Followers

Selasa, 22 Februari 2011

Mohon cuti melalui facebook saja.

Petang semalam. Isnin. 21hb. Feb.2011.


"Tadi adik beritahu cikgu tak esok adik kan ada appoimen dengan doktor" tanya abahnya.

"Taklah adik lupa.  Takpo malam nanti adik bagitau cikgu' jawab Azim.



Pagi tadi Azim ke hospital ditemani Alongnya. Rutin tiga bulan sekalinya bertemu doktor untuk pemeriksaan susulan asma yang dihadapinya sebelum ini... Menurut doktor keadaan asmanya bertambah baik, doktor juga memaklumkan Azim tidak lagi perlu dibekalkan dengan ubatan yang biasa diambilnya.  Ujian darah juga tidak diperlukan lagi.  Pemeriksan seterusnya ialah pada bulan Jun nanti.  Azim cuma perlu menjaga pemakanannya saja.

Syukur.... penyakit asmanya makin membaik, dia perlu dijauhi dari mendapat batuk dan selsema saja.


'Ibu, cikgu adik nak surat' katanya petang tadi.

'Surat apa, kan adik kata dah beritahu cikgu malam tadi.  Jangan-jangan adik tak beritahu cikgu tak?

'Ibu ni selalu tak percayakan adik. Ini buktinya kalau ibu tak percaya'


Terus buka mesej difbnya.


Wah...    Anak murid minta cuti melalui fb saja dengan gurunya.

Tu sebab anak murid makin ramai tidak tahu menulis surat rasmi.  Sekarang  guna sms dan mesej di fb saja.  Ayat pun ayat sms, bahasa pun bahasa sms....


Nasib baik ibuintan tak pelawa dan tak terima anak-anak murid atau mak-mak murid jadi kawan di fb, kalau tidak.... sah, senang-senang je anak murid minta cuti.  Sesekali dapat surat rasmi bertulis tangan oleh datuk atau nenek anak murid, suka sangat, seronok baca surat rasmi warga emas ni.  Mohon cuti pun bahasanya berbunga indah..... 


28 ulasan:

kak long berkata...[Reply]

ado tak tulih..
pocah kaco,pocah gelas..
dah baco,harap balas...

heheheh!!!
teringat maso tulih surat nak mintak ct maso sklh rondah marin,mak tak tau nak tulih surat rasmi,kaklong tulih,mak baco...dio sain yo...hahahah!!

ummi azween berkata...[Reply]

hahaha

anak akak sangat maju
kalah kita.

betullah tu, dia tak tipu..cikgu sekarang pun makin relax dengan anak murid..

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum Ibuintan

Alhamdulillah
Azim bertabah sihat

dunia bertambah canggeh
semua pakai on line ajer

Wassalam

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..nak buat camana.anak zaman cyber.

ibuintan berkata...[Reply]

hahaha kaklong,

nyanyo ko kok dapek pantun camtu..


tak pun pantun ni kan...

pen merah pen biru,
jangan marah i love you.

cikgu tahu tu kaklong yang nulih surat tu, sobab tulisan ea...

ibuintan berkata...[Reply]

azween,

elok juga kan, menyenangkan mak ayahnya

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumslam Tn hj,

syukur tn hj, penyakit asmanya semakin berkurangan sejak berurut tahun lepas.. sudah boleh bersukan dan aktif bermain bola semula

kemudahan internetkan

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,

tulah anak cyber, mak ayah saja yang kekadang tertinggal lagi, masih nak stail lama jugak

IMANSHAH berkata...[Reply]

owh boleh la..sama je kalau tepon..yg penting ada MC

Kak Imun berkata...[Reply]

Salam, ibuintan. Anak2 kak pun pernah bertanyakan sesuatu pada cikgunya melalui fb. Kemajuan memang sgt baik jika jujur menggunakannya....:)

Unknown berkata...[Reply]

hehe dasat tul, pakai fb je.. heheh
budak zaman skang semua dh moden,.

Asri Alam berkata...[Reply]

cikgu tu pun sempoi jgk. haha.. okies

Azian Elias berkata...[Reply]

Alahhh kak .. anak saya yg br darjah 1 tu pun dah mintak buat kan FB. Senang nak contact kawan katanya. Kengkadang saya tak suka bahasa SMS yang terlalu simple dan merumitkan sy membacanya.

Mohamad berkata...[Reply]

Teknologi maklumat sekarang semakin canggih.. namun pilihan media yang digunakan perlu sesuai dengan keadaan..

Mohon cuti melalui laman sosial ini mungkin kurang sesuai. Apa yang penting sebagai guru dan ibu bapa kita perlu jelaskan dengan anak2 supaya tidak menjadi kebiasaan..

anie,Nagoya berkata...[Reply]

mudah sggh mereka(anak murid).mcm tak hormat guru mereka.uummm...buka mata bdk2...

bgus ibuintan jgn amalkan fg atau sms.kat cini tak pernh lagi.kalo nak cuti mesti dari ibubapa @ atau surat.

ibundo berkata...[Reply]

hiii..
bahasa cikgu pun boleh tahan..

ahmad humairi berkata...[Reply]

assalamualaikum,

....zaman berubah...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu...

uittt..bahaya nie...dah takde urusan rasmi la pas nie..semuanya main ICT je huhuhhhh

Zaitun berkata...[Reply]

Zaman dah berubah,tak payah surat2 segala.

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

bab ni makcik tak kisah, yang makcik kisah kalau orang bagi sms guna short form.tak paham.tapi makcik tetap tak sokong cara macam tu.tak formal langsung.

Hamizah berkata...[Reply]

oh!zmn kini serba canggih..

Kak Amy berkata...[Reply]

Sekarang ni dunia dah semakin maju dan canggih , semua benda pakai online je.

ct N honey berkata...[Reply]

kalau untuk digunakan kearah kebaikan,apa salahnya

ckLah @xiiinam berkata...[Reply]

Pernah tak jumpa dalam satu kelas...ada beberapa orang gunakan surat cuti sekolah yang sama. Tukar nama dan alamat saja. Ada tukang print rupanya...dia jual lagi. Kurang asam betul!

Macam2 gaya budak ni ya ibuIntan..

white rose berkata...[Reply]

adoooii...anak2 zaman skrg ni,
semuanya dihujung jari jer kan...

anak2 murid sy cube mencari fb sy, hehehe...

apdm berkata...[Reply]

salam


dasyat tu....tak terfikir suatu ketika dahulu ini akan berlaku..huhu

sal berkata...[Reply]

eh..surat cuti kat fb..
em..klu cikgu baca fb yee..
klu x baca,
cikgu mana nak tau..

ong ong kedek kedek berkata...[Reply]

salam kenal...

den dulu kantoi tak poei kuliah kat FB laa, adoii