Semua kertas peperiksaan murid telah ditanda. Hanya menunggu markah daripada guru-guru lain untuk dikira dan dimasukkan ke dalam buku pelaporan. Target hari Rabu depan semuanya mesti beres
Boleh meneruskan kegilaan baru. Sejak dua menjak ini, diserang dengan penyakit membling-blingkan baju. Jahitan manik terutama di lengan baju. Dah jadi syok sangat melihat lengan baju setelah dijahit dengan manik-manik. Nampak meriah dan bergaya pulak.
So, rasanya untuk cuti sekolah yang panjang nanti inilah aktiviti yang akan mengisi hari-hari cutiku. Dah banyak juga modal keluar membeli beraneka warna dan corak manik serta sequin.
Disamping belajar daripada seorang rakan, menjelajah juga internet untuk mencari dan melihat corak-corak untuk mendapatkan idea. Intan yang juga turut sama jatuh cinta dengan kegilaan baru ini, sedang tekun menyiapkan jahitan manik pada sepasang baju kurungnya.
Corak yang simple dan mudah yang sedang dijahit oleh Intan dibajunya.
17 ulasan:
tak pe .. kegilaan yang membawa faedah dan tidak mencederakan orang lain !
ada juga manfaatnya..saya pun gile gak, tapi gile yang habiskan duit..adei, beli baju baru
ibuintan.akak sebenarnya..gilakan bling bling ni..3 tahun lepas..tapi tak jahit sendiri..anak sedara jahitkan..kalau dikedai..mahal betul tu..akak tempah di nilai..siap ngan jahit baju.dan manik ditangan tu..rm88.00..nasib lepas tu anak sedara pandai buat..
SALAM,
BUATLAH APA YANG MEMBAHAGIAKAN DAN TIDAK PULA BERTENTANGAN DENGAN AJARAN AGAMA KITA.
Assalamualaikum.
Semoga cikgu sentiasa ceria.
Tahniah dengan hobi baharu tersebut, semoga cuti yang panjang akan datang membuahkan banyak 'hasil'.
TQ
salam..ibu amek tempahan jahet manek ke????
Masa dolu2 baju kak Zai banyak yang berbling2,kebetulan adik ipar adik bekerja disebuah butik ambik kesempatanlah.
Sekarang kalau nak tempah harganya mahal.
kak Zai.
Tuan Aji,
betul la kan, yang penting dapat faedah dan hati pun puas...
iman.
gila beli baju baru takpe jugak, jaga style dan penampilan.. mesti ngan tali leher skali kan..
kak erna,
tu lah pasal, sebelum ni tempah juga tapi skarang dah kemaruk buat sendiri... lagi puas rasanya bila nengok hasilnya...
salam kembali Dato,
ye lah ... asalkan bahagia dan tak nyusahkan orang kan Dato..
Cekgu Admin,
. dapatlah mengisi masa lapang selain berblog dan bw nanti tambahan pula cuti panjang, lom ada plan nak ke mana2
shah,
ada juga, sebelum ni menjahit baju je skarang lak dah minat ke manik pulak... nak tempah tuk orang rumah... boleh saje
kak zai kalau bling2 butik lagilah grand dan mahal kan... saje untuk kepuasan
Salam IbuIntan,
saya minat jugak tapi sikit2 aje..
tak sempatlah kak..
salam ina..
minat dah lama tapi baru muncul lak semangat nak menjahitnye... memang boleh tinggal keje laen
hu.. pelik pelik lah penyakit zaman moderen ni ya...
Catat Ulasan