Pagi tadi abahintan minta nasi sejuk.
"Nak buat apa"
'Nak beri ayam makan'
'Kan selalu beri jagung'
'Dah tak beli, beri nasi je lah'
'Kenapa pulak'
'Kan dah habis mati, ayam dah tinggal dua ekor... tu pun dua-dua janda'
hehehehe... ibuintan senyum sorang pagi tadi bila abahintan gelarkan ayamnya 'janda'.
Abahintan sebelum ini ada membela ayam kampung, ayamnya dibela di dalam reban di belakang rumah. Elok kembang biaknya. Dah banyak juga yang telah disembelih. Namun sejak selepas hari raya korban yang lalu, ayam di kampung ini telah dihinggapi penyakit sampar ayam. Berturut-turut dari setiap rumah, habis satu reban ayam, penyakit ini berpindah pula ke reban yang lain. Hingga akhirnya sampai juga ke reban ayam di belakang rumah ini.
Inilah dua ekor janda yang dimaksudkan. Semasa ayam-ayam lain (semua telah mati) mendapat penyakit sampar ini, kedua-dua ayam janda ini sedang mengeram. Kedua-duanya berjaya menetaskan telur masing-masing, sijanda coklat menetaskan lima ekor anak sementara sijanda putih menetaskan empat ekor anak, namun kesemua anak-anak sijanda tidak dapat bertahan, semuanya mati juga.
Abahintan mengelarkannya janda sebab semua 'laki' mereka iaitu kesemua ayam jantan telah mati. Ayam jantan kepunyaan jiran-jiran berhampiran juga telah mati. Nampaknya terpaksa mencari dan membeli seekor ayam jantan untuk dijodohkan dengan janda-janda yang ada dibeberapa reban disini. Ayam jiran sebelah rumah juga tinggal dua ekor... juga ayam betina.
Kalau selalunya setiap subuh, bunyi kokok ayam jantan sahut menyahut memeriahkan suasana hening pagi, namun kini semuanya telah hilang, terasa sangat kehilangannya. Kini semuanya sunyi sepi.
38 ulasan:
cepatlah carikan jodoh mereka..mesti sunyi tuh..hehehe
Ayam pun mengalami kepupusan baka jantan...
:D
bestnya dengar ayam berkokok...
tu tanda dia nampak malaikat (kata ustaz)
elok sembelih je sebelum 2-2 tu kena penyakit
Sian ayam-ayam tu, dah la suami mati, anak-anak pun mati. ayam agaknya tau sedih tak???
Nanti kalu sudah bertemu jodoh, buatlah kenduri kecil-kecilan. Jangan lupa jemput kami ekk...
hehehehhe
....kat pahang ni pun macam tu juga...kalau begitu wabak ni melanda seluruh malaysia....dlm 3o ekor...habis....yang jantan 7 ekor...pagi2 tak kedengaran sahutan kokok....sedih...dan tinggal 1 ekor ibu....nasi basi pun membazir....
sembelih2..makan sodap ni ayam kampung
ibuintan
kes ayam yang dok ada penyakit tu..kat kampung kami mmg dah lama..skrg reban tinggai kenangan...
ibuintan..nampaknya tak membiak la ..ayam kampung ni..kena usahakan pasangana ayam tu..secepat mungkin..he he..
kahkahkahkah......lawak.....
cepat2 carikan jodoh tuk ayam janda tu.
kalo kat kedah tak panggil penyakit sambar...kami panggil penyakit Hawaq....kejamnya nama...
tak penah dengar pulak penyakit tu. kat kampung ada pelihara ayam jgk. mujur tak pernah ada penyakit pelik
ayam pun kena carikan jodoh cepat2 supaya tak kepupusan..huhu..moga berhasl
Kesian ayam2 janda tu mesti sepi tanpa jejaka kan.
Dulu masa kat kampung tak payah gunakan jam loceng,kalau dengar ayam jantan berkokok itu menandakan hari nak siang.
kenapa penyakit ni serang ayam jantan jer? sian ayam betina smua jd janda? hehe
Hamizah,
tadi adik ipar hendak memberi seekor ayam jantan tapi tunggu dulu biar penyakit sampar ni betul habis dulu..
ckLah,
baka jantan memang umur kurang panjang kot... cepat pupus
sud@is,
memang seronok dengarnya , bersahut-sahutan setiap subuh tapi sekarang dah tiada dah sunyi
Im,
sayang pulak... nak buat baka, lagipun rasanya penyakit sampar ni dah lari ke tempat lain pula
Chempaka,
hahaha... sunyi juga kot, laki dah mati, anak2 pun mati malah kawan sereban yang lain pun semua mati.. nasib baik juga tinggal kawan seekor lagi
Azie,
dapat jodoh pun, lambat juga membiaknya semula... kot buat kenduri insyaallah .. tapi gulai ayam pencen saja la
Zul,
mak mertua kata semasa wabak penyakit ni, kalau ada ayam yang mengeram ..ayam tu biasanya selamat, mungkin daya ketahannya kuat kot masa mengeram tu..
ayam jiran yang selamat juga mengeram sewaktu wabak ni menyerang.. betul juga agaknya ayam yang mengeram masa tu semua panjang umurnya lagi
Iman,
dah suruh sembelih tapi tuannya sayang, nak buat baka semula
Ayu CR,
selalunya penyakit sampar ayam ni kalau menyerang memang habis sereban ayam dikerjakannya kecuali yang mengeram kot..
kak erna,
memang kena cari yang jantannya juga, ayam jiran2 pun semua betina juga... memang takde harapan nak membiak semula
anie,
sedang pandang-pandang ni jodoh yg sesuai untuk 'janda2' tu.. kesian lak janda lamo2
NNN,
kejam ke? taklah sekadar gurauan, kesian lagi adalah sebab dah takde kengkawan, nak sembelih sayang pulak..
Sasa,
kat sini ada tapi bukan selalu, rasanya dah lama juga penyakit ayam ni tak sampai ke sini, ada tu nasib tak baik habis sereban yang mati
Sal,
mesti! tapi biarlah penyakit ni betul2 reda dulu, nanti akan dicarikan jodohnya semula
kakzai,
memang sepi tanpa kokokan ayam setiap subuh sekarang ni... selalunya terjaga saja mesti dah riuh rendah ayam2 tu berkokok..salin sahut menyahut
Nick,
penyakit ni serang semua ayam, cuma ayam yang dua ekor ni daya tahannya kuat kot... umur panjang lagi... siankan jadi janda awal2
tadi berlegar ke pasar ipoh, ada pulak ayam kampung jual..dalam bangunan??terkejut saya
Assalamualaikum Ibuintan
kesian si janda tu
tolong carikan bapaknya
Wassalam
Assalamualaikum.
Nampaknya ayam juga menjanda! Tak terfikir pula sebelum nie.
TQ
Iman,
ayam kampong ada dijual dipasar2 sekarang, ramai peminatnya dan boleh tahan juga harganya..
iman beli ke?
Mualaikumsalam Rozali,
hehehe...nanti akan dicarikan, rugi juga kalau tak dicarikan jodohnya, takde hasilnya nanti
Cikgu Lai,
tu lah kan.. siapa sangka dan tak sangka juga, ayam pun boleh menjanda juga..
Catat Ulasan