Followers

Isnin, 4 Februari 2013

Silap sendiri.


Sakit pinggang (low back pain) ni memang kesilapan sendiri. Kecuaian sendiri sebab semalam terus membongkok untuk mengangkat getah paip.  Walaupun tidak berat barang yang diangkat tapi kata doktor tadi caranya adalah salah.Tidak boleh membongkok terus, mesti bengkokkan lutut dulu.  Bukan tak pernah tahu bahawa cara itu salah dan dulu juga dah pernah terkena sekali...  alasan yang diberi kepada doktor ialah LUPA. 

Ni cara yang betul.



Sebab lupa dan kerana tergesa-gesa juga menyebabkan hari ini terpaksa mengadap doktor lagi.  Sakitnya masih ada dan keadaan ini memaksa untuk mengambil cuti hari ni. 



Ni pulak cara ibuintan semalam... tu yang ligamen tu tegang. Bila duduk atau baring tidak terasa sakit tapi bila bangun dari duduk atau hendak berjalan terasa tegang hingga ke kaki.  Intan kata 'ibu jalan macam orang ngandung sembilan bulan"


Harap sakitnya tak berpanjangan.  Kesian anak-anak murid hari ni, dah lah hari ni juga ramai cikgu yang keluar kerana menghadiri taklimat petugas pilihanraya pagi ni.  Eh ... ibuintan juga salah seorang petugas tu.


Doakan ibuintan cepat sembuh ye!



5 ulasan:

Lelaki Ini berkata...[Reply]

kesiannya.
moga cepat ok!

NzA berkata...[Reply]

dpt bygkan kesakitan yg akak alami...moga cpt sembuh.....

ummiross berkata...[Reply]

kesiannya ibuintan, tentu sakit sangat mula2 kena tu kan, ummi doakan ibuintan cepat sembuh ye.

zulaikha megat berkata...[Reply]

salam perkenalan dri saya..

Ibuhani berkata...[Reply]

kita dah berumur ni kena hati2 bila angkat brg2 berat.....almaklumlah tulang pun x kuat. Smoga ibuintan cpt sembuh ye!