Followers

Ahad, 17 Oktober 2010

Rezeki anak-anak sekarang.

Petang Khamis lepas,  mendapat panggilan dari abang yang tinggal di Telok Intan meminta ibuintan menolong menghantar anaknya (kakak) yang belajar di Kolej Tunku Kurshiah untuk membeli belah di Jaya Jusco, Seremban.  Kakak berada di dalam Tingkatan Lima,  pihak kolej akan menganjurkan majlis makan malam untuk semua pelajar Tingkatan Lima di Royal Adelphi Hotel pada awal bulan November nanti. Jadi kakak ingin bershopping khas untuk malam dinner spesel mereka.

Petang semalam ke Seremban. Mengambil kakak di kolej dan menghantarnya bershoping ke Jaya Jusco Seremban 2.  Kakak bersama dua orang lagi rakannya, seorang dari Ipoh dan seorang lagi dari Shah Alam.  Kami sampai di JJ lebih kurang pukul 2.50 petang.  Disebabkan mereka bertiga, ibuintan melepaskan mereka sendiri mencari barang yang mereka hajati di dalam JJ ,sementara ibu dan abahintan pula terus ke kedai Casa Moda di bangunan bersebelahan JJ.

Dah terlanjur sampai sana, setelah belek dan pilih dan kena dengan harganya, maka 'terbeli' lah kain-kain untuk di buat baju, walaupun raya dah habis, tapi kenduri tak habis-habis lagi. Selain undangan kenduri, abahintan juga mengundang sekali ibuintan ke majlis makan malam anjuran tempat kerjanya. Dah letak syarat hari tu, kalau nak juga bawa isteri ni mesti beri isteri ni beli baju baru.  Ala bukan selalu pun pergi dinner ni. sesekali nak juga baju berlabuci dan berbling-bling tu.....

Setelah selesai urusan di Casa Moda, ibuintan masuk pula ke JJ. Keluar masuk saja ke butik-butik berjenama terutama kasut dan beg tangan, tapi sah tidak membeli.  Cuci mata saja sambil senyum-senyum sumbing dengan salegirl yang senyum-senyum kelat pula sebab pelanggannya yang seorang ini tidak berduit banyak untuk membeli.

 Walaupun kakak dan rakannya telah berada hampir dua jam di dalam JJ, mereka masih belum dapat kesemua barang yang mereka cari.  Masih sukar membuat pilihan barangan yang mereka kehendaki.  Rezeki anak-anak sekarang, walaupun masih bersekolah namun mereka mampu berbelanja di butik barangan berjenama. Mereka keluar masuk setiap butik sambil mencuba barangan yang mereka kehendaki seperti kasut. Kasut berjenama dan bertumit tinggi pilihan mereka, ibuintan sekadar senyum melihat gelagat mereka membuat pilihan.

Dua rakan kakak juga membeli baju ready-made yang berfesyen terkini di butik terpilih berdasarkan beg yang mereka jinjing. Selesai di JJ setiap seorang menjinjing sekurang-kurangnya tiga beg produk berjenama. Kami keluar dari JJ tepat pukul 5.20 petang. Namun seorang rakan kakak masih belum menemui tudung yang sepadan dengan baju yang baru dibeli, mereka menuju pula ke Casa Moda, namun tidak juga jumpa yang pekenan di hati.  Mereka bertiga terus menuju ke Butik tudung Mawardah di bangunan bersebelahan.

Menemankan mereka bertiga mencari sehelai tudung juga memakan masa sehingga setengah jam. Butik tudung yang telah ada nama dan tentunya mahal harganya, Tudung yang rakan kakak pilih dan cuba, pilih lagi dan cuba lagi dan lagi-lagi cuba, juga semuanya berharga dalam lingkungan kurang dan lebih sedikit daripada RM100. Bayangkan akhirnya, sehelai tudung  yang dipilihnya, yang akan dipakai pada majlis makan malam itu tiga kali ganda harga tudung yang ibuintan pakai.Tudung ibuintan dah lama beli dan pakai, dulu harganya RM29 saja.

Melihat rakan kakak berbelanja, ibuintan dapat meneka mereka mesti anak orang yang berada. Kakak taulah ibuintan, anak seorang bisnesman manakala ibunya seorang guru bertaraf ketua bidang.  Bertuah anak-anak sekarang, mereka dibekalkan dengan sekeping kad yang boleh memenuhi keinginan mereka semasa bershoping. Tak perlu ibu bapa ada bersama.

Melihat pilihan mereka juga, spontan ibuintan terbayangkan bagaimanakah agaknya pakaian yang di pakai oleh pelajar yang datang daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Dan bagaimanakah perasaan pelajar itu semasa majlis berlangsung jika dibandingkan penampilan dikalangan rakan-rakan lain yang tentunya istimewa dan bergaya sakan. Atau mungkin tiada pulak anak orang yang kurang berada menuntut di kolej yang tersohor itu.

//Teringat cerita seorang rakan yang anak saudaranya hanya mampu bertahan selama sebulan saja di kolej itu dulu, tidak sanggup diketawakan hanya kerana memakai pakaian dalam yang tidak berjenama.

22 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..rezeki anak2 sekarang..
patut pun anak akak kalau bercerita..kawan dia..guna talipun berjenama yang harganya..ribu2..
selalu akak ingatkan..mak bapak dia orang kaya..kita..patut bersyukur dengan apa yang kita ada..

hentian berkata...[Reply]

teringat IM dulu pergi sekolah pakai stokin yang diikat dengan getah takut meloros ke bawah.

