Alhamdulillah... selamat bersarapan pagi. Menu ringkas sebagai alas perut. Pagi ni makan pisang goreng. Pisang nangka pemberian jiran sebelah rumah sebanyak tiga sikat sudah boleh digoreng. Nampak gayanya dua tiga hari ni goreng pisang saja la selagi tak habis. Kelmarin semasa anak jiran menghantar pisang ibuintan dah tolak dua sikat dengan alasan banyak sangat kalau tiga sikat tu, boleh beri kepada jiran yang lain pula. Tapi anak jiran tu berkeras juga memberi tiga sikat tu.. katanya untuk jiran yang lain pun ada juga sebab dia ada dua tandan pisang yang baru ditebang.
Bergandingan bersama pisang goreng tu bukan pencicahnya tau, tulah dodol cair atau lebih popular sebagai 'penganan cair'. Penganan yang diambil sebelum kental semasa dikacau dulu. Bila pulak la mengacau penganan ni kan. Bukan kerja senang buat penganan ni. Banyak guna kudrat tenaga tu.
Malam semalam ibuintan dan suami dipelawa oleh kakak sedara sebelah rumah menolongnya mengacau penganan. Akak sedara ni baru menerima menantu Sabtu lepas (di sini) dan pihak pengantin perempuan ni akan ke rumah pengantin lelaki pula pada hari Ahad ni iaitu esok..... majlis menyambut menantu di pihak lelaki pula di Mantin. Jadi penganan ni sebagai buah tangan untuk di bawa ke majlis itu nanti.
Sekuali saja, guna tiga kampit tepung pulut, lapan kg santan dan tiga turus gula anau serta ditambah gula sekg pasir. Ni langkah pertama... satukan santan, tepung dan gula. Senang sangat dikacau masa ni.
Ni semasa penganan masih cair lagi tapi perlu sentiasa dikacau supaya bawahnya tidak berkerak. Aroma semakin wangi sewaktu ini. Bau gula anau yang sangat menusuk kalbu.
Ni rupanya setelah dua jam proses berjalan. Kalau sensorang ni, mau tercabut tangan dah rasanya ni, dah semakin memekat atau kental sedikit. Masa nilah penganan cair di ambil. Ada yang suka makan penganan cair saja berbanding penganan yang telah keras. Semasa kecil dulu arwah atuk selalu makan penganan cair ni bersudukan 'daun kelapa' saja. Daun kelapa dipotong pendek dan dijadikan sebagai sudu. Nostalgia tu!
Ni pulak selepas tiga jam. Dan menceceh peluh dah masa ni, dah semakin likat dan kental. Nasib baik berempat mengacaunya, ni kalau ibuintanlah minta maaflah nak membuatnya kalau sensorang saja.. Beli sajalah yang dah siap tu. Tapilah kan dari segi rasa memang tak boleh celen dengan yang dijual tu.. tersangatlah wanginya. Kalau dibakar atas kayu api lagilah mencabar ni. Panas dari kaki naik ke kepala, nasib baik guna api gas saja. Setelah berjuang selama empat jam bermula pukul sembilan sehingga pukul satu pagi, barulah penganan ini diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas. Semoga pihak keluarga lelaki gembira menerimanya nanti.
Manis... tak boleh makan banyak dan selalu ni.
... kuih tradisi yang semakin dilupakan. Walau telah banyak dibuat secara moden dan menggunakan mesin namun dari segi rasa yang dibuat secara tradisional ni juga yang terbaik. Namun ibuintan respek dengan makcik jiran sebelah rumah ibuintan ni selalu menerima tempahan membuat penganan ni, harganya berbaloi dengan rasa dan tenaga yang dicurahkan untuk membuatnya.
26 ulasan:
memang susah membuat penganan ni .. tambah dengan asap dan panas lagi.
saya suka penganan cair tapi tak ada pula orang jual.
Betul pakngah.... osah mencaba ea, alang2 memang x sanggup membuatnya
Sy pun suka yg cair tu berbanding yg dah keras
Wei..ibuintan mengancam tu
Nakkkkkkkk saya suka sangat dodol ni
Penganan tu apa. Nampak macam dodol je...
Ibuintan...
Penganan tu bukan dodol ya?
Ibu lala n Azi..... penganan dan dodol tu samalah tu
Kat Ns dodol lebih dikenali sbg penganan.....
kagum dgn org yg sabar menyediakan dodol nie....
susah nak buat dodol....klu dah siap begini, alhamdulillah..bolelah buar tempahan..
wahh sy terliuq dah ni
suka jg mkn :)
abg saya kawin org kg gemetir k pilah pun selalu jgk amik upah buat dodol ni..habis anak beranak tolong kacau ...
Assalamualaikum ibu Intan,
Banyak kudrat diperlukan nak buat penganan tu ya. Kalau dlm bhs Jawa, panganan tu makanan. Ini penganan ya. ^-^
Maaf ya, ckLah dah '2 tahun' tak berblog. ^-^
Kakak rasa dodol antara kuih tradisi yg sentiasa ada di mana-mana dan disukai ramai.
Yg belum pekat sangat kalau letak atas daun pisang sedap tau cikgu:)
assalamualaikum ibu..
adakah ia dodol atau wajik ( dlm bahasa jawa)?
assalam ibu intan..kalau ditempat acik pulak..kacau tepung ngan santan dulu..dah kembang elok baru tambahkan gula.
Ibuintan..sorry typing error tadi, ummi delete.
Penganan ni macam dodol ye ibuintan? kalau kat Terengganu, ada juga penganan, tapi rupanya macam kuih akok.
@NzA
akak pun kagum terutama yg menggunakan cara tradisional tu... kacau dengan tangan bukan dengan mesin
@Patrycja Photography
hai tq... come again
@sal
tak sanggup sy menerima tempahan sebab tersangat susah membuatnya... byk guna tenaga. .. empat jam baru masak... penat tu
@Maiyah
makan sikit2 dan sekali sekala okey la kan.. manis, bahaya tu tuk kesihatan
@zulaikha megat
sapa nama abang zu tu... mungkin akak kenal, kg gemetir dekat je dgn kampung akak
@ckLah @xiiinam
Mualaikumsalam CkLah... hehehe dua th lama tu ..kan
haah,, org Negori panggil dodol ni pengganan
@Kakzakie
memang KZ... letak atas daun pisang memang sedap.. baunya juga wangi
sekarang dah banyak dijual... ada sentiasa tak macam dulu kena tunggu hari raya baru dapat makan dodol ni
@sahromnasrudin
Mualaikumsalam Shah... penganan ni dodol yg terkenal tu la... kat tempat ibu dipanggil pengganan
wajik pulak lain... pulut dikacau bersama gula dan santan
@Acik Erna
lebih kurang macam tu jugak la tu kak... tepung dan santan masukkan dulu, gula lewat sikit selepas santan dan tepung bergaul rata
kalau sy tak sanggup membuatnya kak...
@ummiross
ye ummi... memang dodol la tu... nama nya je lain kat sini
Catat Ulasan