Followers

Ahad, 27 Februari 2011

Macam-macam ada..

Sudah dua hari blog ini terbiar sepi, tidak berjenguk dan tidak juga mejengah blog rakan-rakan.  Sehari dua yang sibuk dengan pelbagai aktiviti selain tangan kanan yang tidak sihat.  Lengan kanan ini telah beberapa hari sakit tanpa sebab, diluruskan sakit dibengkokkan juga sakit. Juga terasa sakit bila menggenggam dan membuat kerja-kerja ringan sekali pun.

Sejak Jumaat juga Intan ada balik ke rumah.  Dalam keadaan tangan yang sakit terpaksa juga menjahit dan menyiapkan dua pasang baju kurung untuknya, sepasang kurung batik dan sepasang lagi kurung untuk 'outing'. Syukur, dua-dua sudah siap untuk dibawanyan balik hari ini.


Semalam sekolah ganti untuk cuti Tahun Baru Cina untuk sekolah ibuintan.  Sekolah  menjadi tuan rumah  sambutan Maulidur Rasul DUN Seri Menanti.  Jadi sejak dua tiga hari  yang lepas agak sibuk juga dengan persiapan menyambut majlis ini.

                    Bergotong royong menyiapkan beberapa helai sepanduk.

              Perarakan sejauh satu km, diketuai oleh YAB Dato Hassan bin Malek, YB Dato Abd Samad bin Ibrahim (Adun Seri Menanti), Tuan Halim b A. Razak (Pengarah Pelajaran NS), nazir-nazir masjid, ketua kampung, penduduk sekitar, ibubapa, guru-guru serta murid dan wakil murid dari sekolah-sekolah dalam Dun Seri Menanti.

                                            Memeriksa sepanduk yang dipertandingkan.



Dan seperti biasa, setiap kali majlis di sekolah, kecil atau besar,  inilah bahagian yang ibuintan uruskan ..
tetap dan berpencen iaitu  bahagian makan... suka juga sebab habis je majlis perut gerenti kenyang sama

Semalam agak tertekan juga untuk mengendalikan makanan untuk seribu orang..., jemputan, orangramai dan murid-murid.  Namun berkat kerjasama semua kerja berjalan lancar.  Terima kasih kepada guru-guru lain yang membantu.

Tengahari semalam balik ke rumah tapau lebihan  jamuan semalam.  Jadi tidak payah masak untuk makan tengahari untuk yang tinggal di rumah.  Lauk dan nasi sekali. Pengusaha kantin  yang mendapat tender menyiapkan makanan untuk seribu orang seperti biasa membuat anggaran lebihkan sedikit, biar berlebih dari tidak cukup.. jadi lebihan itu dapatlah orang bahagian jamuan menapau sekali.  Balik ke rumah, badan pun penat apalagi selepas zuhur sempat tidur sekejap..

Petangnya ke Kuala Pilah menghantar Intan membeli buku rujukan dan juga membeli barang keperluan dapur. Dan yang pentingnya mencari ikan parang untuk menunaikan hajat Intan yang rindukan masak asam pedas ikan parang ibunya.

'Lauk asrama tak best.   Ibu masak juga yang best' rungutnya.

hahaha mestilah ... Intan kan dah makan masakkan ibu sejak lahir mana leh kompare dengan masakkan orang lain, air tangan dah lain.  Along pernah kata masa dia juga baru tinggal di asrama, 'ibu buat telur rebus pun sodap'   ...hahaha bayangkan tu

                Sodap ni... tapi kena makan dengan sabar, banyak tulangnya...

//macam-macam cete pulak  pagi ni, maklumlah dah tiga hari cuti memblog... menulis entri serta membalas komen.

///ke Mersing kejap lagi, masih belum juga dapat melawat blog sahabat semua, maaf nanti kita jumpa lagi... insyaallah

27 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

Assallam ibuintan..kenapa dengan tangan tu.
ada terjatuh ke apa..jangan biarkan ye.
anak2 mula dok asrama..sama juga macam kita dulu kan..asek teringatkan masakan emak..

ibundo berkata...[Reply]

salam,
pandai ekau menjait. Tak payah hanta kodai lagi dah..

Kek pilah tu apo yang ado haha.. dari dulu sampai sokarang macam tu yo nampak e. Osah boto pokan koboi e. Pukul onam dah tutup pintu kodai.

Nak tau bizi ko tak, tunggu yo lah hari ghayo..

hentian berkata...[Reply]

ha..ha.. Chef Wan pun tak boleh tandingi sedapnya masakan mak sendiri, kan...kan..

kak long berkata...[Reply]

bukan anak2 yo yg suko makan apo yg omak ea masak,kito yg dah tuo ni pun klu seskali balik nak yo raso masakan omak...heheheh!!!

Azian Elias berkata...[Reply]

Teringat zaman2 masa saya ngajar dulu.. Selalu gak kena organized majlis makan utk VVIP.. lotihh..

zul permatang badak berkata...[Reply]

....Wah.. ibuintan ni...orang penting ye....dalam majlis tu.....tolong menolong tu..amalan mulia....

white rose berkata...[Reply]

wah, cantik2 laa sepanduk tuh...
semuanya kretip...

sy dah tau mesti ibu ni bahagian jamuan...

selalunye org lama mmg itulah jawatan dia...

kekekeke...

