang sedang sakit.  Emak biras ibuintan disahkan mengidap sakit radang saraf, sendi-sendi dibahagian kakinya membengkak.  Kami sampai lebih kurang pukul enam petang.  Rumah biras di atas bukit.  Di hadapan rumahnya ada sebuah kolam memancing  yang agak luas.  Sangat cantik seperti yang ibuintan selalu angankan mempunyai sebuah rumah yang mengadap kolam ikan.  Petang-petang sambil berehat sambil memberi ikan-ikan makan.  Waa tentu best.  Pasti seronok melayan ikan-ikan makan.




Kolam ikan ini kepunyaan bapa saudara biras ibuintan.  Tuan punya banglo warna oren di seberang kolam itu. Banglo itu baru siap. Mesti bisnes kolam ikannya sangat menguntungkan. Pertemuan dan percintaan adik ipar ibuintan juga bermula di kolam ini.  Adik ipar ketika itu hobinya memancing, setiap petang datang memancing ke sini.  Kolam ini seperti kolam ikan yang lain, pengunjung yang datang memancing dikenakan bayaran.  Ibuintan tidak pasti pula berapa bayarannya untuk setiap kali masuk. Setiap bulan pula diadakan pertandingan memancing atau jackpot.  Ada hadiah disediakan dan adik ipar pernah memenangi sebuah kipas angin duduk sebagai hadiah saguhati.  Dengarnya ada beberapa kategori yang dipertandingkan. Dan seperti usikan rakan-rakannya dihari perkahwinannya, isterinya adalah hadiah utama jackpot yang dimenanginya.  Setelah  berkahwin minat memancing adik ipar pun hilang...




Kan tenang dan damai je melihatnya. Ibuintan pun sebenarnya suka juga memancing, pernah juga mengikut suami memancing sesekali dahulu.  Tapi kini suami pun dah jarang juga pergi memancing.  Pancing dah lama tersimpan dalam stor.


Demi menunaikan impian besar, dapat yang kecil pun jadilah. Hendak tak hendak terpaksa juga suami membuatkan kolam kecil di sudut halaman rumah. Dapatlah setiap petang duduk bersantai memberi ikan makan.



Penghuni setianya ialah Debab, seekor ikan kaloi yang sudah lebih 7 tahun dipelihara.  Asalnya hanya sebesar dua jari namun kini lebih sekilogram beratnya.  Boleh tahan jugak garangnya ni.  Jangan cuba-cuba mengocak air kolamnya cepat sahaja datang melurunya.  Makanan utamanya selain kangkung ialah bunga raya.  Bunga raya dibiarkan kembang, dah petang petik dan berikan pada Debab.  Suka sangat Debab, sekali masuk mulut saja sekuntum tu.



... tidak salahkan mempunyai impian?

Khamis, 12 September 2013

Terima kasih Petronas.... walaupun minyak naik duoposen.

Beli atas dapat yang bawah sekali.
Sekarang pergi mana-mana tak perlu lagi setiap orang  bawa pengecas sendiri.
Tak juga bising-bising dan salah menyalah bila ada yang tertinggal pengecas di rumah atau hilang ketika pergi ke mana-mana.
Bila  hilang terpaksa ganti baharu, keluar lagi duit, dah beberapa kali berlaku pun.
Yang penting kotak ini dipastikan sentiasa ada dalam kereta.


Cucuk dalam kereta pun boleh.


.... Moga tak timbul lagi kes tertinggal pengecas telefon sekiranya pergi berjalan-jalan. Masalah utamanya pengecas masing-masing tak boleh dikongsi, tidak bersesuaian bila dah berlainan jenama.



Selasa, 10 September 2013

UPSR - Doa dan harapan buat semua, moga berjaya.



Ya Allah, berilah ketenangan dan peliharalah kesihatan yang baik buat semua anak-anak didikku di SK Talang serta bekas anak-anak didikku di SKDI juga buat semua anak-anak buah, anak-anak sahabat serta kenalan ku agar mereka dapat menjawab soalan dengan tenang, yakin dan lancar.
 Permudahkanlah urusan anak-anak ini dan berkatilah mereka.
AAMIIN ... YA ALLAH.




