Followers

Sabtu, 31 Ogos 2013

Merdeka... Moga Malaysia terus aman.

Selamat Hari Merdeka Yang Ke-56 Tahun
 
"Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku"
Terima kasih pejuang kemerdekaan di atas segala usaha, titik peluh dan pengorbanan yang tidak terhingga nilainya. 
Moga Allah swt sentiasa merahmati kalian.
 
share dr  fb rakan KGM...tq


 
 

Rabu, 28 Ogos 2013

Mari belajar buat jus buah.

Wordless Wednesday...... La kononnya!




















Enjoyyyyyyy!





Ahad, 25 Ogos 2013

Dari jamuan raya menjadi kenduri doa selamat.

Alhamdulillah, selesai sudah majlis yang dirancang  secara tiba-tiba.  Tengah hari semalam ibuintan mengadakan kenduri doa selamat. Secara kecilan sahaja dan tetamu semuanya terdiri daripada kalangan teman sekerja serta keluarga mereka sahaja.  Selain mereka ibuintan juga menjemput jiran sebelah menyebelah rumah, jiran terdekat sahaja. Majlis bermula sebaik semua rakan-rakan  sampai, bacaan doa diketuai oleh ustaz Zul yang juga rakan sekerja.  Kenduri  ini awalnya adalah majlis jamuan hari raya untuk semua rakan sekerja tetapi oleh kerana salah seorang tetamunya ialah ustaz, maka ibuintan  menukar tajuk jemputannya ke majlis bacaan doa.  Doa selamat ini untuk Along yang berjaya melanjutkan pelajarannya.  Along akan mendaftar pada 1hb September ini, jadi kami dah kesuntukan masa untuk membuat majlis yang lain.

Semalam juga hari sekolah ganti sempena cuti hari raya lepas.  Sempena sekolah ganti ini pihak pentadbir sekolah telah mengambil kesempatan dihari cuti bagi ibubapa dan penjaga murid ini untuk mengadakan majlis bacaan Yassin dan solat hajat untuk semua anak murid yang akan menduduki UPSR. Selepas itu diikuti majlis sambutan hari raya bersama semua warga sekolah dan ibubapa. Jadi selesai majlis disekolah semua rakan-rakan sekerja dijemput pula ke rumah ibuintan.

 Menu  yang pelbagai jenis adalah sumbangan ibubapa selain pot-luck dari kalangan guru dan staff sekolah.



Disebabkan disekolah dihidangkan dengan pelbagai menu dan kuih raya jadi di rumah, ibuintan menyediakan makan tengah hari. Ibuintan terpaksa memasak bermula sebelum subuh lagi.  Sementara semua persiapan terpaksa dimulakan malamnya lagi. Selesai memasak bergegas pula ke sekolah. Sepeninggalan ke sekolah, suami serta dua orang anak bujang yang terpaksa menyediakan apa yang patut.  Tanpa menunggu majlis tamat ibuintan terpaksa meninggalkan majlis jamuan disekolah, bergegas balik untuk menyambung masak dan menghidang untuk majlis di rumah sendiri pula. Nasib baik lauk sempat dimasak waktu pagi sebelum ke sekolah, yang tinggal hanya untuk menggoreng ayam serta nugget selain memotong buah untuk rojak buah. Menu simple ibuintan untuk majlis ini ialah kari daging, rendang pucuk paku, gulai sotong dan ayam goreng berempah. Pemanis mulutnya hanya sempat membuat bubur pulut hitam sahaja.  Selain itu biskut raya yang masih berbaki.


Tetamu dikalangan adik ipar pula datang agak lewat sebab masing-masing terpaksa menunggu anak balik dari sekolah. Tetamu yang terakhir  ialah keluarga adik ipar iaitu Usu Hamdan yang tiba pukul empat setengah petang, waktu mereka sampai tuan rumah dah tumbang... tidur kepenatan teramat.

 Syukur, semuanya berjalan lancar. Moga semua rakan-rakan yang sempat hadir berpuashati dengan masakan yang disediakan. Kerana kesibukan melayan tetamu, sayang sekali tiada sekeping  gambar pun yang dapat diambil sebagai kenangan.




Jumaat, 16 Ogos 2013

Catatan Raya 2

Raya ke tiga... adik Shamsul serta keluarga dari Ampang


... Bang Ilmar, kak Nor Mala, kak Melor serta anak dan cucunya.





Grup rakan-rakan Along dan Azim. Juga bekas anak-anak murid.

Kawan-kawan Intan saja yang tidak sempat datang beraya tahun ini kerana mereka semua telah menyambung pelajaran semula.  Masing-masing dah belajar berlainan tempat dan negeri, dah payah nak berkumpul semula  Intan balik ke kolejnya di Gopeng pada petang raya keempat. Walaupun Intan bercuti sehingga hari Isnin tetapi pihak kolej mengarahkan semua pelajar balik pada hari Ahad kerana hari Selasa mereka akan menduduki peperiksaan setengah semester.



Intan naik bas pukul 6 suku, syukur sampai di kolej dengan selamatnya pukul 9 setengah malam.  Balik sarat dengan beg dan kuih raya.


