Seronok mereka bila dapat menggunakan komputer. Sebab tak ramai, hari ni hanya lima orang yang hadir , maka lima orang ni je lah yang ada dalam kelas Moral harini, empat orang tak hadir... siapa cepat siapkan kerja, boleh menggunakan komputer.... bersemangat mereka,cepat je memasing membuat kerja, tak ada yang berborak atau berleka-lekaan. Dalam lima orang ni hanya seorang tu saja (berbaju ungu) yang boleh membaca lancar. Yang lain masih tersangkut-sangkut lagi.
Mereka hanya dapat menggunakan komputer semasa di sekolah. Pembelajaran di dalam makmal komputer amat mereka sukai. Setiap kali waktu pembelajaran mereka mesti mencadangkan belajar di sini. Mereka selalu berharap tiada murid kelas yang belajar ketika itu.
Ganjaran boleh menggunakan komputer kepada anak orang Asli ini sesuatu yang amat mereka nantikan.
16 ulasan:
zaman saya sekolah rendah dulu nama komputer pun tak pernah dengar .. beruntung budak sekolah sekarang.
assalam ibu intan..dapat jugak budak2 tu belajar komputer kan
Senang cikgu nak control budak tak ramai. Walau mereka anak org asli tapi jauh lebih beruntung berbanding kakak dulu bayang makmal komputer pun tak ada..
Mesti budak2 tu excited dpt gunakan computer. Mgkn mmg itu masa yg mrk tunggu!
mereka dah ada akaun FB tak? hehehehe
nampak tekun betul mereka menghadap komputer tu ibuintan.Benda sukar nak dapat bagi mereka, tentu sangat2 dihargai kan.
mungkin kt rumah mereka xde komputer kot kak.sebab tu mrk exited sgt....
kalau murid2 sy depa dh xheran sbb lappy mrk lebih canggih brbanding yg cikgu punya....huhuhu....
wah..sukalah mrk dpt komputer...2 jam pun tahan, kan..
@al- lavendari
zaman saya pun sama jugak PakNgah ... mano ado donga komputer ni.... memula jumpo dulu pun raso takut2 berani yo nak guna
@Acik Erna
wassalam kak.... seronok mereka kak tapi mereka suka nengok gambar2 je la
nak buat yg lain tak berapa pandai baca
@Kakzakie
zaman kita sekolah dulu mana ada benda ni semuakan... memang untung mereka banyak pendedahan baru
@Ibuhani
betul tu ... memang ni masa yg amat mereka tunggu, setiap waktu dalam lima belas minit sy beri mereka guna komputer... tengok2 gambar yg mereka suka
@Daddy Ziyyad
hehehe... takdo doc... kat makmal sekolah fb kena block
@ummiross
betul ummi... dapat klik gambar satu demi satu pun mereka amat seronok
@NzA
hehehe Nza... kalah cikgu ye
memang la Nza, mereka semua anak orang Asli ... tak ada sorang pun yg ada komputer di rumah mereka
@sal
suka sangat.. walaupun tak lama, janji dapat guna
Catat Ulasan