Followers

Selasa, 12 Oktober 2010

Dulu mengganggu sekarang tak mengganggu ke?


Ini pasal sukan tahunan sekolah.  Di awal bulan Februari yang lalu, setelah bermesyuarat untuk membincangkan tentang sukan, setelah dipersetujui bersama sebulat suara tentang acara dan kertas kerja,  setelah bersusah payah  guru-guru lelaki membuat garisan padang, setelah guru-guru dan murid berjemur dan berpanas membuat latihan. Setelah semua persiapan telah di atur dan berjalan lancar.  Hadiah dan cenderahati telah dibeli dan telah tersedia. Sumbangan daripada penderma juga telah diterima. Pendek kata hanya menunggu hari sukan saja lagi.

Namun tiba-tiba atas arahan pihak atasan sukan tahunan terpaksa dibatalkan. Terpaksa dibatalkan walaupun masa untuk sukan berlangsung hanya kira-kira seminggu saja lagi. Segala usaha guru-guru untuk meneruskan sukan tidak berhasil. Segalanya serba tidak menjadi cuma kerana beberapa hajat 'ketua' tidak tertunai.  Dan dengan alasan mengadakan sukan tahunan awal tahun akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid maka sukan dibatalkan di saat akhir.  Alasan yang tidak menyeluruh ke sekolah lain. Rata-rata semua sekolah rendah dan menengah di sekitar sini mengadakan sukan tahunan di awal tahun persekolahan. Boleh pula..

Kini, di bulan Oktober dan menjelang dua minggu lagi untuk peperiksaan akhir tahun, murid-murid dan guru-guru meninggalkan kelas,  sesi pengajaran dan pembelajaran di waktu pagi semata-sama untuk latihan sukan. Murid-murid hanya belajar selepas waktu rehat sahaja, dan biasanya mereka telah keletihan di waktu itu. Bagi guru-guru yang masih mengejar untuk menghabiskan sukatan sebelum peperiksaan akhir tahun memang menghadapi masalah. 

Sukan akan berlangsung pada hari Khamis nanti. Yang peliknya  di awal tahun tidak boleh diadakan sukan atas alasan mengganggu pelajaran murid-murid tetapi mengapa menjelang dua minggu untuk peperiksaan akhir boleh pula di adakan sukan. Kalau di awal tahun mengganggu pembelajaran murid tidakkah di waktu sekarang juga mengganggu pembelajaran murid.

Inilah yang berlaku sekarang (hanya di sekolahku)  guru-guru yang dipaksa akur dan terpaksa akur.
Kau siapa untuk tidak menurut perintah....

20 ulasan:

IMANSHAH berkata...[Reply]

ish2 lagi mengarut sukan sekarang..bulan februari tu waktu terbaik lah..macam ni GB pun ada ka??

ibuintan berkata...[Reply]

iman,
sebab ada la maka jadi macam ni, sebab terlalu tunjuk kuasa

sahromnasrudin berkata...[Reply]

kalau hendak dicerita fasal fiil ketua, sampai ke subuh pun takkan abes..itu belum lagi campur tangan org politik huhuhuhuh..ayat yg standard " aku kan bos" hahahaha

kak long berkata...[Reply]

selalu nya bigitu la...

kalau putih kata dia,putih laaaaa
kalau hitam kata dia,hitam laaaaa



abih nak wek cam nooooo....?!
greee.....

Mario berkata...[Reply]

hehe...org ada kuasa camtulah...jgn nnt kita2 pun camtu jgk...weeee

ibuintan berkata...[Reply]

shah,
tu yang susahnya kalau ketua tak boleh berunding dia saja yang betul, mesyuarat sampai ke maghrib pun tak guna...

ibuintan berkata...[Reply]

yo lah kak long...ikut yo lah kan, dah dio boss kito ni kuli..

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..itu lah dia kan kita ni..tetap juga SYMP..saya yang menurut perintah..

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna,
betul la tu selagi tak pencen, kita tetap yang menurut perintah... suka tak suka terpaksa lah juga

ibuintan berkata...[Reply]

mario,
mintak dijauhkanlah sikap ego dan sombong tu dalam diri kita ini...tak ke mananye

Unknown berkata...[Reply]

SALAM,
LF AMAT MEMAHAMI KEKECEWAAN GURU DAN JUGA MURID2. ADA ASASNYA. LF BERPENDAPAT ADA KESILAPAN KERANA MENANGGUH ! TAPI NAK BUAT MACAM MANA? TAPI KITA ORANG BAWAHAN. NAK CAKAP BANYAK BANYAK PUN TAK GUNA. SABAR IBU INTAN DAN BUATLAH APA YANG TERBAIK !

syamimi azmira berkata...[Reply]

Kak Zai ingat hanya sekolah anak kak Zai yang sukannya tak habis2 sampai kehujung tahun tapi sekolah ibuintan lagi dahsyat sekolah dah nak tutup untuk tahun 2010 masih nak bersukan.
kak Zai...mamasya.blogspot.com

ibuintan berkata...[Reply]

salam Dato,
memang kami sentiasa bersabar, keutamaan kami adalah tanggungjawab terhadap anak-anak murid, mereka tidak bersalah

walau terhimpit macam mana pun, tanggungjawab tetap dilunaskan

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai,
baru selesai semuanya tengah hari tadi, buat juga demi anak2 murid

hentian berkata...[Reply]

yang dinamakan nasib pekerja bawahan...

samiqna wa athoqna!

Admin P@P berkata...[Reply]

Assalamualaikum Cikgu.
Kita sebagai 'orang bawahan' sentiasa akur dan ikut cakap. Tapi kenalah 'logik' juga alasannya ye?

Persoalan cikgu amat menarik, saya cuba cari jawapan, belum jumpa lagi.

Apa pun yang paling bagus, kalau ada pegangan 'beri dan ambik' dari kedua belah pihak.

Juga penting kalau pihak 'atas' hargai apa yang telah diusahakan dengan susah payah oleh para cikgu.

Salam hormat. TQ

NENSA MOON berkata...[Reply]

Hmm.. keliatannya pemimpin sekolah disana sangat otoriter... dan membuat peraturan yang membuat sebagian atau munngkin juga banyak siswa dan guru merasa keberatan...

Thanks sudah sharing, iBu Intan!
semangat terus ok!

nensa

ibuintan berkata...[Reply]

IM,
ye setuju sangat...nasib pekerja bawahan

ibuintan berkata...[Reply]

Cikgu Admin..
itu yang sangat diharap-harapkan tapi 'beri dan ambik' tu tiada yang ada 'beri dan angguk' saja...

tanpa orang bawah siapalah orang yang di atas yang seorang diri itu

ibuintan berkata...[Reply]

ibu nensa..
tak semua pemimpin begitu hanya sejumlah yang amat kecil saja, sememangnya kami.. murid dan guru rasa teraniaya