Followers

Rabu, 20 Oktober 2010

Nak percaya ke tidak?

                                                Image dari tok gugel.
Balik dari sekolah, Azim mengadu "Ibu tadi adik dipanggil oleh cikgu. Ada budak ngadu adik hisap rokok", berderau darah mendengarnya. Macam peluru berpandu soalan menerjah keluar, bermacam-macam soalan yang dihamburkan ke Azim.

Mendesak Azim bercerita yang sebenarnya. Azim tetap mengatakan dia tidak merokok. "Macam mana kawan boleh ngadu adik merokok, kalau adik betul-betul tidak merokok"tanya ibuintan berulangkali. Azim bercerita panjang, masa yang dia dituduh merokok dia sebenarnya berada di dalam kelas, sedang menyiapkan kerja sekolah bersama rakannya.

Dia dituduh bersama enam orang lagi rakannya dan menurut Azim dua orang rakannya itu memang suka merokok tetapi di luar kawasan sekolah. Melihat Azim beriya-iya mengatakan tidak merokok, ibuintan menjadi amat kesian padanya, namun masih tidak berani mempercayai sepenuhnya.  Maklumlah anak di depan kita lain tetapi ada masanya bila dibelakang ibu bapa dan dengan pengaruh dan pergaulan bersama rakan, sikap dan perangainya boleh berubah. Namun selama ini, Azim masih dalam kategori anak mendengar kata dan tidak berani bercakap bohong.

Namun, ibuintan takut juga dengan cabaran alam remaja yang baru ditempuhinya. Anak remaja lelaki berumur 14 tahun, takut keinginanya untuk mencuba (selepas melihat rakan lain) merokok itu timbul. Berbagai nasihat dan sebab serta akibat merokok diterangkan kepada Azim, sebab utamanya dia masih bersekolah, masih terlalu muda....nasib baik Azim tidak mempertikaikannya sebab abahnya juga merokok.

Risau juga bila melihatkan pelajar lelaki sekolah Azim, sebelum masuk ke kawasan sekolah di waktu pagi, singgah dulu di simpang jalan, merokok bergilir-gilir tanpa rasa segan dan takut kepada guru-guru mereka.  Ramai juga dikalangan mereka adalah bekas anak murid semasa mereka di sekolah rendah dulu.

Guru Azim hanya bertanya dan memberi amaran akan memanggil penjaga ke sekolah sekiranya terbukti tuduhan tersebut benar... itu yang sangat-sangat Azim takuti.

Petang tadi ibuintan sempat menelefon rakan baik Azim yang merupakan rakannya sejak di tahun satu dan juga bekas anak murid ibuintan, bertanyakan hal yang sebenarnya dan menurutnya  Azim memang tidak merokok.  Mudah-mudahan semuanya betul dan jujur.

23 ulasan:

Yunus Badawi berkata...[Reply]

InsyaAllah Azim tak merokok. Mungkin ada kawannya yg nak buat aniaya kat dia. Kalau dia ada alibi elok dijelaskan duduk perkara yg sebenar.

Cabaran juga nak halang anak tak merokok kalau bapanya merokok huhuhu

Yunus Badawi berkata...[Reply]

Wah saya first malam ni!

hentian berkata...[Reply]

jawapan yang sama Akhmal pernah bagi, dulu...

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...[Reply]

Macam2 nak fikir bila anak sedang membesar.

Saya rasa Azim bercakap benar tu kak.

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..insyaallah tidak..lagi pun bila dia merokok kita tau..ada bau..

kak long berkata...[Reply]

tak tu kak...kekadang bebudak ni nak lopeh an diri..semuo orng dibabit an samo....


azim kan anak seorang cikgu...tak tergamak dio nak memalukan ibu eh...
kesian azim...

piewahid berkata...[Reply]

mmg bila melihat anak2 kita di alam remaja, mcm2 yg kita risaukan. maklumlah semangat mereka lebih tetapi akal masih kurang. semoga ank2 kita terpelihara daripada segala perkara yg merosakkan.

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Macamana jujur pun seorang anak, hati ibu tetap akan curiga - demi kebaikan anak itu juga.

