Followers

Selasa, 28 September 2010

Sukanya dia, saya pun suka juga.

Semasa di Felda Kepis.....sebelum ke rumah 'sahabat' singgah sebentar di rumah seorang peneroka yang mengadakan 'rumah terbuka' hari raya. 'Sahabat' sedang berada di rumah peneroka itu yang merupakan rakan karibnya.

Setibanya di rumah peneroka itu, ibuintan berjumpa dengan seseorang yang amat di kenali iaitu Kak Nor. Kak Nor ialah seorang yang bergerak aktif dengan persatuan peneroka wanita. Ibuintan amat mengenalinya semasa mengajar di Felda Kepis dahulu. Ibuintan mengajar di Felda Kepis selama lebih kurang sepuluh tahun. Semua aktiviti yang dianjurkan di sekolah , Kak Nor dan kumpulannya akan turut serta, terutamanya bahagian penyediaan jamuan.

Kami sempat berbual, kebetulan anak Kak Nor, Nazri  ada bersama. Nazri ialah bekas pelajar ibuintan. Keterujaan Nazri dapat berjumpa 'bekas gurunya' semula amat mengusik hati ibuintan. Tak sangka masih ada bekas anak murid yang begitu menghargai sekali.  Kegembiraan terserlah dengan kata-kata yang dituturkannya. Walaupun hanya mengajar semasa Nazri di tahun lima, namun rupanya masih ada ingatannya terhadap bekas gurunya.

Nazri telah pun berkeluarga dan mempunyai anak dan sekarang bekerja di Puchung.  Kami sempat bergambar bersama sebagai kenangan. Terima kasih Nazri, semoga kita berjumpa lagi.

//"kalaulah cikgu lelaki, saya akan peluk cikgu,' tuturnya beberapa kali.

1 ulasan:

imanshah berkata...[Reply]

itulah cikgu, ke mana saja pergi gelaran cikgu di bawa bersama..