Isnin, 9 September 2013

Memang ... blogger wajib ambil gambar dan bergambar.


Ini bukti paling kuat.  Orang kuat majlis ni. Walaupun sudah diserahkan kepada jurugambar berbayar untuk merakam setiap detik majlis namun selaku blogger  merakam gambar juga sudah menjadi suatu kemestian.  PakNgah Hamzah al-Lavendari, blogger hebat yang mempunyai komensen yang tinggi, juga merupakan pengasas dan admin  Kelab Peminat Adat Perpatih (K-PAP) di fb.  Kelab K-PAP yang semakin terkenal  sebagai laman sembang yang bukan khas untuk anak-anak kelahiran Negeri Sembilan sahaja tetapi yang lebih utama sebagai satu laman untuk mempelajari bahasa atau loghat Negeri Sembilan.  Bahasa yang hanya digunapakai di Negeri Sembilan sahaja. Atas inisiatif dan usaha PakNgah kini telah muncul kamus bahasa Negeri Sembilan.  Dah terkumpul beratus-ratus perkataan tu, sesiapa yang berminat untuk belajar bahasa Negori silakan ke fb ini .. jangan lupa like tau!



Gambar ni tak taulah... suratan atau kebetulan.  Kenapalah en abang ibuintan dan abang Kakchik Seroja lolap masa ni.

Alhamdulillah, akhirnya semalam sampai juga hajat ibuintan, ditemani suami dan Along, ibuintan berjaya menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak PakNgah Hamzah di kediamannya di Lavendar Heights, Seremban.  Dan seperti harapan sebelum bertolak agar bertemu beberapa blogger terkenal yang blognya selalu ibuintan ikuti, maka impian dan harapan itu juga separuh tercapai.  Bertemu KakChik Seroja yang datang bersama suami serta anaknya Bang Chik. Pada awalnya ibuintan berasa Kakcik Seroja tidak hadir sebab sebelumnya ibuintan terbaca cacatannya diblog yang suami Kakcik dirawat dihospital sebab kecederaan lutut. Namun kata Kakcik semangat suaminya kuat untuk datang juga walau sakit lututnya masih terasa.  Bertemu juga blogger RKA serta isterinya.  Jiran PakNgah rupanya blogger RKA ni... kami tidak dapat berbual panjang sebab RKA ada majlis lain untuk dihadiri.

Seriusnya Azie.  Juga seorang blogger yang amat ibuintan kagumi penulisannya.  Tenguk tu seriusnya Azie.  Azie datang bersama Kakcik Seroja.  Kenangan terindah berjumpa kedua blogger famos amos ni!

Kak @Acik Erna bersama suaminya.  Kami juga tidak dapat berborak panjang, Kak Erna juga beredar awal dari majlis ini untuk melawat anaknya di asrama.   Kami sama-sama meninggalkan majlis ini semasa tuan rumah PakNgah sedang sibuk melayan tetamu pihak pengantin perempuan.  Hanya sempat berjumpa dan bersalaman dengan MakNgah sebelum balik.  Ibuintan juga kehilangan Kakcik dan Azie, puas melilau mencari mereka sebelum balik.  Disebabkan suami dan anak ada urusan di Seremban maka ibuintan kecewa juga tidak sempat menunggu blogger Yunus Badawi (YB) sampai.  Semasa makan Azie ada memaklumkan yang YB sedang dalam perjalanan ke sini.  Masih belum ada rezeki juga hendak bertemu blogger YB serta beberapa lagi blogger lain yang hadir ke majlis perkahwinan anak PakNgah.



Suami ibuintan mengatakan pengantin lelaki ada iras penyanyi Maher Zain.  Sama cantik, sama padan.  Tahniah moga pasangan pengantin kekal bahagia selamanya.


Rupanya hanya ini saja gambar yang ibuintan ada.  Kecewa tiada gambar bersama tuan rumah serta isteri.