Followers

Jumaat, 18 Februari 2011

Angkara ayam dan kunci.

'Ibu... ayam berak dalam kete ibu, atas kusyen kete' jerit Along.

"knapa pulak' tanya ibunya dari dalam dapur.

'Tu lah ibu tak naikkan cermin tingkap,. ayam tu masuklah' jawab Along.

'Tak pernah pulak dibuatnya masuk dalam kete tu'  bercakap dengan abahintan

"nak bertelurlah tu! jawab tuannya balik.  "tengah menyelangsang' katanya lagi.

"Nanti abang mesti bersihkan kusyen tu' arahan tuan kete kepada tuan ayam.

Dalam minggu ini, sudah beberapa kali abahintan musykil.  Musykil yang sangat-sangat.  Dia memang hairan, hairan sungguh.

'Abang heran betullah .... mana dia ambik laki ni.  Abang tak nampak satu pun yang boleh dibuat laki' getusnya sejak beberapa hari lepas.


Hahaha.... abahintan terlalu musykil sekarang ni.

Dua ekor ayam betina belaannya sedang bertelur sekarang ini. Cerita tentang dua ekor ayam betina ini di sini.

Memang kami musykil juga, dari mana datangnya bapak ayam kepada telur-telur yang sedang di keluarkannya. Malah si ayam berbulu merah sedang mengeramkan telur-telurnya sekarang.   Memang tiada kelibat seekor pun ayam jantan di sini. Tak tahu pula kalau-kalau sepeninggalan kami di waktu pagi, kedua ayam betina ni jauh rayaunya untuk mencari laki.

Sejak ayam ni tinggal dua ekor saja, keduanya tidak di kurung lagi dalam reban, dilepaskan bebas lepas begitu saja oleh tuannya, abahintan.  Kalau sebelum ini semasa masih banyak, kesemuanya di kurung tidalam reban supaya tidak menaburkan bajanya sesukahati 'mereka' saja.


Pukul tiga tadi, ketika tuan ayam hendak membersihkan dan membuang 'taik ayam' di kusyen kete, tuan ayam cepat saja naik angin setelah beberapa kali pusing keliling, keluar masuk rumah mencari kunci.

'Mana simpan kunci kete ni, kunci spare pun takde' soalnya beberapa kali.

'Kalau takde dalam henbeg, mesti kat tempat kunci tu, takpun di atas almari tu, tempat biasa'. 

'Takde, dah puas cari, semua dah selongkar, dalam henbeg pun takde..... mulalah abahintan berblalalalala... , satu rumah kena kerah mencarinya, Along kena,  Azim pun kena......... tuan punya kete lagilah kena..cuailah, lalailah...... sabar je lah kau ibuintan, abahintan dah naik angin tu.


Ibuintan pun pelik, letak di mana pula kunci tu, semua tempat dah digeledah.  Kena ingat dan ulang tayang semula aktiviti sejak turun dari kete tadi, tak juga jumpa.  Masuk dapur semula bakul sampah pun kena geledah mana tahu kot dah tercampak ke dalamnya pulak, juga tak ada.  Atas almari, dalam almari ,belakang almari, bawah almari pun ditinjau.  Tak juga jumpa.

Beg tangan pun rasanya dah dua kali di geledah.  Sekali lagi kena,' ibu kau ni, segala kertas pun nak simpan' haik tak pasal-pasal kena lagi. Rasanya makan juga setengah jam abahintan bersungut petang tadi.  Sehingga akhirnya, 'dah cari sendiri, kalau tak jumpa nasiblah kalau hujan kang.'.  Memang nasiblah kalau hujan petang tadi, sebab kete tu di tengah laman tidak diparkir yang beratap, cermin depan semua turun.

Ibuintan pun naik pening, memikir dan mencarinya, tahu mesti dalam rumah saja tu tapi di mana. Di mana??

Memang pusing, dua-dua kunci pula tu.  Akhirnya give-up, lantaklah. .. tak koso den, poning palo jadi hea..

Solat asar.  Lepas solat sempat titipkan doa semoga Allah lorongkan hati ke arah kunci itu.  Hati berat je..

ke sini......................................................... V
                                                                   V
 Takkan dalam beg tangan, dah berapa kali cari dah.  Abahintan pun dah cari  tadi.  Tapi hati tetap berat ke situ.  Takpe lah... cari sekali lagi.  Beg tangan ni memang ada beberapa kompatmen, selain berzip ada juga yang berbutang.... laa... memang sah ada, di bahagian luar yang berbutang.

'Nah kuncinya, jumpa dalam henbeg' serah pada abhintan.   

