Followers

Rabu, 20 Februari 2013

Kenangan mengusik jiwa.

Dua hari yang sangat sibuk dengan mesyuarat serta kursus hingga ke petang. Hari ni juga mesyuarat lagi, nasib baik habis awal.  Kalau tak memang tak berjenguklah blog ni hingga ke hujung minggu. Macam-macam yang perlu dibuat.

Aktiviti anak-anak Tunas Puteri semasa aktiviti ko-kurikulum awal petang tadi ialah membuat bekas telur daripada kertas manila.  Bekas telur yang mengimbau zaman kanak-kanak ibuintan dahulu.  Setiap majlis kahwin yang dihadiri pada masa itu mesti jumpa bekas telur sebegini....  ringkas dan murah.  Dan selalunya juga semasa kanak-kanak/zaman sekolah rendah dulu bila ada jiran yang akan melangsungkan majlis kenduri kahwin anak mereka, jiran dan saudara mara yang perempuan selalu bergotong royong membuat bekas telur sebegini. Buat beramai-ramai ... sambil borak-borak, sambil gelak-gelak, biasanya sehari dua saja aktiviti ini berlangsung.  Bergantung pada jumlah yang diperlukan saja.




Bekas telur yang jimat dan murah...  masa ni ada ke agaknya yang sanggup menggunakan bekas telur sebegini?  Mana ada kelas! silap-silap hari bulan jadi umpatan pulak... tuan rumah kedekut, haji bakhil,yang paling tacing tu ' buat malu orang kampung yo' Apa pasal lak kita sekampung boleh malu?  Dah dia mampu setakat tu... biarlah.....  iyo tak?





Dua gambar ni tak ada kena mengena dengan bekas telur di atas.  Ni majlis kahwin yang baru berlangsung minggu lepas.  Majlis yang 'penuh dengan airmata'.  Kesedihan jelas terukir diwajah abah pengantin lelaki semasa bergambar keluarga tapi tidak lengkap dengan ketiadaan 'ibu pengantin' atau isterinya yang tercinta.  Terlalu banyak airmatanya yang tumpah pada majlis ini.  Pengantin lelaki juga 'terpaksa' senyum atas paksaan jurufoto sewanya.


... semasa di majlis kahwin ini, kami mendapat bunga ber'telur pindang' tapi ada antara kami yang rata-ratanya tak biasa malah ada yang tak pernah makan, maka tekak kami tidak bersedia menerimanya. Tekak dah biasa dengan telur rebus kosong sahaja.




7 ulasan:

Daddy Ziyyad berkata...[Reply]

Pada saya, bekas telur tu unik...mmg mulut org tak boleh ditutup, tapi kalau ianya menjimatkan..go ahead aja..hihihi..

Mmg wajar bapa pengantin tu sebak...Saya pun sebak membaca nya...

Telur pindang ni famous kat Johor..hihihih

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Rindu telur pindang. Kalau kenduri di rumah saudara mara belah bapa di Johor memang ckLah cari ni...

MulutPayau berkata...[Reply]

Ohhhh, buat bekas telur ya ana2 Tunas Puteri...ada idea lah saya nanti..nak ajar anak TP buat jugak lah...

inazamri berkata...[Reply]

terus terkenang2 zaman tu.cantik dan unik bekas telur dulu2 kan

Tanpa Nama berkata...[Reply]

telur pindang rasa berempah sedap ..hilang rasa hanyir..bau serai etx

ummiross berkata...[Reply]

comel wajah-wajah cilik yang buat bunga telur tu ibuintan, agaknya bila tiba giliran mereka naik pelamin nanti, bagaimanalah rupa bekas telur ketika itu..

Nor Salmi berkata...[Reply]

Saya suka sangat telur pindang tapi sejak balik ke Pahang dah banyak tahun tak rasa telur pindang ni..