Followers

Isnin, 18 Oktober 2010

Bulan Bahasa Kebangsaan.

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia dengan menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.  Tema BBK pada tahun ini ialah 'Bersama kita memartabatkan bahasa kebangsaan" dan bulan Oktober  menjadi BBK untuk tahun 2010 ini.

Pagi tadi Panitia Bahasa Melayu sekolah ibuintan telah menjalankan aktiviti-aktiviti bahasa sempena BBK di peringkat sekolah.


Majlis sambutan dijalankan di dalam dewan sekolah. Ianya bermula sebaik saja selesai perhimpunan rasmi sekolah.
Majlis dimulai dengan nyanyian beramai-ramai yang diketuai oleh kumpulan koir murid-murid tahun 6 yang menyanyikan ;


LAGU BAHASA JIWA BANGSA

Gunakanlah Bahasa Kebangsaan Kita
Marilah Amalkan Ramai-ramai
Bahasalah Menyatukan Kita Semua
Yakinlah Bahasa Jiwa Bangsa

Marilah Mari Rakyat Semua
Buktikan Taat Setia dengan Satu Bahasa
Maju Bangsa dan Maju Negara
Megahkan Bahasa Kita
Bahasa Jiwa Bangsa


Lagu/Lirik:  Dol Ramli


Selain  koir,  persembahan lain yang dijayakan oleh murid-murid ialah bercerita tahap satu, deklamasi sajak, pantun, gurindam, syarahan dan syair juga diadakan.

              Sebahagian murid yang mengambil bahagian.

8 ulasan:

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ibu...blog saya patut kne tegur..nampaknya saya tak gunakan bahasa kebangsaan dengan betul huhuhuh....

hentian berkata...[Reply]

lagu bahasa jiwa bangsa ni tetiba saja keluar di tv mutahkhir ni. lagu tu popular masa tahun 70an..

piewahid berkata...[Reply]

saya sokong kempen 100% tapi kecewa juga bila asyik-asyik peringkat bawahan sahaja yang disarankan. orang atasan dan media termasuk iklan yang pelbagai bentuk tak ambil peduli. rasa macam kena buli di negara sendiri.

(wah, saya sudah menyahut seruan kempen dengan cara cuba menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya!)

sekadar satu coretan berkata...[Reply]

salam ziarah kembali...
saye pun tak tahu sebenarnya lagu tu dah lame ade..

ibuintan berkata...[Reply]

shah,
betul la tu, entri hari ni memang guna ayat yang tidak memartabatkan bahasa, hari ini saja kan.. selalu tu terbaik

ibuintan berkata...[Reply]

IM,
betul lah tu sebab sepanjang bulan Oktober ni BBK

ibuintan berkata...[Reply]

Pie,
seronok bila pie dah kembali semula, semoga makin sihat..

tahniah dah menyahut seruan kerajaan,
biasalah insan kelas atasan mungkin rasa tidak taraf mereka menggunakan bahasa kebangsaan kita ini

ibuintan berkata...[Reply]

AIn,
memang dah lama dah lagu tu, masa sekolah dulu dah pernah nyanyi