Mohamad berkata...[Reply]

Assalam ibuintan..
Sedap le asam pedas tu... pertama makan kat restaurant asam pedas kat tengah2 bandar Melaka.. Lepas tu makan malam bersama dengan ketua Menteri...

Tak cukup dengan itu.. siap bawa balik perencah, saya beli kat MITC..

Hari ini nak suruh isteri masak..asam pedas ikan pari.

ahmad humairi berkata...[Reply]

assalamualaikum,

Makanan tuuuu, sedikit cukup, banyak pun habis.

Tahniah atas kejayaan majlis.

Kak Amy berkata...[Reply]

wah ibu orang penting ye dalam majlis itue ye..ermmm ikan tue lihat je pun dah terliur belum lagi rasa..sodapnya ibu..

Kakzakie Purvit berkata...[Reply]

Untung jadi bos tempat makan. Kenyanglah dengan bau walau tak makan. Ada bawa balik berkat ke?

ibuintan berkata...[Reply]

mualaikumsalam kak erna,

tak tau lah kenapa, tiba2 saja rasa sakit kat bahagian lengan ni... sapu ubat gosok je, ni dah ada kurang sakit tapi sesekali terasa sakit jugak


kak pah,

apo nak buek.. pokan koboi di zaman melanium,, toke cino kek pilah ni kayo2 tu sobab copek tutup kodai

ibuintan berkata...[Reply]

IM,

tau takpo, memang walau camno pun masakan mak yo yg tersedap... memang takde chef yang leh lawan



kaklong,

botul tu, tu sobab kalau anak2 balik kg omak2 tak dapek poe konduri, alasan hea anak2 balik nak makan ghondang mak masak

ibuintan berkata...[Reply]

Yan,

memang itu bahagian saya selalu dapat, kalau ada jemputan VVIP memang lotih nak mengendalikannya... dari main table, menu hingga layanan, takut yo kok ada komplen



Zul,

tak ponting mana pun, hanya bahagian tu yg dah selalu dapat.. setakat ni okeylah namun dengan bantuan dan kerjasama rakan2 juga selalunya banyak membantu

ibuintan berkata...[Reply]

WR,

sah org lamo memang tulah part yang dapek kan... okeylah juga dengan bantuan rakan2..

sepanduk tu juga dibuat bersama2, idea bersama

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam Ckg Mohamad,

asam pedas Melaka lagi best, ni saya masak juga ala2 asam pedas Melaka gak tapi takde belacan... kami serumah ni tak berapa suka belacan

wah, mesti best asam pedas isteri masak nanti tu, perencah khas dari Melaka

anak2 saya memang suka makan asam pedas ikan

ibuintan berkata...[Reply]

ckgu Humairi,

betul tu, tapi dah order untuk seribu orang yang datang tak sampai jumlah tu kalau tak cukup tak patut pulak kan...



Amy,

ponting tang beri makan tetamu saja, ala lauk biasa2 saja tapi anak2 suka makan selalu jugalah buat

ibuintan berkata...[Reply]

kakzakie,

untung sebelumnya kenyang bau selepasnya kalau ada lebih kenyang makan dan dapat berkat juga sekali

Temuk berkata...[Reply]

As-Salam ibuintan

Totap sodap masakan asam podeh tu. Walau masam, walau podeh. Totap sodap, walau ikan tu banyak tulang(tulang kocik-kocik pulak tu!). Totap sodap bilo omak masak eh, walau porut dah konyang molumbung!
(Sorry, nak cuba berlagak cakap N9!)

Tahniah, rajin dan sabar buat kerja sukarela untuk masyarakat sekolah!

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumslam Tuan Temuk,

hahaha lulus cakap nogori hea, kok donga becakap dari mulut lae sodap tu..


demi tugas, demi agama, bangsa dan negara

YANG MENURUT PERINTAH kan..

IMANSHAH berkata...[Reply]

maulidur rasul je ada sepanduk..hurm

sahromnasrudin berkata...[Reply]

assalamualaikum...lama tak nampak Dato' Hasan Malek tu..untung orang Pilah ado Timbalan Menteri sededikasi dia

Maiyah berkata...[Reply]
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Maiyah berkata...[Reply]

assalam.. ikan tu kan kalo dlu mmg sy sabar tp skrg dah x bleh hehe

Hamizah berkata...[Reply]

betul2 bz ni..
xpe take ur time..

ong ong kedek kedek berkata...[Reply]

seri menanti sekolah mane? tunku besar burhanudin atau seri pilah?

azieazah berkata...[Reply]

IBU INTAN, lebih baik sibuk dari duduk takda kerja. Pun letih minda dan lesu badan...

Kalu sibuk, jadi cergas badan.


*IBU INTAN, saya rasa pekan Kuala Pilah barang2 sangat mahal lah. Banding di KL, ikan ayam, barang kering masih murah.