Followers

Jumaat, 7 Mei 2010

Azim masuk hospital juga akhirnya.

Assalamualaikum,
Subuh tadi dalam pukul lima, abahintan sekali lagi menghantar Azim ke wad kecemasan Hospital Tuanku Najihah Kuala Pilah..tidur Azim mula terganggu sekitar pukul 4 pagi, mula batuk tidak berhenti dan ini disusuli dengan sesak nafas, sekali lagi Azim tercunggap-cunggap, mula rasa serba tidak kena dan tidak boleh tidur.. badan mula berpeluh, dan pernafasannya juga berbunyi.
Tidak senang hati dengan keadaan ini abahintan sekali lagi membawa Azim ke wad kecemasan, selepas diberi rawatan sedut gas, doktor memberitahu bahawa Azim mesti di masukkan ke wad kerana perlu diberi pemeriksaan lanjut, Azim dimasukkan ke wad 3 lelaki.
Selepas menghantar Intan tusyen, ibuintan terus ke hospital melawat Azim. Doktor pakar memberitahu berdasarkan ujian XRay, didapati tiada masalah atau jangkitan terhadap paru-paru Azim, sehingga petang tadi keadaan Azim telah bertambah baik dan batuk juga telah berkurangan. Malam ini Azim ditemani oleh abahnya. Ibuintan tidak dibenarkan menjaganya kerana dia berada di wad lelaki dewasa,ibuintan hanya mampu berdoa semoga Azim sibongsu ni cepat sembuh sepenuhnya. Hanya doa yang dapat ibu pinta demi kesembuhan mu.. Amin.
                                   Petang, sedang leka membaca komik.

Tiada ulasan: