Followers

Selasa, 8 Februari 2011

Catatan di Mersing 1.

Alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik ke/dari Mersing dipermudahkan.  Perjalanan pergi pada pagi Ahad memakan masa hampir lima jam kerana perjalanan kurang lancar sedikit, banyak kenderaan dijalanraya,  mungkin kerana ramai pengguna balik ke tempat masing-masing setelah habis bercuti tahun baru cina.  Walaupun perjalanan agak jauh (lebih kurang 280km) dan memakan masa namun  tidak terasa  keletihannya kerana bermula dari Bandar Sri Jempol hingga ke Mersing jalannya lurus dan tidak banyak selekoh.

Kami makan tengahari dan berehat di pantai Hiburan Kuala Rompin sebelum meneruskan perjalanan ke Mersing. Kami sampai di Mersing hampir pukul empat petang.  Terus mencari lokasi sekolah di mana Intan akan melaporkan diri.  Sekolah tersebut hanya kira-kira 5km saja dari bandar Mersing.  Kami berpatah semula ke bandar Mersing untuk mencari tempat penginapan.

Tempat yang dituju ialah Hotel Seri Malaysia, malangnya setelah berpusing beberapa kali kami masih tidak berjumpa dengan hotel ini.  Bertanya kepada beberapa orang, namun semuanya ialah orang luar juga, juga tidak tahu lokasi hotel.  Yang paling kelakarnya bertanya kepada sepasang suami isteri dan  mereka juga sedang mencari hotel yang sama.  Mereka berkata telah berpusing-pusing sebanyak empat kali mencari jalan ke hotel walaupun kami tahu hotel itu terletak disekitar Jeti Mersing saja.

Yang membuatkan kami tidak berjumpa hotel ini kerana jalan di sepanjang pantai Mersing di Jeti Mersing yang menghala ke hotel itu ditutup kerana ada Bazar Amal Palestin.  Yang paling teruk juga kami tidak jumpa papan tunjuk arah ke hotel.  Akhirnya atas cadangan anak-anak, tambahan pula bila melihatkan air laut yang kotor dan keruh, mugkin kerana air banjir yang masuk ke laut, kami bercadang menginap di hotel yang lain saja.



Pilihan utama ialah hotel di tepi Sungai Mersing, dan pilihan kami akhirnya jatuh ke D'View Hotel yang terletak di tebing Sungai Mersing.  Tepian tebingnya adalah tempat kaki pancing memancing ikan setiap petang dan malam.  Juga tersedia jeti khas tempat mereka memancing di tengah sungai.

Pilihan yang tepat kerana sehingga pukul satu pagi kaum lelaki ... abahintan dan dua anak bujangnya menemani kaki pancing, nasib baik semasa datang mereka tidak membawa pancing bersama  dan nasib baik kedai alatan memancing di Mersing telah di tutup... kalau tidak sah  mereka tiga beranak memancing sama. 

Namun, mereka bertiga amat teruja untuk datang lagi, ...

'datang selalu pun tak apa' kata Along....

hahaha...  ibunya lagi suka, bawak pancing pun bawak pancinglah .....  ibu pun sanggup tambahkan koleksi pancing lagi, janji memancing kat Sungai Mersing tu yang 3 km saja dari asrama Intan.  Ibu rela keluar modal...


Ibuintan juga sempat berbual dengan sepasang suami isteri dari Kulai Jaya, yang memancing di situ.  Pasangan ini juga menghantar anak mereka balik ke asrama di sekolah yang sama.  Menurut pasangan ini, setiap kali mereka menghantar anak balik ke asrama, mereka mesti mengambil kesempatan memancing. Alatan memancing mereka sentiasa ada dalam boot kereta.   Malam itu selama berbual dengan mereka, umpan pancing mereka sentiasa mengena.  Seronok melihatnya, setiap kali pancing dilempar selang beberapa minit umpan dimakan ikan.  Mereka beredar balik ke Kulai Jaya pada pukul sepuluh malam, bersama ikan-ikan segar yang boleh dimasak keesokan harinya.  "Lepas le buat lauk esok" kata si isteri dalam loghat Joho nya.


 Kami juga berkenalan dengan seorang Komando dari Kem Iskandar yang memasang sejenis perangkap untuk menangkap ketam.  Komando itu ditemani oleh isterinya.  Pasangan ini yang baru berkahwin pada tahun lepas dan masih belum dikurniai anak, jadi bila tidak bekerja di sebelah malam mereka selalu datang ke situ untuk memancing atau menangkap ketam.  Pada malam itu mereka berdua dapat menangkap lapan ekor ketam nipah.  Rezeki pada yang rajin berusaha.  Menurut anggota komando berkenaan, selain sebagai memenuhi masa lapang dan hobi, mereka juga dapat berjimat.  Selalunya setiap kali datang, rezeki sentiasa ada ada samada ikan atau ketam.

Selepas solat Maghrib kami juga mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar bandar Mersing.  Kami juga mengunjungi Bazar Amal Palestin di tepi pantai di Jeti Mersing.  Bila telah melawat dari gerai-ke gerai sehingga ke hujungnya, barulah kami bertemu dengan Hotel Seri Malaysia, rupanya kami telah lalu di belakang hotel semasa mencarinya tetapi tidak perasan sebab hotel mengadap ke pantai.

Rasanya kalau ke sana lagi, kami tetap akan menginap di D View Hotel, selain biliknya yang besar dan selesa, ianya juga  yang amat sesuai untuk abahintan memenuhi juga hobinya iaitu memancing.   Harganya juga amat berpatutan.

//petang tadi abahintan telah mula mengeluarkan dan memeriksa semula alatan memancingnya yang telah disimpan dalam stor, .... suka, suka, suka....



25 ulasan:

Unknown berkata...[Reply]

salam..ibuintan..
kalau kesana lagi..inform yer..nanti ayu bawa jalan2..ayu memang orang sana

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali Ayu,

insyaallah akan di inform kan, maybe next week akan ke sana lagi ,hantar baju batiknya pula

Sham berkata...[Reply]

salam ibu...

tak jumpa pak malau ke...?hehee...

white rose berkata...[Reply]

assalamualaikum ibu...
sy baca cerita ibu ni mcm sy baca buku teks...

ibu punyai penulisan yg baik...
tersusun & teratur ayat2 ibu...

ya, pancing & lelaki mana dapat dipisahkan...

IMANSHAH berkata...[Reply]

yg datang mendaftar di sekolah saya hanya 25 orang je..sepatutnya 45

Mohamad berkata...[Reply]

Seronok bila cuti dapat jalan2.. Saya 4 hari bercuti Tahun B.Cina tak kemana2. Demam lah pulak.. Adoh. Cuti dihabiskan dengan tido je lah..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Kalau boleh tiap2 minggu nak ke sana lepas ni kan kak ?






Melepaskan rindu...

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai tergelak bila part ibuintan cakap sanggup keluarkan modal.Macam tulah kak Zai masa mula2 anak belajar kat Melaka sanggup keluar duit untuk minyak dan tol.Yang bestnya setiap kali pergi janji nak bayar tapi akhirnya hubby yang keluar modal heheh...

Anak perempuan rindunya lebih....

kak long berkata...[Reply]

lopeh ni buleh la mancing udang galah...
perghhh...!

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan,

Wah lepas ni selalulah ke Mersing. Sambil melawat intan sambil memancing.

Berapa sewa hotel tu satu malam?

ibuintan berkata...[Reply]

Sham,

pak malau dah pergi belayar kot... tak pun keluar tangkap ikan

ibuintan berkata...[Reply]

WR,

puas juga nak nyusun nya tu, kang beterabur pening lak nak membacanya...


ada juga yang tak minat memancing ikan ni, tapi minat pancing lain

ibuintan berkata...[Reply]

Iman,

mereka tak berani kot..

samalah macam sek sains tu juga, kata pengetuanya sepatutnya 75 orang tp yg daftar baru 40 lebih masa tu

ibuintan berkata...[Reply]

Cikgu Mohd,

disuruh berehat saja tu... takpe cuti bulan mac nanti boleh jalan2 lagi

ibuintan berkata...[Reply]

Reen,

kalau boleh nak camtu la, tapi tak boleh lah, jauh juga tu... harap dia telefon pun cukup lah

ibuintan berkata...[Reply]

kakzai,

betullah.. tambahan dia seorang, jadi rapatnya lebih dengan kita..

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong,

tu la tiga beranak tu dah berangan2 lebih dah... azim pun dah minta dibelikan pancing satu

ibuintan berkata...[Reply]

YB,

abahnya dah bercadang macam tu la, dah mula memeriksa pancingnya semula

ada beberapa harga juga , mengikut biliknya.. saya ambil family standard RM126 semalam

Izan Ishak berkata...[Reply]

kami pun pernah sampai mersing. mmg hotelnya mengahadap ke laut... tp mmg syok je tgk org memancing kan...

sblm ni kami singgah kat melaka pun org memancing malam2 hari~

en_me berkata...[Reply]

sonoknyerr jalan kannns.. ehehe

Acik Erna berkata...[Reply]

ibuintan..rela apa saja..asalkan dapat bertemu intan..
begitu lah kita..kan..hati seorang ibu..

ibuintan berkata...[Reply]

Izan,

memang hotel tu di tepi kuala sungai juga, memang ramai orang yang datang memancing waktu malam

ibuintan berkata...[Reply]

en-me,

memang syok kalau bercuti2, ni ada misi lain juga

ibuintan berkata...[Reply]

kakerna,

tu lah setuju saja asalkan abahnya mahu pergi ke sana, festime nak berjauhan lelama dengannya...tu yg rasa lain sikit tu

hentian berkata...[Reply]

tak pernah pi mersing lagi..