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Salam ibuintan,

Mmg rezeki budak2 sekarang. Form 5 dah ada kad kredit lagi tu.

Kalau saya mmg tak sanggup nak temankan org mcm ni shopping. Kalau anak2 saya nak cari barang/pakaian saya tanya berapa agak2 bajet yg diperlukan dan saya akan beri mereka duit utk mereka pergi cari sendiri.

Yunus Badawi berkata...[Reply]

pssst - saya akan ke Serting hari ni utk hantar Afifah.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam..mereka yg bersekolah di SBP a.k.a MRSM kebanyakannya adalah anak2 org yg senang..sepatutnya ada kuota utk golongan yg miskin tetapi walau mrk boleh memasukinya, tekanan gaya hidup membuatkan mereka tak mampu renanginya

Mimie.Candy Cane berkata...[Reply]

untungnya anak-anak sekarang.zaman saya belajar dulu, nak mintak duit nak beli buku atau untuk siapkan assignment,pikir 10 kali sebelum mintak..duk pikirkan mak ngan ayah ada ke duit nak bagi? kot2 adik2 yg masih belajar lebih memerlukan duit dari saya sendri.kadang2 ayah tanye "duit ada lagi tak?" saya jawab ada duit lagi walhal takde duit pun.

tp skang adik senang2 mintak ayah belikan laptop la,apa la..cemburu jugak,tp biarlah..zaman dia belajar ni,mak dan ayah dah senang sikit..tnggungan byk dah lepas..

Mario berkata...[Reply]

mmmm...mmg beruntungla dorang kan...kita dulu2 ... adoi...ke sebab ibu bapa skrg taknak anak2 rasa susah mcm yg kita rasa? walaupun sbnrnya sbb susah le kita jadi camni...

eh...kita pulak...saya...saya yg susah dulu2...heeee

Maiyah berkata...[Reply]

mmg anak2 skrg byk untung.. sy dlu nak beli baju pun setahun skali

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna..
zaman dah berubah, anak-anak menikmati kesenangan hasil usaha ibu bapa mereka...harapnya mereka tau menghargainya

ibuintan berkata...[Reply]

IM,
ibuintan pun mengalami keadaan yang sama, selagi boleh pakai ..gunakanlah

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali YB,
itu kelebihan anak-anak orang yang berada, anak-anak dikg mungkin tiada yg menggunakan kad kredit...

bla berduit memang cerewet membuat pilihan

ibuintan berkata...[Reply]

YB,
biasanya pukul berapa YB berada di laluan di Tg Ipoh?

ibuintan berkata...[Reply]

shah,
betul tu, ramai anak-anak yag berasal dari kg bila memasuki SBP, mereka mengalami kejutan budaya dan tekanan gaya hidup, perasaan rendah diri membelenggu mereka... tu sebab ramai yang mengaku kalah dan sanggup ke sekolah harian biasa

ibuintan berkata...[Reply]

mimie,
zaman kita banyak yang kita korbankan, kita pikir banyak kali sebelum meminta duit dari ibubapa, dah benar2 perlu dan terdesak baru berani buka mulut tp anak2 sekarang main hulur tangan saja tanpa memikrkan samada ibu bapa mereka ada atau tidak duit ketika itu...

banyak juga meminta duit untuk benda yg tidak perlu

ibuintan berkata...[Reply]

mario,
samalah kita.. kehidupan semasa kecil dulu memang susah... tapi rasanya elok juga anak2 kita diberi merasai sedikit kesusahan supaya mereka pandai dan tahu menghargai duit

ibuintan berkata...[Reply]

maiyah, samalah kita.. baju sekolah beli awal tahun je, selagi boleh guna takkan berganti

Unknown berkata...[Reply]

SALAM,
ANAK2 DARIPADA KELUARGA BERDUIT INI ELOK JUGA DIPERINGATKAN TENTANG SIFAT KESEDERHANAAN DAN BERBELANJA SECARA BERHEMAH. BANYAK WANG TIDAK SEMESTINYA BERBELANJA BESAR DAN MEMBELI BARANG2 YANG MAHAL. CABARAN KEPADA KITA UNTUK MEMUPUK SIFAT2 INI.

Admin P@P berkata...[Reply]

Assalamualaikum.
Betul. Rezeki anak zaman sekarang.
Cuma yang kurang eloknya apabila ada segelintir anak orang 'berada' ini yang terlalu nmenyombong dan berlagak seperti 'samseng' dengan membuli anak-anak orang yang kurang berada.

Syukur kalau mereka tu terdiri dari kalangan yang 'sedar diri' dan pandai pula bersyukur...

TQ

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Salam Kak,

Rezeki anak2 sekarang. Semoga mereka ingat jasa ibubapa mereka.

ibuintan berkata...[Reply]

Dato,
sapa lah kita nak memberi nasihat kepada mereka yang berkemampuan ini, emak bapa mereka sendiri pun ada yang tidak suka anak mereka membeli di sebarangan tempat..beli barang made in malaysia pun tak ingin, takut class mereka jatuh

ibuintan berkata...[Reply]

cikgu admin,
memang bekas anak murid saya yang pernah masuk SBP pernah dibuli dengan membuat kerja2 tambahan untuk anak2 org berada, dalam reramai tu ada sorang dua yg berlagak dan sombong dengan harta keluarga mereka..

namun ramai juga yang tahu bersyukur dengan nikmat kekayaan keluarga mereka

ibuintan berkata...[Reply]

reen,
itulah yang sepatutnya, semoga mereka mengenang jasa ibu bapa bila sudah dewasa dan bekrja nanti