Tanpa sepatah kata... tuan ayam pun memulakan operasi pembersihan.

25 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

alahai nasib baik tuan kete sabar aje dengan bebelan tuan ayam..he he..

Adinda Amy Sensei berkata...[Reply]

oppss....sekali ayam berak lam kete daa,.....haruuu

kak long berkata...[Reply]

kaklong ponah kono sekali,cari2 kunci tak do...goncang2 bag ado bunyi...tapi tak nampak kunci ea,rupo2 ea ado lubang yg memisahan lapisan bag tu...soba yo la...
hahahah!!

atuk berkata...[Reply]

Assalamualaikum ibuintan

tak lama lagi dapat cucu le
he he (kena buatkan sangkar utuk ibuayam tu, kalau tidak, bertelur dlm kete...he he)

Wassalam

white rose berkata...[Reply]

sy pun slalu mcm tuh...
bila handbag bnyk ruang, mula hilang ntah kemana...

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,

kena sabar sebab salah sendiri... kang sama2 tak sabar lain pulak jadinya

ibuintan berkata...[Reply]

Amy,

tu lah tak pernah terjadi kes ni.. cuai sendiri

ibuintan berkata...[Reply]

kaklong,

lain kali boli henbeg yang takdo apo2 kompartmen lah kan, sonang rabo kek satu ruang yo... selalu nak cari hp pun susah yo

ibuintan berkata...[Reply]

Mualaikumsalam AB,

dah masukkan semula dalam rebannya, kena perintah berkurung semula

ibuintan berkata...[Reply]

WR,

tu la, kena cari henbeg yang takde kompartmen lak lepas ni... banyak susah nye, bila banyak ruang ni

hentian berkata...[Reply]

tanda umur dah hampir ke sempadan,
cari kunci pun pusing segala laman.

dah gelarannya pun bapa ayam,
bila dah pagut, dia tinggalkan...

Bibu berkata...[Reply]

gahahaha....taik ayam punya pasai.

1 family haru bru kuning hijau....

leps ni, ibuintan dah jd nenek le.lpas anak2 ayam tu menentas

Cik Ina Do Do Cheng berkata...[Reply]

makcik tak nak komen pasal ayam, tengah syok nak cite pasal handbag. .pernah kena sekali dalam handbag macik tu ada lapisan kain, kain tu plak koyak.kunci masuk dalam tu.sampai cam nak nangis cari kunci rumah dalam hujan plak masa tu.menyusahkan juga berhandbag ni.

ibuintan berkata...[Reply]

IM,

dah dekat sangat ke ni?

tulah kan bapa ayam yang tak bertanggungjawab

ibuintan berkata...[Reply]

Anie,

sampai ati tau... kita muda lagilah nak jadi nenek... aww nenek ayam takpe, dah besar leh buek ghondang

ibuintan berkata...[Reply]

Cik Ina,

hahaha kes tu memang dah ramai yg terkena... kain belah dalamnya terkoyak, memang banyak harta tersorok bawahnya

Zaitun berkata...[Reply]

Lucu sangat n3 ibuintan ni macam cerita kak Zai pula.Selalu bertekak benda yang remeh2 lepas tu elok balik.

Ayam2 ni kena antar kelas sivik kot hikhikhik...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

kehkehkeh...

kesian abahintan.

tulah orang kata.kalau masa tengah beria mencari mesti tak jumpa.

sal berkata...[Reply]

ehh..sabo je...

Bibu berkata...[Reply]

terbahak kita baca komen kak Zaitun.lawak le

"Ayam2 ni kena antar kelas sivik

Asri Alam berkata...[Reply]

ayam tu bertelur tapi tak menetas tanpa bibit jantan. akhirnya busuk. hehe..

Kak Amy berkata...[Reply]

amy selalu kena macam tue ibu , selagi ada ruang dalam bag selagi tue nak di sumbatkan bila dah x jumpa mula la , mengugau cari..

Pn Kartini berkata...[Reply]

Salam my dear sis,:)

Tak kisahlah sape lakinya ekk..
janji ada hasilnya...hehehe..:)

uhh!! memang kepoh juga bila tak jumpa kuncinya...nak2 time pagi nak g sekolah...ehheheh

FazMelati berkata...[Reply]

comel jea bunyinya bila ayam berak dalam keter =))

betulla bila compartment dlm handbag byk mesti taktau kat mana nak cari,. heehe sama =))


Entry Melati today yeayy: Jarum peniti atas meja solek lek lek

azieazah berkata...[Reply]

Hehehehe.. sabor jer lahhh...