Followers

Ahad, 3 Oktober 2010

Majlis Untaian Kasih Menaut Harapan

Pagi semalam ibuintan ke SMKA Pedas, menghadiri majlis solat hajat dan bacaan Yassin untuk semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM. Banyak ibu bapa yang dapat meluangkan masa menghadirinya.

Maj;is dimulai dengan solat hajat. Doa solat hajat yang dibacakan oleh ustaz Tn Hj Mohd Farizan benar-benar meruntun hati para jemaah.  Terasa sebak dan hiba yang teramat sangat semasa doa dipohon. Terlalu sayu hati mendengar rintihan hati ustaz yang mengharapkan segala yang terbaik buat anak-anak  yang memenuhi ruang solat. Hebat sungguh doa seorang ustaz terhadap anak-anak didiknya, sehinggakan ustaz sendiri merasa sebak dan beberapa kali doa ustaz tersekat-sekat.

Sebagai seorang ibu, hati ibuintan memang amat tersentuh dengan doa ustaz. Bukan saja kejayaan dalam peperiksaan yang diharapkan, malah ustaz mendoakan dan mengharapkan  yang terbaik dalam setiap tindakan, perlakuan dan sahsiah anak-anak. Mungkin ada dikalangan ibu bapa sendiri tidak pernah terfikir untuk mendoakan anak mereka sejauh itu sekali, tidak terkecuali ibuintan sendiri.  Doa yang panjang dan amat tulus sekali, mudah-mudahan Allah memperkenankannya....Amin.

Majlis diteruskan dengan bacaan Yassin. Ini diikuti dengan sedikit jamuan ringan merangkap jamuan hari raya. Kemudian diteruskan dengan perjumpaan tiga penjuru untuk tingkatan lima. Semasa perjumpaan ini setiap ibubapa berpeluang bertanyakan tentang prestasi dan masalah pembelajaran anak-anak mereka dengan guru kelas dan guru mata pelajaran.  Alhamdulillah, prestasi peperiksaan percubaan Along menunjukkan peningkatan yang baik.

Doa seorang ibu sentiasa mengharapkan yang terbaik buat anak-anak.  Semoga Along akan terus berjaya dan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang bakal ditempuhinya pada bulan November nanti. Keputusan yang bakal menentukan hala tuju kerjaya Along di masa depan nanti.

//Berkat doa yang diAminkannya, seusai majlis, Along terus memeluk dan menangis teresak-esak sambil memohon maaf dan berulang kali mengucapkan terima kasih.  Anak bujang yang selama ini tidak mudah mengalirkan airmatanya.  Semoga Allah sentiasa melindungi mu ...

4 ulasan:

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan,..akak juga terharu membaca n3 ni..ikut sama merasa sedihnya..dan teringat juga..anak hero bongsu pernah bersekolah di sini..tapi sebulan aje..maklum la..bongsu..tiap2 hari menangis..akhirnya mak yang dah tahan..bawak balik..sekolah kat rumah ajela..

NENSA MOON berkata...[Reply]

Salam ibuintan,
makasih sudah join di CATATANKU, senang mendapatkan teman baru di dunia blogger ini...
Keliatan sangat mengesankan majlis untaian kasihnya... semoga Along dapat meraih prestasi yang diharapkan dan sukses di dunia maupun akhirat...Amin

salam buat ibuintan dan keluarga dari Indonesia,
nensa

IMANSHAH berkata...[Reply]

Semoga berjaya hendaknya..Amin

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ziarah..doa jika dibuat dlm bahasa kita mmg bisa meruntun nurani ini..selain kita memahaminya, kita juga mudah untuk mengamalkannya..semoga kita istiqamah