Hari ini 16 Ogos 2013... pagi tadi ibuintan ke Juaseh menziarah mak saudara yang meninggal malam semalam.  Moga roh arwah maklong dicucuri rahmat dan diampunkan segala dosa-dosanya.  Al-fatihah.






Khamis, 15 Ogos 2013

Catatan Raya 1

Assalamualaikum... cepatnya masa berlalu. Dah seminggu kita berhari raya.  Raya kali ini semua jadual perjalanan berubah dari kebiasaannya.  Faktor utama yang menyebabkan perubahan jadual perjalanan untuk berhari raya kami sekeluarga ialah faktor kesihatan mak dan abah mertua.  Mak dan abah mertua tidak berapa sihat sekarang ini dan mereka  tinggal berdua sahaja.  Semua anak-anak beraya di rumah masing-masing, adik-beradik ipar hanya datang beraya dan kemudian balik ke rumah mereka. Tinggallah mak dan abah mertua sahaja.  Yang ada bermalam di sana cuma adik ipar yang bongsu serta suaminya sahaja.

  
                        Ibuintan dan keluarga di pagi raya 2013... tema pink dan black kami tahun ni.

Tiga permata hari yang menceriakan hidup ibu.

 
Bersama keluarga adik lelaki.... terima kasih Acek dan Ida.

Auni dan Amir leka ngadap game.... berebut sebenarnya tu!

Pusara arwah mak... alfatihah, moga roh mak tenang di alam sana... dah enam tahun kami beraya tanpa emak di sisi... sayu dan rindu hanya Allah jua yang tahu.

Selepas Asar seperti kelaziman setiap tahun sejak berkahwin, ibuintan sekeluarga akan ke rumah kedua mak dan abah mertua pula.  Seperti kebiasaan juga kami akan bermalam di sana disamping menziarah semua keluarga terdekat suami di sana. Biasanya kami habiskan menjelang tengah malam itu juga. Tapi kali ini kami sekeluarga hanya beraya di rumah emak sahaja sebab masing-masing sudah kepenatan ditambah pula kami lewat sampai sebab tersangkut dalam jem... Bayangkan jalan kampung pun boleh jem jugak tu.

Petang raya kedua ibuintan dimulakan dengan menziarah ke rumah adik-beradik suami yang tinggal di kampung. Petang ke malam kami hanya sempat ke tiga buah rumah sahaja.  Dua buah rumah adik ipar dan rumah kakak ipar yang sulung.

Along dan Intan di rumah maktehnya.


Bersama Intan di hadapan rumah maktehnya... tema ibu dan anak ialah pepel pink dan oren...

Bersama Along... baru perasan ibuintan langsung tiada gambar berdua bersama si bungsu Azim. Ni sebab dia jadi jurugambar la ni... kamera kami tahun ini lebih banyak tidur dari digunakan, bawak ke mana pergi tapi tidak digunakan sebab anak-anak lebih suka guna tab ... terus pos ke FB atau Instagram

Raya tahun ini setiap malam ibuintan tidur di rumah mak mertua.  Malam raya kedua, ke tiga dan malam raya ke empat kami berada di sana.  Kami balik ke rumah pada keesokkan harinya dan selepas Maghrib balik semula ke rumah mak mertua.  Ibuintan risau sangat bila mengenangkan kedua mak dan abah mertua tinggal berdua sahaja di rumah sedangkan mereka berdua tidak sihat.  Adik ipar yang bongsu serta suaminya ke Kedah pada hari Jumaat hingga Isnin, adik ipar lelaki yang biasa menjaga emak pula sibuk ke hospital kerana abah mertuanya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung manakala mak mertuanya menderita sakit radang tulang. Manakala suami adik ipar ibuintan juga dirawat di hospital kerana mendapat serangan jantung  dua hari sebelum hari raya.  Seperti kata mak mertua raya tahun ni penuh dugaan buat anak dan menantunya.  Tu sebab mak dan abah mertua ibuintan langsung tidak mahu ke rumah anak-anak yang lain untuk berhari raya... hati tak suka macam mana nak beraya katanya.  Baju raya yang dibelikan oleh anak-anak pun tidak dipakainya.

Abah mertua termenung panjang di pagi raya ke dua.  Kami minta mak dan abah memakai baju raya untuk bergambar bersama tapi ditolak oleh mereka.  

Bila uploard gambar ke komputer hari ini baru perasan kami tidak mengambil langsung gambar saudara dan tetamu yang datang beraya ke rumah  pada hari raya pertama, kedua dan ketiga.  Osahlah sibuknya.  Sibuk didapur serta melayan tetamu sampai lupa nak bergambar kenangan.


.... selamat berpuasa enam Syawal kepada semua sahabat yang sedang berpuasa


Khamis, 8 Ogos 2013

Assalamualaikum... selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan bloggers, ibuintan mohon maaf zahir batin di atas kekhilafan dalam penulisan atau komen selama ini, salah silap harap dimaafi, moga sahabat bloggers semua gembira bersama keluarga dan sanak saudara. Berhati-hati dalam perjalanan dan semoga selamat semuanya. Selamat bercuti.