foto dr tok gugel.
Perlawanan akhir Piala Malaysia 2010. Selamat berjuang kepada pasukan rusa dan kijang. Sebagai anak negeri mestilah mengharapkan kejayaan kepada pasukan rusa. Walaupun bukan peminat tegar sukan bola sepak, bila dah negeri sendiri berjaya melangkah ke perlawanan akhir, terbit juga rasa teruja mengharapkan kemenangan kepada pasukan negeri sendiri.
Kesibukan bas dan kereta penyokong bergerak ke Bukit Jalil, bermula seawal pukul 11 pagi lagi. Adik ipar bergerak dengan dua buah kereta, mereka mengajak kami turut serta. Namun, hendak bersesak-sesak ke Stadium Bukit Jalil, itu sesuatu yang mustahil.
Nampaknya harga tiket yang dah naik tidak menyekat keghairahan peminat-peminat bola. Dari kampung ibuintan saja telah bertolak tiga buah bas yang membawa penyokong dan peminat-peminat bola sepak. Mereka hanya perlu membeli tiket, sementara bas disediakan percuma.
Harapnya semua penyokong kedua belah pihak bertindak waras. Tujuan untuk menyokong dan memberi semangat kepada pasukan negeri masing-masing adalah baik. Adat perlawanan, satu mesti menang dan satu lagi mesti tewas..
Kepada semua penyokong terima keputusan dengan hati yang terbuka. Kalau penyokong kecewa bayangkan setiap pemain yang terbabit lagilah kecewa..... Selamat merebut Piala Malaysia kepada pasukan Negeri Sembilan dan Kelantan.
//Terbayang keenakan rendang rusa, bilalah dapat makan lagi?
7 ulasan:
saya sokong kijang!! gomo rusa tu kijang
hoben jang hoben...!
mana-mana pun boleh...hehe
Iman,
sokong rusa.... lambung kijang tu rusa
kak long,
yessss hoben jang hoben.. tak poe bukit jalil ko?
amy,
biarlah rusa, sebab kijang nak dibuat rendang...
IM tak kisah mana-mana menang. jangan gaduh sudah. malu lah. pasal bola sebiji nak gaduh.
kalau terel sangat, pi Gaza lagi bagus!
he..he..
Catat Ulasan