Followers

Sabtu, 2 Februari 2013

Gotong-royong Perdana... siri 1.

Cuti hujung minggu... kalau selalunya asyik gotong-royong di tempat kerja saja, hari ni ibuintan sekeluarga buat pula gotong royong di rumah sendiri.  Rumah sendiri pun dah macam tak terurus ni.  Ya lah  tak ada bibik yang tolong kemaskan rumah.  Hari biasa bekerja setakat sapu-sapu dan mop-mop saja mana yang perlu.  Selalunya hujung minggu atau hari cuti saja yang dapat berkemas seluruh rumah. Tetapi kekadang tu hari cuti, ada pula program lain, program yang dirancang ataupun tak terancang... tinggal lagi rumah.


Selepas sarapan, ibuintan seperti biasa ngadap pokok orkid dulu.  Bubuh baja daun dan baja bunga serta siram selepas membaja.  Rutin yang lazim setiap minggu ataupun dua minggu sekali.  Hobi melepas tekanan.  Sayang pula kalau tak dijaga nanti cepat sangat menuju syurganya.



















Kesemua orkid di atas adalah antara orkid yang sentiasa mengeluarkan bunga, yang sentiasa memeriahkan rumah orkid.




 Ini juga antara pokok yang sering berbunga.
Bunga yang cenonit tapi tersangat wangi.  Semerbak bau vanilla.

Bau vanilla yang sangat segar.

Semasa mengemas ruang tamu terfikir untuk memanfaatkan keindahan  bunga yang sedang meriah dengan bunganya.  Sangat banyak kuntuman bunganya.  Kalau selama ini ianya hanya menghias rumah orkid tak salah untuk kali ini menghias dalam rumah pula. 


Sudah lebih dua bulan kuntuman bunga ini berkembang.  Bunga di bawah adalah bunga yang sama yang menjadi penghias header blog ini.  Semasa gambar untuk header di ambil, kuntuman bunganya masih ada yang belum kembang.  Orkid jenis phalaenopsis atau phal ni memang kembangnya lama.  Kekadang sampai sembilan bulan baru habis gugur.

Pokok yang ini tak pernah tiada bunga, sentiasa ada sepanjang tahun. Mungkin ada yang perasan bunga ni sentiasa ada setiap kali ibuintan buat entri tentang orkid.  Lihatlah betapa banyaknya tangkai bunga ini yang telah panjang, namun dihujungnya masih ada kudup bunga yang bakal kembang.  Tiga pokok jenis ini yang menjadi penyedap mata bila pokok yang lain tidak berbunga.

Ini pula antara beberapa jenis orkid spesis.  Jenis yang terdapat dalam hutan dan banyak ibuintan beli ketika berulang ke Mersing dahulu, beli daripada orang Asli di Kuala Rompin. Bunganya cantik, kecil dan unik tapi tak bertahan lama.  Biasanya kembang sehari dua sahaja.
Disebabkan bunganya kecil tak perasan pun pokok ni ada bunganya, tau-tau pagi ni dah layu.  Pokok ini  abahintan ambil di Cameron Highland semasa kami ke sana hujung tahun lepas. Jumpa dipokok yang tumbang semasa kami melawat kebun bunga di Brincang.

kan... dah jadi entri orkid lak, dah lari dari tajuk.  Tapi orkid ni tetap masuk dalam aktiviti gotong royong pagi tadi. Ni bahagian ibuintan la.

Bahagian yang lain siri ke dua la ya.  



 









3 ulasan:

sal berkata...[Reply]

cantik2 bunga...suka tengok

azzey berkata...[Reply]

byknyer pokok orkid dia. cantik2 plak bunga nyer...:)

Zaitun berkata...[Reply]

Cantik2 orkid ibuintan...kak Zai suka yang berbunga sepanjang tahun.