Followers

Rabu, 27 Oktober 2010

Wahai 0mak-omak, sabar-sabarlah yo!


Demam periksa akhir tahun datang lagi. Walaupun sekolah rendah, anak-anak kecik lagi, tapi emak-emak yang excited gila.  Anak-anak sekolah rendah  ni pula  buat 'donno' saja, peksalah apa pun ada dio orang tak ambil 'pot' sangat. Berbuih mulut cikgu-cikgu mengingatkan, bulan depan peksa, minggu depan peksa, esok pagi mula peksa.... mereka buat muka selamba saja.. ada aku kesah..

Pagi semalam mula periksa akhir tahun. Subjek pertama biasanya mestilah subjek Bahasa Melayu. Seperti biasa kertas soalan akhir tahun dikendalikan oleh unit peperiksaan Jabatan Pelajaran setiap negeri. Wah, boleh tahan juga mengancam soalan tahun ini. Rata-rata semua soalan subjek teras menggunakan format peperiksaan UPSR, mengeluh jugalah mereka mengatakan soalannya susah.

Tapi bagi murid-murid tahun satu, susah ke senang ke sama juga bagi mereka.  Yang kumpulan murid ekselen saja yang  beriya-iya menjawab, tapi yang kumpulan lemah hanya dua tiga muka surat saja yang dibuatnya.

Menjaga murid tahun satu periksa lebih kurang sama juga dengan mengajar. Mula-mula wajib beri penerangan tapi tak lama, akan ada saja yang datang bertanyakan 'macam mana nak buat'.  Kalau kelas atas, senyap sunyi menjawab kertas periksa, kelas tahun satu tetap dengar suara cikgu yang lantang menyuruh murid menjawab atau menyemak semula. Nak semak apanya kalau soalan tu tak berjawab pun..kan.

Biasanya masa satu jam untuk menjawab bagi tahun satu memang tidak mencukupi.  Selalunya terpaksa memberi mereka mengulang menjawab semula terutama kumpulan murid lemah. Akan ada masa tambahan untuk mereka.

Kesian kalau tidak diberi peluang membuatnya semula kerana kumpulan lemah masih ada yang mengeja dan kurang lancar membaca.  Jadi peruntukan masa tambahan ada untuk mereka tapi tidak boleh disambung terus. Mereka yang lemah, masalah utama mereka ialah cepat bosan.  Mereka cepat bosan membaca. Jadi masa tambahan di hari lain akan diberikan.

Petang semalam, telah ada emak-emak yang prihatin, yang menelefon bertanyakan markah anak mereka. Kok iya pun sabarlah kak oi. Periksa tak habis lagi. Baru mula pagi semalam. Ingat cikgu ni robot ko,  masa tu saja terus menyemak semua kertas, terus beri markah.  Yang lagi sengal tu, anak mereka termasuk pulak dalam golongan yang perlu diberi masa tambahan.  So terpaksalah, terjujur dengan memberi alasan 'maaflah puan, terlupalah markahnya, kertas periksa saya tak bawa balik ke rumah'.

Nasib baik pagi tadi tak ada yang menelefon di sekolah, kalau tak kantoi, nak jawab apa pulak....

19 ulasan:

hentian berkata...[Reply]

dah lama tinggalkan zaman itu. tak tahu pun sekarang ni musim exam...

abu muaz berkata...[Reply]

darjah satu tak payahlah gabra sangat mak ayahnya oooiii...

ummu berkata...[Reply]

salam Ibu Intan
alhamdulillah baguslah Ibu Intan ni
prihatin dengan pelajaran anak2
memang sekarang demam periksa,kak

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan.

Mengajar ni mmg mencabar. Jadi anak sendiri pun kadang2 hilang sabar inikan pulak anak org.

Tahniah kpd ibuintan dan guru2 semua kerana mendidik anak2 kami.

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Ingat sonang ko jadi cekgu ni, kan? :)

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu...ada ke yg cube merasuh cikgu nak belanja makan agar markah anak tinggi??? hehehehe

syamimi azmira berkata...[Reply]

Situasi ibuintan sama macam anak buah kak Zai alami,mengajar budak2 tahun satu tapi kalau dapat ibubapa yang sporting takpe jangan yang cerewet boleh pengsan dibuatnya.
kak Zai.

ibuintan berkata...[Reply]

Im, dah takde anak kecil, semua dah besar panjang tu sebab dah tak ambil tahu lagi kan.. ye biasalah hujung tahun ni.. musim peksa besar dan kecil

ibuintan berkata...[Reply]

Abu..
memang sepatutnya camtu, tapi mak2 dan bapa skarang semua bijak pandai tu sbb risaunya terlebih sudah.. ada yg dah hantar anak gi tusyen pun

ibuintan berkata...[Reply]

YB,
anugerah Tuhan diberi kesabaran lebih, kalau tak sabar dah lama kena serangan jantung..

Trima kasih YB

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik,
rasanya semua kerja ada susah dan senangnya, cabarannya yang lebih...
murid, pentadbir, penjaga dan masyarakat sekeliling

ibuintan berkata...[Reply]

shah,
takde pulak, janganlah camtu.. tak baek tau

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,
kalau dapat penjaga yang cerewet memang pening juga melayannya, kekadang tu biarkan saja

ibuintan berkata...[Reply]

ummu... perhatian demi anak2 murid, kesian kat mereka yang lemah tu

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibu intan..yo lah..sabar la ni..he he..memang omak2 paling tak sabar..tapi tak de la sampai tipun kacau cik gu kan..
akak dulu cuma tanya ngan anak je..dah dapat ke belum..gitu aje..sian cik gu..banyak benda nak buat dan siapkan..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...[Reply]

salam
teringgin nak ambik upsr
last berebelas tahun dulu dapat 5a

Maiyah berkata...[Reply]

hehe.. mmg le x sbr :D .. anak sy lak muka kerut jek.. nape ntah

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...[Reply]

anak peksa mak bapak cuti

CIK TOM berkata...[Reply]

bagusnya mak yg prihatin..xabis exam lg dah tnye markah..hihi..1st time cik tom dgr...huhu