Petang semalam JKKK kampung dan masjid di kampung ibuintan menganjurkan majlis sambutan Aidilfitri. Tapi sayang,. ibuintan tidak dapat hadir bersama penduduk kg memeriahkan majlis. Semalam ibuintan ke Mersing menghantar Intan balik asrama. Sebab tidak dapat hadir sama maka ibuintan terpaksa menghantar (memaksa sebenarnya) seorang jurugambar. Azim telah dilantik untuk menjadi jurugambar semalam. Mungkin disebabkan dia membawa kamera yang ala-ala jurugambar selalu guna maka dia mendapat kerjasama sepenuhnya.
Yang membuatkan ibuintan teruja dan terkilan tak dapat hadir sama ialah kerana aturcara majlisnya yang ada kelainan sikit.
Ada acara perarakan panta tu! Kalau tak silap kali kedua dianjurkan, tahun lepas pun ibuintan miss juga majlis ini. Jom layan gambar-gambar yang diambil oleh Azim.
Jalan menghala ke masjid dan balai raya.
Ketibaan YB Dato' Abdul Samad Ibrahim ADUN Seri Menanti, berbaju batik pink disambut oleh AJK masjid.
Perarakan panta bermula dari rumah nazir masjid ke masjid sejauh lebih kurang 100 meter.
Sebanyak sepuluh buah panta yang disediakan oleh orang kampung diarak ke masjid. Panta atau dulang, itu berisi makanan atau kuih muih yang ditutup dengan tudung saji dan kemudian dibalut dengan kain batik, kain songket atau kain tudung/selendang yang cantik.
Dulu semasa kecil setiap kali ada majlis kenduri di masjid atau surau, setiap rumah diminta membawa satu panta berisi makanan. Makanan itu akan dimakan beramai-ramai. Sekarang tradisi itu telah dilupakan kerana setiap kali kenduri diadakan makanan dimasak bersama secara gotong-royong ataupun lebih memudahkan lagi dioder/katering sahaja. Jadi sejak tahun lepas, JKK kampung dan JK masjid telah bersepakat untuk cuba menghidupkan kembali tradisi tersebut.
Bergambar bersama YB, JK masjid, JKKK kg dihadapan masjid sebelum panta di bawa ke khemah dan dibuka untuk dimakan bersama-sama.
Dua panta yang telah dibuka... atas... kemungkinan besar berisi nasi lemak sementara bawah panta yang berisi biskut raya
Menurut Azim menu utama jamuan semalam ialah sate, nasi impit, mee hoon goreng, kuih muih serta cendol yang ditempah dengan pihak katering. "Adik tak ambik gambar masa orangramai makan sebab adik makan sama... adik takut sate habis'.... hahahaha boleh pulak gitu.
Tapi banyak juga gambar yang Azim ambil. Jumpa lagi dibahagian ke dua. Sebab ada juga acara selingan selepas perarakan panta.