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu..saya yakin dia tidak merokok kerana orang merokok ini akan memberi jawapan balas yang tidak berapa yakin..selain itu, gusi orang merokok agak kehitaman dan bukannya kemerahan..boleh ibu periksa itu...
p/s: saya tidak merokok tetapi tidak mampu pakai BMW, tgk org merokok bole pakai BMW, jeles la plak huhuhuh...

ibuintan berkata...[Reply]

YB,
harapnya begitulah.... memang cabaran besar sebab abahnya juga merokok walaupun bukanlah perokok tegar...

abahnya juga kelihatan serba salah memberi nasihat, sama macam kisah ketam dengan anak jadinya

ibuintan berkata...[Reply]

TB,
yesss.. sah YB lambat tido malam td

ibuintan berkata...[Reply]

Im,
tu yang takut tu dan tak berani nak percaya sepenuhnya...

risau dengan pengaruh rakan2

ibuintan berkata...[Reply]

Reen,
makin besar anak makin banyak yang nak dirisaukan, harapnya betul la, tapi nak kena berwaspada juga..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
takut dia buat hal di sekolah saja, mungkin di rumah tu tak berani lah...

memang nak kena pantau lebih lepas ni

ibuintan berkata...[Reply]

Kak long,
mungkin betul begitu sebab nak lepaskan diri, babitkan orang lain sama...

tau ke anak2 kita ni jaga nama baik mak abah mereka? namun itu yang sangat kita harapkan

ibuintan berkata...[Reply]

pie,
umur mentah lagi, akal pun belum panjang mana, tapi keinginan untuk mencuba tu yang kita risau sangat tu..
takut terbabas dengan sikap negetif

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik,
itulah naluri seorang ibu, kita sentiasa risaukan tindak tanduknya, hendaknya biarlah setiap anak kita membesar dilandasan yang betul dan tidak mengecewakan kita di masa depan..

ibuintan berkata...[Reply]

shah,
tulah pasal, patutnya dapat dah tu beli BMW tambahan sekarang harga rokok dah mahal...

memang nak kena beri perhatian yang lebih selepas ni, nak pantau selalu tindak tanduknya

NENSA MOON berkata...[Reply]

salam ibuintan,
Semoga saja Azim benar2 tidak merokok!
tapi sebagai orang tua kita tetap harus waspada...
Aku sendiri memiliki 4 anak yg sudah remaja... Hal seperti itu pernah juga menimpaku...
semoga kita bisa tetap bijaksana menanggapinya.

Thanks sudah sharing, sahabatku!
nensa

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali Bu nensa,
terima kasih atas sokongan,
memang kami mengharapkan ianya tidak benar...

belum masanya untuk Azim merokok lagak orang dewasa, sememangnya kami sedang menanganinya dengan sebaik mungkin

azlina berkata...[Reply]

salam kak..

ina beri pendpat berdasarkan pengalaman ina org mungkin lain pendapatnya...ina ada 3 anak lelaki yg sulung 19,16 dan 11...
alhamdulilah anak2 ina x merokok wlpun abahnya merokok...
sjk kcil ina biasakan dpn anak2 selalu benci dgn asap rokok..bila abah dia hisap rokok selalu ckp pergi jauh2 luar rmh dan abahnya x prnh hisap rokok dlm rmh..

secara x lngsung anak2 pn dh alah dgn asap rokok...bkn kwn dia x ajk hisap..dia prnh cuba pn terbatuk2 sampai pedih mata..slps itu x de kwn yg pelawa mmg tahu dia x thn dgn asap rokok...

sem pertama msk u dulu dia sampai demam gara2 kwn merokok di bilik hostel..bergitu juga dgn ank kedua..cuma sdg risau kan yg ke 3..ni hrp2 ikut le jejak abg2nya..

ibuintan berkata...[Reply]

terima kasih ina,
anak yang sulung alhamdulillah setakat ni belum dengar apa-apa komplen dari pihak asramanya, namun anak bongsu yang seorang ni nampak berani lain sikit...

lincahnya semacam dan berani mencuba sesuatu... tu yg takut sangat dia mudah terpengaruh dengan rakan-rakannya

CIK TOM berkata...[Reply]

insyaallah azim tak perokok..tp akak kena pantau2 jugak azim..sbb kdg2 bdk zaman skang susah nak detect pe lam pemikiran diorang..1lg diorang ni mudah terikut2 dgn kawan2..