Followers

Jumaat, 1 Oktober 2010

Ya Allah, makbulkanlah doa kami.

Malam tadi ke Masjid Jamek Yamtuan Raden, Kuala Pilah, menghadiri majlis solat hajat dan bacaan Yassin untuk para pelajar yang bakal menduduki PMR, SPM dan STPM.  Majlis bermula selepas solat Maghrib. Sebahagian besar yang hadir ialah pelajar yang tinggal di asrama dari sekolah sekitar daerah Kuala Pilah serta guru-guru pengiring dan jemaah tetap masjid. Ke manakah ibubapa serta pelajar yang lain?

Pagi tadi pula, menghadiri majlis solat hajat dan bacaan Yassin di TMS, sekolah Intan. Ibuintan tiba terlewat sedikit, tidak sempat mengikuti solat hajat, hanya dapat bersama membaca  Yassin sahaja.  Majlis bermula pada pukul sepuluh pagi, disertai oleh semua pelajar yang bakal menduduki PMR,  SPM dan STPM.

Hanya sebahagian kecil ibubapa yang hadir. Keadaan ini mungkin kerana majlis dijalankan semasa hari dan waktu kerja.  Ibubapa mungkin terpaksa mengambil cuti untuk menghadirinya.  Ibuintan sendiri terlewat sebab menghabiskan dulu waktu mengajar, nasib baik kelas bermula awal pagi dan tamat pukul 10.15 pagi.  

Intan akan menduduki PMR yang akan bermula pada hari Selasa nanti. Mudah-mudahan semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan  akan mencapai kejayaan cemerlang.  Dunia dan akhirat.

Antara pelajar harapan sekolah PMR 2010 termasuk Intan juga.  Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada Intan disepanjang menghadapi peperiksaan nanti. Moga dipermudahkan semuanya dan moga Intan memperolehi kejayaan yang cemerlang. 

Esok pagi pula kami akan ke SMKA Pedas, menghadiri majlis yang sama juga untuk Along pula. Along akan menduduki SPM  pada bulan November nanti. Rasanya ibu dan abah mereka yang akan terlebih berdebar-debar nanti.

13 ulasan:

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam..jgn lupe baca Surah Al Insyirah terutama 4 ayat yg terakhir...insyaAllah...

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali sahrom,
insyaallah ...

ibuintan berkata...[Reply]

diana.
terima kasih... mudah-mudahan, itu yang diharapkan

Acik Erna berkata...[Reply]

selamat berjaya untuk intan..semoga doa ibuintan dimakbulkan yang esa,..

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Salam ibuintan..

semoga Intan dan kawan-kawan nya akan mendapat kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah.

kak long berkata...[Reply]

tahniah..!intan antara pelajar yg cemerlang....
moga intan berjaya...begitu juga dgn along....

selamat medudki pmr&spm...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

Semoga Intan dan semua pelajar2 dapat keputusan yang cemerlang tahun ni.

hentian berkata...[Reply]

doa adalah senjata terakhir para mukmin...

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
mudah-mudahan..Amin

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik...terima kasih, itulah harapannya, moga usahanya diberkati

ibuintan berkata...[Reply]

kak long..terima kasih, dua-duanya diharapkan berjaya terutama along yang akan menentukan arah tujunya di masa depan

ibuintan berkata...[Reply]

reen..terima kasih, begitulah yang diharapkan

ibuintan berkata...[Reply]

IM..insyaallah, sebagai seorang ibu doa tidak pernah berkurangan, sentiasa dihati