Followers

Selasa, 21 September 2010

Lambat cabut

Sejak semalam terasa sakit gigi. Tidaklah sakit sangat, tetapi terasa berdenyut-denyut terutama sewaktu makan. Hari ini selepas balik mengambil Intan dari sekolah terus ke klinik pergigian swasta di Kuala Pilah.

Entah mengapa penyakit sejak kecil masih ada lagi, penyakit takutkan doktor gigi. Setiap kali hendak berjumpa doktor gigi, mesti perut pun rasa lain macam. Terasa nak buang yang besar dan kecil masa tu juga, . Nasib baik juga tidak lama menunggu,  sebab  bila duduk saja atas kerusi dan mengadap doktor, perasaan nak buang membuang terus hilang.

Sebab sudah datang bersama, Intan juga membuat rawatan pencucian gigi sekali. Intan sibuk nak mencuci gigi semenjak bulan puasa lagi tetapi tidak berkesempatan menghantarnya. 


//Setiap kali sakit gigi, teringat teka-teki, seorang rakan sekolej dulu - Din Sura-  ' Mengapa kita sakit gigi' dan ' Mengapa orang perempuan mengandung". 

12 ulasan:

luahfikiran berkata...[Reply]

SALAM,
RASA2NYA RAMAI YANG TAKUT JUMPA DR GIGI TERMASUKLAH LF SENDIRI. SAKIT DAN MAHAL PULAK ! SEKARANG NI, KALAU NAK CABUT GIGI, KENA SEDIA PULUH2 RM. APAPUN, LF UCAPKAN SELAMAT TERCABUT GIGI !

kak wan berkata...[Reply]

lepas cabut gigi ..datang lagi masaalah susah nak makan ..betul tak?

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam..kalau doktor gigi tue cakap lembut, trus lembut gigi kita nak dicabutnya huhuhuhuh

maiyah berkata...[Reply]

x mau sakit gigi.. x sanggup
sakit rusuk ni pun dah tak larat :(

Zaitun berkata...[Reply]

Bukan saja takut jumpa doktor gigi,nak jumpa doktor pun macam2 perasaan.

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali Dato'
sebab takut maka saya tidak ke klinik kerajaan...

bila keluar RM tak terasa pula sakitnya, sedar2 dah tercabut ...

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,
betul tu memng dah kurang nikmat makan sekarang ni, dah banyak yg lompang..

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali shahrom,
berbayar, lembut saja cakap doktor tu..tiba-tiba terus hilang sakitnya..

kalau yang free tu tak tau lah camne...

ibuintan berkata...[Reply]

maiyah,
memang takde siapa yg nak sakit gigi..
bila sakit gigi, kepala pun sakit hati juga sakit...

ibuintan berkata...[Reply]

betul tu kak zai,..asal nama doktor memang camtu agaknya...bedebar2 sungguh, tapi tak taulah jumpa Dr LF takut ke tak...

S..U..D..@..I..S berkata...[Reply]

sakit yang mengganggu seluruh anggota badan...nak tido pun boleh..nakmarah orng pun ya....

ibuintan berkata...[Reply]

sud..
betul tu...senang je naik angin, jangan kan orang, kat ayam berkokok pun ada orang yg marah...