Sejak semalam sibuk, tidak dapat menjenguk ke blog sahabat maya seperti biasanya, malah komen sahabat juga belum dapat dibalas. Memohon maaf kepada semuanya. Petang semalam sibuk memasak lebih sedikit dari biasa kerana dua keluarga adik ipar datang bertandang ke rumah, seterusnya bermalam di sini.
Mereka balik selepas bersarapan pagi tadi. Ibuintan sekeluarga akan bertolak ke Mersing pagi ini. Kami sengaja pergi awal sehari, mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan bandar Mersing dulu. Kami akan mengikuti laluan K. Pilah , Muazam, Kuala Rompin, Endau dan seterusnya ke Mersing. Pernah sampai hanya ke Kuala Rompin dan Endau, pada cuti sekolah dua tahun yang lepas. Kami akan menginap di sebuah hotel yang terdapat di Mersing.
//semoga perjalanan kami dipermudahkan.
32 ulasan:
Assalamualaikum Ibuintan
moga dipermudahkan dan selamat dlm perjalanan
Wassalam
semoga selamat pergi dan balik
meriah suasana tu seronok bila dapat berkumpul ramai ramai kan?
Tak ada masalah banjir ke kak? Area sana bukan terlibat?Apa2 safe journey.
Baru nak bercuti ke?? Semoga selamat walau di mana berada. InsyaAllah. :)
Semoga selamat dalam perjalanan...
psst: Intan, pesan kat ibu...jangan nagis tau! :D
salam..ibuintan,
pi ke hotel timotel...kiranya hotel yang paling okey..
tapi nak menghadap laut pi hotel sri malaysia yer
Selamat berjalan-jalan ye ibu
Semoga semuanya selamat dan dipermudahkan.
Buat Intan belajar rajin2 supaya berjaya dengan cemerlang.
ibu...
wah, masak2 yek...
masak ape?
semoga selamat perjalanan ibu ye...
السلم عليكم ورحمة الله
Moga selamat dalam perjalanan
semoga selamat pergi dan balik ! hati2 di jalan raya.
balik nanti singgahlah kat senawang .. hehe
semoga selamat pergi dan balik.hati2 dijalan raya,,
Ohh hantar INTAN balik MRSM Mersing kah?
semoga selamat dalam perjalanan.
Bila Mak Tarzan Membebel...
as'salammualaikum ibu..
wah bestnya sedara mara datang rumah mesti meriah kan..ibu semoga selamat dalam perjalanan ye..
Salam ibuintan,
Intan dah nak kena sambung balik sekolah. Tinggal ibunya kesunyian semula. Menitis airmata bila makan malam tanpa Intan kakak dah pasti....itulah lumrah bila anak membesar akan tinggalkan kita juga....
bestkan sanak saudara bertandang ke rumah...makan2..gelak ketawa...nice!!
Mualaikumsalam En Rozali,
alhamdulillah semuanya selamat
terima kasih sya,
suami dan adik beradiknya memang rapat, mereka memang saling datang menziarah
Yan, perjalanan lancar tiada langsung terlibat dengan banjir... syukur semuanya selamat
kakcik,
bukannya bercuti, hantar intan lapor diri ke sek sains di mersing
ckLah,
syukur semuanya selamat.
tu lah Intan memang pesan camtu juga.. tapi tak boleh lah
Ayu,
kami menginap di D View Hotel saja, okey juga
Iman,
dah selamat balik semalam
kakzai,
terima kasih atas ingatan, moga itu juga yg diharapkan pada intan
WR,
masak biasa2 je... syukur dah selamat balik
Us Razak,
mualaikumsalam...syukur selamat pergi dan balik
Pak Ngah,
syukur dah selamat balik,, tak sampai senawang lah macam mana nak singgah
kak erna,
terima kasih, syukur dah selamat balik
azie,
hantar Intan lapor diri ke Sm Sains di Mersing
Amy,
terima kasih... ipar memang selalu datang ke rumah, hubungan mereka rapat
kakzakie,
memang tambahan baru2 macam ni ..memang rasa hiba saja
Keli,
memang seronok merapatkan hubungan lagi
Catat Ulasan