Followers

Isnin, 18 Februari 2013

Gembira dalam tangisan.





Menanti dalam debaran.

Sebelum akad bermula, "bermacam-macam rasa ni Mak Uda, tak tau nak cakap apa" katanya kepada ibuintan.

Syukur, dengan dua kali lafaz  Ahmad Fahimi  telah selamat diijab kabulkan pagi semalam di rumah pengantin perempuan,  Suhaila di Kg. Berata, Segamat.  Disebelahnya berkopiah putih, abang Dahari ayah kepada Ahmad Fahimi.  Bang Dahari ..abang ipar ibuintan yang baru kehilangan isteri pada 13 November tahun lepas.  Kalau sebelum ini Bang Dahari mampu menahan kesedihan di dalam hatinya tapi semalam dia menjadi seorang bapa yang amat lemah. Keriangan menyambut menantu pertama bertukar menjadi kepiluan yang teramat baginya.  Airmatanya tak dapat dibendung sebaik Fahimi duduk di depan tok imam yang akan menikahkannya.  Airmata berjujuran tanpa henti.  Suasana yang sepatutnya gembira menjadi teramat hiba dan sayu.  Seluruh ahli keluarga menjadi teramat sedih dan sayu melihatnya.  Esak tangis tak dapat dibendung lagi.

Kedua beranak berpelukan dalam tangisan.  Hanya Allah jua yang tahu perasaan kami waktu ini.   Hanya ingatan kepada  arwah KakLang Eda (di sini) yang muncul di saat ini.  Tak tergambar dengan kata-kata rasanya.

Ahmad Fahimi bersama ibu-ibu saudara yang lain. Yang memegang kopiah ialah abang sulung Fahimi.. juga turut hanyut dalam kesedihan yang teramat. Menjelang selesai sesi pagi ini, bengkak mata Fahimi dan abahnya sebab terlalu banyak menangis.  Sedih sangat mengenangkan arwah ibunya tiada di sisi di saat hari bahagianya ini.  Begitu juga Bang Dahari yang tersangat sedih mengenangkan arwah isterinya yang tidak sempat melihat hari bahagia anak lelaki mereka. Kesedihan yang amat dirasai sebab mereka baru tiga bulan kehilangan arwah yang meninggal dunia selepas mendapat serangan strok secara tiba-tiba.   Moga roh arwah dicucuri rahmat.


... insya Allah , ibuintan akan kongsi lagi beberapa gambar untuk majlis sandingnya pula di entri selepas ini.  Majlis sanding yang juga penuh dengan juraian airmata.



7 ulasan:

ummiross berkata...[Reply]

Allahuakbar..bergenang airmata ummi baca N3 ni.

NzA berkata...[Reply]

Sedihnya kak...saya turut menyapu air mata masa baca n3 nie...moga mrk sabar n tabah lalui semua tu..
Al-fatihah utk arwah.

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Al Fatihah...

ibuintan berkata...[Reply]

@ummiross

kesedihan sebab baru sangat ibunya pergi mengadap Ilahi... cuba ditahan namun tak mampu

ibuintan berkata...[Reply]

@NzA

trima kasih Nza... minggu depan majlis di rumah abang ipar pula... tak tau la macam mana suasananya nanti

ibuintan berkata...[Reply]

@ckLah @xiiinam

Amin... trima kasih CKLah

MyFreeMinded berkata...[Reply]

Al Fatihah buat Arwah dan moga pasangan pengantin baru dapat menikmati kebahagian dalam meniti arus rumahtangga yang penuh cabaran :)