Hari ini bakal ke Mersing untuk trip kali ke dua.
Tujuan utama,.... semalam Intan telefon memberitahu ada kelengkapan persekolahannya yang masih belum lengkap, jadi Intan mohon izin untuk keluar membeli sendiri keperluannya. Abahnya kurang setuju, masih baru sangat dia di sana, belum berapa mempercayai melepaskannya begitu cepat. Abahnya kata ,'nanti esok abah dan ibu datang'... horreeeeeeeeeey
Kedua ibunya pastilah amat gembira, dapat melepaskan rindu yang terpendam. Cewahh..
Mersing kami datang lagi....
30 ulasan:
Assalamualaikum ibuintan,
Kakak dah kata yg sedih berpisah bukan Intan tapi ibunya. Nak shopping pun bukan Intan tak ada kawan tapi ABah/Ibu yg dah tak tahan rindu...
Mersing akan dikunjungi bukan 2 kali tapi akan berkali-kali.....
salam my dear sis..IbuIntan:)
Nampaknya terubatlah rindu yang membara di hati si ibu...:):):)
Pastinya berbunga2 di hati tu..;)
Selamat ke Mersing sis..
ibuintan..bersorak riang nak bertemu intan..melepas rasa rindu..
mersing..menunggu kedatangan ibuintan.
alaaa...best ea lak..kok dokek na kyo ikut..!
assalamualaikum ibu..
semoga perjalanan ibu ke sana selamat hendaknya ya
waahhh...
suka laa intan...
semoga perjalanan ibu sekeluarga selamat sampai & selamat pulang...
Seronok dapat jumpa anak.... :)
Selamat ke Mersing.
Entah2 Intan mmg nak minta ayah dan ibunya dtg tapi tak sedap sebab baru sangat ke sana. Jadi kira berjaya jugalah dia 'memujuk' ibubapanya datang.
Lepas ni naik hafallah jalan Tg Ipoh - Mersing tu mcm saya dah naik hafal jalan dari rumah ke Serting hehehe
klu jumpa anak2 mesti rasa bahagia ya..
harap dipermudahkan urusan perjlnan pegi dan balik..
Seronok lah Intan, mak ayah datang lagi..Seronok lagi ibu Intan..he he.
sebenarnya ayahnya juga rindu .. tu alasan dia nak pergi melepas rindu !
5m= menjengah, melepas rindu, melawat, membeli barang, memancing..
ok lah tu
dm
Jalan baik-baik...
Jangan nangis ya Ibu...hehe
assalamualaikum kak ibuintan
kasih sayang seorang ibu tak pernah bertepi kan kak?
kisah akak ini mengingatkan pengalaman sya sewaktu berumur 13 tahun,saya mula2 berpisah dgn keluarga, saya di Perlis keluarga jauh nun di selatann.
takpe kak pergi Mersing, cantik dan ada banyak juga keropok lekornya.
kakzakieeeeeeeee..
semuanya benar belaka, maka terlerailah sudah rindu seminggu
ya..mersing bakal dikunjungi berkali-kali lagi dalam masa dua tahun ini
Tinie my dear..
semestinya rindu sudah terlerai, sayu juga melihat senyum tawarnya bila kami nak balik semula petang semalam
kak erna,
memang hepi sungguh, akan ke Mersing lagi dan lagi
kak long,
jom poe mersing... best kat sana
mualaikumsalam shah,
alhamdulillah semuanya selamat, lancar perjalanan pergi dan balik
WR,
semua suka... teramat-amat suka, nampak sangat dia terlalu rindu..homesick terutamanya
kakcik,
betul tu, tak dapat diucapkan dengan kata2 rasanya
YB,
rasanya kot... rupanya dia belum boleh outing sendiri, cuma outing dengan keluarga saja boleh
memang suka sangat bila kami datang, beli macam2 lagi
YB,
rasanya dah hafal... malah perjalanan pun rasa makin cepat sikit berbanding trip yang pertama dulu
sal,
alhamdulillah perjalanan dipermudahkan.. memang bahagia sangat sebab ini perpisahan yang pertama buatnya kalau sebelum ni setakat semalam dua saja
Chempaka,
hahahha...dua2 seronok teramat seronok
Pak Ngah,
memang betul tu.. dia juga rindu tapi berlagak tak rasa apa2..eksen je
Tanpa nama,
4m saja... memancing belum lagi
ckLah,
tak tahan lah nangis juga... huhuhu
ummu,
memang suka Mersing... tempatnya cantik dan baru juga jumpa tempat jual keropok2 dan hasil laut lain
rasanya berbaloi ke sana walaupun jauh sikit
Catat Ulasan