Yang anak perempuan sorang tu, dengan siri Koreanya, yang anak lelaki pula dengan you tube.. lagu-lagu serta video Maharaja Lawak. Astro kat rumah ni hanya ada pakej asas saja jadi mereka tidak dapat menonton siri Maharaja Lawak yang disiarkan di tv. Setakat semalam keadaan terkawal lagi nampaknya, bila tidak mengadap komputer mereka terutama Intan mengadap kerja sekolahnya yang banyak yang dibekalkan oleh cikgunya di masa cuti ini.
Pagi tadi semasa berkemas sambil mendengar siaran Radio IKIM sempat juga mendengar Motivasi Pagi tentang cara-cara mengawal anak-anak dari menjadi ketagih komputer.
1. Letak pelajaran nombor satu dalam agenda hidup.
Maksudnya kita mesti menekankan kepentingan mencari dan mendapatkan ilmu untuk menjamin kesejahteraan dalam hidup... pelajaran nombor satu.
2. Mesti ada peraturan masa untuk mengadap komputer.. di waktu-waktu tertentu sahaja. Pastikan anak- anak telah belajar dan mengulangkaji pelajaran terlebih dulu.
3. Kita kena faham dan minat apa yang anak minat. Ibu bapa perlu belajar memahami minat anak supaya dapat menjadikan anak sebagai rakan baik untuk anak-anak bercerita dan berkongsi pendapat. Maksudnya kita ada masa dengan anak-anak untuk melayan minat mereka.
4. Kita kena galakkan anak aktif dalam aktiviti luar atau bepersatuan. Supaya masa anak sentiasa terisi dengan aktiviti yang berfaedah. Anak juga ada masa bergaul bersama masyarakat setempat.
Itu antara cadangan pakar motivasi yang sempat saya catat... maaf tidak perasan siapa pakar motivasi tersebut.
Dan di bawah ini pula adalah hasil rayauan yang dapat di kumpul hasil bantuan tok gugel tentang Ketagihan Internet.
Menurut Kajian Center for Online Addiction, terdapat pelbagai jenis ketagihan dan ianya boleh diklasifikasikan kepada 5 kategori yang utama iaitu,
- Ketagihan mendapatkan maklumat – Merujuk kepada individu yang menggunakan internet untuk mencari sesuatu maklumat dengan kadar yang berlebihan.
- Ketagihan menggunakan komputer – Ia merujuk kepada individu yang menggunakankomputer secara berlebihan terutamanya mereka yang terlibat dalam pengaturcaraan dan permainan komputer.
- Ketagihan bahagian-bahagian tertentu dalam internet – Ia merujuk kepada individu yang gemar berkunjung ke bahagian-bahagian tertentu dalam internet misalnya ruangan perjudian, permainan online dan barangan lelong.
- Ketagihan hubungan siber – Ia merujuk kepada individu yang gemar menjalinkan hubungan secara online menerusi ruangan bilik sembang seperti IRC, ICQ, forum, jaringan sosial seperti friendster, facebook dan kumpulan-kumpulan diskusi privasi.
- Ketagihan seksual-siber – Ia merujuk kepada individu yang gemar meneroka ruangan pornografi serta ruangan sembang dewasa yang membincangkan hal-hal seksual secara terbuka.
Sementara yang berikut adalah merupakan simptom atau tanda-tanda bagi mereka yang mengalami ketagihan internet:
- Sentiasa memikirkan tentang internet, berkhayal tentang apa yang berlaku di dunia siber dan merasa kerugian dan kekecewaan sekiranya tidak menggunakannya.
- Merasa gelisah atau tidak tentu arah sekiranya tidak menggunakan internet.
- Sukar untuk berhenti dari menggunakan internet walaupun setelah menggunakannya berjam-jam lamanya.
- Mengalami gangguan psikomotor misalnya bahagian jari yang sering mengajuk perbuatan menekan papan kekunci atau tetikus.
Kesan dari ketagihan internet ini ialah mengalami tekanan perasaan serta kemurungan dan suka menyendiri disebabkan jarang bercampur gaul dengan masyarakat dan rakan-rakan.
* Kredit to Rahsiasiber
