Dua hari lagi menjelang hari raya ataukah sehari saja lagi...Petang tadi dapat panggilan daripada adik ipar (Acik):.
'Akak balik tak, baliklah kak, kita buat lemang sama-sama. Betul ke akak tak balik hari Khamis ni, emak kata akak tak balik' suara adik ipar cemas.
. 'Akak boleh tak tolong siapkan langsir Usu (adik ipar), Acik tak jamin boleh jahit lagi ni, tolong kak ye' cemas lagi.
Aduh......dua persoalan dan permintaan yang sukar ditunaikan.
Pertama: tahun ini ibuintan sekeluarga bercadang balik kampung mak mertua pada pagi raya selepas solat sunat hari raya sebab bukannya jauh pun dalam 20 km saja.
Kedua; Kalau balik sebelum raya maknanya ibuintan tidak dapat memasak rendang daging dan ayam, juga tidak dapat membuat nasi impit dan kuah kacang untuk rumah sendiri. Ini menu wajib permintaan si tiga beradik tu.
Ketiga: Di rumah mak memang masak rendang, bakar lemang juga, tapi takkan sewaktu balik ke rumah sendiri nak bungkus dan tapau rendang sekali, sedangkan ramai lagi anak menantu dan cucu mak yang belum balik ke rumah masing-masing. ..malah belum tentu rendang tu ada lagi
Keempat: Sudah melobi si tiga beradik tu yang kami sekeluarga akan balik pada pagi raya adik ipar tak baca ni dan semua setuju abahintan tak taupun
Persoalan kedua: jahit langsir....mak aii memang tak sanggup, baju raya sendiri pun tak tersiapkan lagi, nak minta jahit langsir pula...maunye tak bergerak dari mesin jahit tu, mau makan tidur depan mesin jahit tu saja.... .lastnya nanti pagi raya tumbang .... kalau ada masa lagi seminggu pun kira bolehlah lagi untuk tolong jahitkan langsir tu, ni masa dah suntuk sangat... minta maaflah kedua adik ipar ku ye, tak dapatlah akak ni nak menolong tu...
Esok 29 Ramadhan, target utama mesti siapkan dua pasang lagi baju yang masih belum siap, baju tempahan dah beres semua., selepas itu tutup dan simpan mesin jahit. Hari Khamis hari ke dapur seharian...masak, masak, masak, masak, masak,..... makan.
Kalau lah Khamis diistiharkan raya ....sabar ye lah yo!
6 ulasan:
Salam Ibuintan..
selamat menyiapkan mana2 persiapan yang belum siap dan Selamat Hari Raya... :)
salam kembali kakcik,
hari ni semua anak2 dah dapat jadual kerahan tenaga..tiga beradik dah dapat port yg perlu di uruskan...
kakcik tak balik kg ke?
Kesian akak. Tak menang tangan dibuatnya.
Apa-apa pun akak jaga kesihatan. Saya faham sangat kalau menjahit ni mmg sampai tak cukup tidur dibuatnya..
SALAM,
LF MENGAMBIL KESEMPATAN INI MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN. SEMOGA AMALAN KITA DI BULAN RAMADHAN DITERIMA OELH ALLAH SWT
Reen,
alhamdulillah dah selesai semua, dah boleh fikir tuk menu raya lak...
selamat balik kg..
LF,
sama-sama selamat hari raya juga...semuga kita bertemu lagi Ramadhan yg akan datang
Catat Ulasan