Followers

Sabtu, 16 Februari 2013

Penganan yang mencabar.

Alhamdulillah... selamat bersarapan pagi.  Menu ringkas sebagai alas perut.  Pagi ni makan pisang goreng.  Pisang nangka pemberian jiran sebelah rumah sebanyak tiga sikat sudah boleh digoreng.  Nampak gayanya dua tiga hari ni goreng pisang saja la selagi tak habis.  Kelmarin semasa anak jiran menghantar pisang  ibuintan dah tolak dua sikat dengan alasan banyak sangat kalau tiga sikat tu, boleh beri kepada jiran yang lain pula.  Tapi anak jiran tu berkeras juga memberi tiga sikat tu.. katanya untuk jiran yang lain pun ada juga sebab dia ada dua tandan pisang yang baru ditebang.


Bergandingan bersama pisang goreng tu bukan pencicahnya tau, tulah dodol cair atau lebih popular sebagai 'penganan cair'.  Penganan yang diambil sebelum kental semasa dikacau dulu.  Bila pulak la mengacau penganan ni kan.  Bukan kerja senang buat penganan ni. Banyak guna kudrat tenaga tu.

 Malam semalam ibuintan dan suami dipelawa oleh kakak sedara sebelah rumah menolongnya mengacau penganan.  Akak sedara ni baru menerima menantu Sabtu lepas (di sini) dan pihak pengantin perempuan ni akan ke rumah pengantin lelaki pula pada hari Ahad ni iaitu esok.....  majlis menyambut menantu  di pihak lelaki pula di Mantin.  Jadi penganan ni sebagai buah tangan untuk di bawa ke majlis itu nanti. 

 Sekuali saja, guna tiga kampit tepung pulut, lapan kg santan dan tiga turus gula anau serta ditambah gula sekg pasir.   Ni langkah pertama... satukan santan, tepung dan gula.  Senang sangat dikacau masa ni.



Ni semasa penganan masih cair  lagi tapi perlu sentiasa dikacau supaya bawahnya tidak berkerak.  Aroma semakin wangi sewaktu ini.  Bau gula anau yang sangat menusuk kalbu.

Ni rupanya setelah dua jam proses berjalan.  Kalau sensorang ni, mau tercabut tangan dah rasanya ni, dah semakin memekat atau kental sedikit.  Masa nilah penganan cair di ambil.  Ada yang suka makan penganan cair saja berbanding penganan yang telah keras.  Semasa kecil dulu arwah atuk selalu makan penganan cair ni bersudukan 'daun kelapa' saja.  Daun kelapa dipotong pendek dan dijadikan sebagai sudu.  Nostalgia tu!

Ni pulak selepas tiga jam.  Dan menceceh peluh dah masa ni, dah semakin likat dan kental. Nasib baik berempat mengacaunya, ni kalau ibuintanlah minta maaflah nak membuatnya kalau sensorang saja..  Beli sajalah yang dah siap tu.  Tapilah kan dari segi rasa memang tak boleh celen dengan yang dijual tu.. tersangatlah wanginya.  Kalau dibakar atas kayu api lagilah mencabar ni.  Panas dari kaki naik ke kepala, nasib baik guna api gas saja.  Setelah berjuang selama empat jam bermula pukul sembilan  sehingga pukul satu pagi, barulah penganan ini diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas.  Semoga pihak keluarga lelaki gembira menerimanya nanti.

 Manis... tak boleh makan banyak dan selalu ni.

... kuih tradisi yang semakin dilupakan.  Walau telah banyak dibuat secara moden dan menggunakan mesin namun dari segi rasa yang dibuat secara tradisional ni juga yang terbaik. Namun ibuintan respek dengan makcik jiran sebelah rumah ibuintan ni selalu menerima tempahan membuat penganan ni, harganya berbaloi dengan rasa dan tenaga yang dicurahkan untuk membuatnya.







