Petang tadi ada aktiviti ko kurikulum di sekolah, bermula pukul 3 hingga 5 petang. Semasa di sekolah, Kak Nab (Tice Nab), kami tinggal sekampung dan sejalan. Kak Nab menyatakan hasratnya untuk menumpang balik selepas habis xtvt kk... 'jangan tinggalkan akak tau' katanya beberapa kali.
Ngangguk dan menjawab okeynya juga entah berapa kali... "iye..saya tunggu akak'
Bila waktu permainan kami berpecah, Kak Nab dihujung kiri padang , sebagai penasihat permainan bola jaring sementara ibuintan pula di hujung kanan padang, sebagai penasihat permainan kriket, berhampiran pula dengan kantin dan tempat parkir kereta. Di sebabkan petang tadi permainan kriket dikendalikan oleh seorang guru lelaki, maka ibuintan lepak kat kantin saja bersama kelab catur...
Tepat pukul 5, loceng dibunyikan, semua bersurai termasuklah ibuintan sekali. Capai beg tangan dan terus ke kereta, hidupkan enjin dan terus balik. Balik ke rumah dengan senang hati. Terus jerang air. Bancuh teh untuk abahintan dan terus bersolat Asar. Selepas solat, duduk di beranda luar sambil berborak dengan abahintan.
Tup-tup.... ya Allah, baru teringat... baru teringat janji nak menumpangkan Kak Nab balik bersama, lihat jam sudah hampir 5.45 petang. .. terus capai telefon, alah nombor Kak Nab pula 'tiada dalam perkhidmatan'.. terus telefon seorang rakan lain.. Kak Mai kononnya nak minta nombor Kak Nab, Kak Mai gelak sakan di hujung talian ...' lupa bawak Kak Nab ke?' tanyanya dalam gelak panjang... 'hahaha kau dah tuo' katanya lagi.
'Memang sah dah tuo, dah pelupa sungguh. Langsung tak ingat, memang benar-benar tak ingat janji dengan Kak Nab tadi, bukan sengaja dibuat-buat..' dalm gelak bercakap dengan Kak Mai.
Ya Allah, memang lupa sungguh, tambahan pula semasa berjalan ke kereta tidak nampak kelibat Kak Nab, langsung lupa terus. Memang rasa bersalah sungguh pada Kak Nab. Kak Mai menelefon semula memaklumkan bahawa Kak Nab telah dijemput oleh suaminya, selepas hampir 50 minit menunggu. Pepagi esok (harap tak lupa) mesti mencari Kak Nab dulu, minta maaf daripadanya, takut nanti di kata sombong pula, Kak Nab kekadang bila suaminya tidak dapat menjemputnya memang menumpang kereta ibuintan. Rumahnya sebelum rumah ibuintan.
Ada waktu-waktunya sekarang ini, sifat pelupa itu memang tidak dapat dijangka. Kekadang beriya-iya berjanji lastnya lupa janji, kekadang pula lupa letak barang di mana.. puas dan penat mencari semula di mana letaknya barang tersebut, kulu kilir mencari .. ada yang cepat jumpa ada juga lepas seminggu baru jumpa balik... nak kata minum air yang dimasuki semut, tak pulak rasanya... memang memori dah kurang power seiring bertambahnya usia.
Jadi sebelum terlupa lagi....................................
v
V
v
V
nak ucapkan terima kasih berjuta-juta //kepada yang-yang yang laen, sudilah kiranya menerima award di atas sebab My favorite blog banyak sebona ea.... sumo esey suko!
24 ulasan:
timo kasih la kak,sudi ambik..ghrpo ea ado yo orang lain bori kek akak yo..murah joki...heheheh!!!
tak lolap la akak tidor mlm ni,sbb pagi2 sok dedoreh nak jumpo kak nab..nak mintak maap kan kak?
hehehe..!!!
laaaaaaaa ibu...
xpela, nanti pagi2 ibu jumpe kak nab ek...
nanti banjer la dia makan nasi lemak..
assalamualaikum
Ibuintan jangan risau.
lupa kerana banyak sangat benda nak difikir dan disiapkan.
kadang-kadang saya juga macam tu..
yo kak long,
timo kasih bobanyak yo sudi bori ..
memang pepagi sok kono minta ampun maap ngan kak nab dulu, osah lupo ea.. bukan dibuek2 do
WR,
tu laaaaaaaaa. .. lupa sungguh, sian kat dia puas nunggu suaminya lak jemput... kebetulan pulak dia lupa bawak hp petang tadi rupanya
Laaaa...kesian kak Nab. Haha,
...apabila ckLah membuka peti sejuk, sedang tujuan ke dapur nk ambik sabun basuh kain, ...ckLah kata, aik, tanda2 menopos ke ni? Hehe
azween,
memang lupa, tu jugak lah agaknya, banyak pikir benda lain yg nak dibuat lagi..
ckLah,
hahaha sama kot... pra menopos
betullah memang bukan disengajakan, selalu juga lain yang dituju lain juga yang dibuat
selamat malam ibuitan..
hehehehe..ingatkan lupa terus award itu..
yes...tertunai sudah..
ibuintan..biasalah...urat wanita..1 hari 1 ikut putus.....
yg muda pun selalu jd pelupa jgk. harap kak nab tu tak kecik ati dgn ibu intan
Ayu.. tu la takut juga terlupa
ye ke camtu, bahaya tu.. jangan lupa kat suami dah le kan
alahai kak tan, sian kak nab..jgn amik ati ye kak nab, kak tan ni memang hari rabu hari pelupa dia
sasa..
yg muda janganlah cepat sangat lupanya..
moga2 camtu lah, minta2 kak nab tu tak kecik ati
hahaha... pandai ko dik man yo.. bukan hari Rabu yo, hari2 pun ado kes lupo ni
soba yo lah kak nab tu..
diana,
tu lah, wajib cari dia dulu esok pagi, memang kesian sangat kat dia tp nak buat camana kan... dah lupa
assalamualaikum ibu..teringat jkat nazmi raja alwak tue..
dia senantiasa terlupe sehingga dasat dibuatnya huhuhuhhh
Kasihan kak nab tapi nak buat macamana dah betul2 lupa.Nanti boleh minta maaf.
Kak Zai pun sekarang banyak dah lupa macam kata ibuintan letak barang tempat lain cari kat tempat lain.
assalamualaikum kak intan...
rasanya kalau lupa janji memang berdosakan tapi akk ni bukan sengaja terlupa btl2 terlupa semestinya kak nab dah maafkan tu...
Asslamualaikum ibuintan,
Kak Nab mesti tahu yg ibuintan lupa. Sebab bukan sekali dia menumpang ibuintan. Cuma rasa terkilan bersarang diminda ibuintan.....
As'salammualaikum ibu..
Amy yang muda nie pun sering terlupa..harap kak nab x berkecil hati dengan ibu..
tuhan lagi maafkan hambaNya yang terlupa..
tua semakin menghampiri tu..hehehe
makcik pun ada gak lupa-lupa ni, sebab peningkatan umur kot.nanti kalau jumpa boleh minta maaf.
as'salammualaikum ibu..
amy ziarah di hari jumaat , semoga ibu sihat2 ye..
Catat Ulasan