Entri sebelum ni masalah anak murid, entri yang ini pun pasal anak murid juga. Yang ini kes lain, muridnya juga kecil lagi, baru lapan tahun saja, tahun dua tapi nauzubillah...
Sebelum habis waktu persekolahan tengah hari tadi, ibuintan duduk membaca akhbar di pusat sumber sekolah, tiba-tiba seorang ustazah membuka cerita. Ustazah M mengadu dua orang murid lelaki dari kelas tahun dua cuba membuat gangguan seksual terhadap beberapa rakan perempuan sekelasnya.
Antara gangguan seksual yang dilakukan oleh dua orang murid kecil ini ialah sesiapa dikalangan murid perempuan yang mahu meminjam barang daripada mereka berdua dikehendaki melakukan sesuatu. Contohnya jika hendak meminjam sebatang pensel, pemadam atau pun buku, murid perempuan berkenaan dikehendaki mencium 'anu' murid lelaki tersebut.
Ataupun murid perempuan itu membenarkan murid lelaki berkenaan memegang bahagian sulitnya, atau menepuk punggungnya ataupun menciumnya. Cuba bayangkan bagaimana terkejutnya ustazah M mendengarnya? Yang bercerita dan mengadu ialah beberapa orang murid perempuan yang telah dipaksa melakukannya namun nasib baik murid perempuan lagi cerdik daripada mereka berdua.
Apalagi Ustazah M pun terpaksa menjadi CSI sekejap, risik dan siasat, akhirnya dua murid lelaki ini mengaku mereka memang pernah meminta murid perempuan melakukannya. Risik lagi mana mereka dapat idea kretif ni, jawab mereka selamba ' internetlah ustazah'. Sah mereka berdua antara anak-anak yang telah menyalahgunakan kemajuan sains dan teknologi.
Apalagi ustazah M pun bersyarah dan membebel panjang, dan kedua mereka terpaksa diberi ganjaran berupa denda. Tak taulah samada mereka faham atau tidak apa yang mereka lihat di dalam internet itu.
//Apakah ini kes suka-suka atau kes ingin mencuba? Lapan tahun tu.........
13 ulasan:
Salam Kak ,
serrrammm pulak saya.
Anak saya kalau nak main game online saya suruh dia pakai abg punya laptop pastu mesti di ruang tamu.
Saya tak benarkan dorang sentuh pc saya.. takut benda-benda macam ni lah..
MasyaAllah....
ngeri dan kecut perut jadinya.... :(
nauzubillah..perlu pemantauan rapi tue..itu di K.Pilah..di K.Lumpur lagi teruk gamaknya huhuhuhuh
Salam ibuintan
Pening memikirkan bagaimana nak tanganinya. Kecil lagi dah buat hal. Taknak guna internetpun susah juga sebab banyak kegunaannya.
salam ibuintan.sama terkejut..memang terkejut sungguh..
pennggunaaan internet yang tak dipantau aaknya..tapi pelik juga..pandai pulak murid tu..kat mana nak cari..benda yang tak bermoral tu kan..
Pembantu rumah jiran kak Zai pernah bagi tahu dia ternampak anak majikannya membuat sesuatu yang tak manis,abang dan adik berumur 9 dan 7 tahun,bila diberitahu pada mak budak2 tu pembantu dia yang kena marah.
Seram dengan perangai budak2 sekarang.
mamasya.blogspot.com
Reen.
walaupun masih kecil, itulah yang sepatutnya ..kita kena kawal dan pantau penggunaan internet oleh anak2..
harap2 mereka juga pandai menggunakan internet untuk benda2 yang berfaedah sja
kakcik,
anak-anak sekarang terlalu open dan berani..
semangat ingin tahu mereka terlalu tinggi wlaupun bukan pada tempat yang sepatutnya
shah,
tak kira di mana selagi capaian internet dapat diikuti ..itulah yang kita takuti
salam kak werdah,
mungkin ibu bapa mereka terlepas pandang,...
internet tak salah cuma sikap kita sebagai pengguna saja yang menyalahgunakannya
kak erna,
mungkin melalui apa yang mereka dengar dan baca..
dan juga apa yang mereka lihat d tv
kak zai,
sikap ibu bapa tidak percaya kepada apa yang orang beritahu pasal anak mereka juga ada bahayanya...
sikap anak di depan dan belakang kita ada masa tidak sama, sesekali kita perlu dengar komen/aduan orang lain tentang anak kita
Ya Allah, jauhkanlah anak anak mama drpd benda benda camni. sbb camni lah apa saja yg anak buat kita kena ambik tahu dan pantau kan...tapi pengaruh kawan kawan pun bahaya juga. moga moga tak jadi camni lah, risau mama
Catat Ulasan