27 ulasan:

al-lavendari berkata...[Reply]

memang susah membuat penganan ni .. tambah dengan asap dan panas lagi.

saya suka penganan cair tapi tak ada pula orang jual.

ibuintan berkata...[Reply]

Betul pakngah.... osah mencaba ea, alang2 memang x sanggup membuatnya

Sy pun suka yg cair tu berbanding yg dah keras

Tanpa Nama berkata...[Reply]

Wei..ibuintan mengancam tu

Nakkkkkkkk saya suka sangat dodol ni

Ibu Lala berkata...[Reply]

Penganan tu apa. Nampak macam dodol je...

azi berkata...[Reply]

Ibuintan...
Penganan tu bukan dodol ya?

ibuintan berkata...[Reply]

Ibu lala n Azi..... penganan dan dodol tu samalah tu

Kat Ns dodol lebih dikenali sbg penganan.....

NzA berkata...[Reply]

kagum dgn org yg sabar menyediakan dodol nie....

Patrycja Photography berkata...[Reply]

Hello Dear :) .
Great blog. Interesting post.
Have a nice weekend.
Welcome to my blog.
http://photographyismyexistence.blogspot.com/

Like me on Facebook. I will be extremely grateful.
https://www.facebook.com/pages/In-another-light/413836138693856

sal berkata...[Reply]

susah nak buat dodol....klu dah siap begini, alhamdulillah..bolelah buar tempahan..

Maiyah berkata...[Reply]

wahh sy terliuq dah ni
suka jg mkn :)

zulaikha megat berkata...[Reply]

abg saya kawin org kg gemetir k pilah pun selalu jgk amik upah buat dodol ni..habis anak beranak tolong kacau ...

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibu Intan,
Banyak kudrat diperlukan nak buat penganan tu ya. Kalau dlm bhs Jawa, panganan tu makanan. Ini penganan ya. ^-^

Maaf ya, ckLah dah '2 tahun' tak berblog. ^-^

Kakzakie berkata...[Reply]

Kakak rasa dodol antara kuih tradisi yg sentiasa ada di mana-mana dan disukai ramai.

Yg belum pekat sangat kalau letak atas daun pisang sedap tau cikgu:)

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu..

adakah ia dodol atau wajik ( dlm bahasa jawa)?

ummiross berkata...[Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Acik Erna berkata...[Reply]

assalam ibu intan..kalau ditempat acik pulak..kacau tepung ngan santan dulu..dah kembang elok baru tambahkan gula.

ummiross berkata...[Reply]

Ibuintan..sorry typing error tadi, ummi delete.
Penganan ni macam dodol ye ibuintan? kalau kat Terengganu, ada juga penganan, tapi rupanya macam kuih akok.

ibuintan berkata...[Reply]

@NzA


akak pun kagum terutama yg menggunakan cara tradisional tu... kacau dengan tangan bukan dengan mesin

ibuintan berkata...[Reply]

@Patrycja Photography


hai tq... come again

ibuintan berkata...[Reply]

@sal


tak sanggup sy menerima tempahan sebab tersangat susah membuatnya... byk guna tenaga. .. empat jam baru masak... penat tu

ibuintan berkata...[Reply]

@Maiyah

makan sikit2 dan sekali sekala okey la kan.. manis, bahaya tu tuk kesihatan

ibuintan berkata...[Reply]

@zulaikha megat


sapa nama abang zu tu... mungkin akak kenal, kg gemetir dekat je dgn kampung akak

ibuintan berkata...[Reply]

@ckLah @xiiinam

Mualaikumsalam CkLah... hehehe dua th lama tu ..kan


haah,, org Negori panggil dodol ni pengganan

ibuintan berkata...[Reply]

@Kakzakie

memang KZ... letak atas daun pisang memang sedap.. baunya juga wangi


sekarang dah banyak dijual... ada sentiasa tak macam dulu kena tunggu hari raya baru dapat makan dodol ni

ibuintan berkata...[Reply]

@sahromnasrudin

Mualaikumsalam Shah... penganan ni dodol yg terkenal tu la... kat tempat ibu dipanggil pengganan

wajik pulak lain... pulut dikacau bersama gula dan santan

ibuintan berkata...[Reply]

@Acik Erna

lebih kurang macam tu jugak la tu kak... tepung dan santan masukkan dulu, gula lewat sikit selepas santan dan tepung bergaul rata


kalau sy tak sanggup membuatnya kak...

ibuintan berkata...[Reply]

@ummiross

ye ummi... memang dodol la tu... nama nya je lain kat sini