Followers

Sabtu, 11 September 2010

Hari raya pertama

Salam 2 Syawal.
Berlalu sudah satu Syawal yang ditunggu. Seperti biasa dimulai dengan solat sunat aidilfitri, ibuintan dan keluarga solat di Masjid Tuan Tulis, melimpah ruah jemaah sampai ke bahagian luar masjid, jemaah lelaki ada yang solat di kawasan luar masjid yang di pasang khemah. Selesai solat sunat diteruskan dengan tahlil aruah.

Sampai saja di rumah, sudah ada anak-anak jiran yang datang bertandang. keseronokkan hari raya memang milik anak-anak.  Berkumpulan mereka datang, silih berganti. Kebanyakkannya anak rakan-rakan yang keluar merantau. Terpaksa bertanya setiap seorang anak siapa. Mereka datang awal sebab ibu bapa mereka akan beraya ke rumah mertua pula di tempat lain ataupun ibubapa mereka terpaksa balik awal sebab cuti tidak panjang.

Kanak-kanak yang menetap di sini belum ada yang datang bertandang lagi. Kebanyakkan mereka adalah anak murid dan bekas murid, jadi biasanya mereka akan datang dalam kumpulan juga setelah membuat temujanji dengan rakan mereka dari kampung lain yang berhampiran.  Kebiasaan mereka tidak akan datang pada hari raya pertama.

Menu  semalam selain lemang dan rendang, ibuintan juga sediakan nasi impit dan kuah kacang.  Kanak-kanak yang datang tidak menjamah pun makanan berat ini, mereka hanya makan kerepek dan biskut sahaja. Ibuintan hanya menempah beberapa jenis biskut saja daripada biras dan membeli beberapa jenis kerepek. Kebiasaannya kerepek memang menjadi pilihan kanak-kanak.  Biskut made in sendiri memang tiada.

Ada juga jiran yang pulang dari menziarah kubur, singgah beraya di rumah.  Jiran yang menziarah kuburan ramai yang lalu di dalam kawasan rumah ibuintan sebab tanah perkuburan terletak di kawasan tidak jauh di belakang rumah, kiranya rumah ibuintan dan jiran sebelah merupakan jalan pintas ke kawasan tanah perkuburan.

Ibuintan dan keluarga serta adik dan isterinya hanya sempat menziarah kubur mak dan abah selepas solat Jumaat semalam. Adik lelaki serta isterinya sampai sebaik saja kami balik dari masjid.  Di sini ibuintan hanya dua beradik saja. Keluarga kecil. Semasa dikuburan, tahun ini Along diberi peluang membaca doa untuk aruah uwan serta atuknya.

Ibuintan sekeluarga bergerak ke rumah mak mertua petang semalam sebaik balik dari menziarah kubur.  Sepanjang perjalanan dari Tanjung Ipoh ke Kuala Pilah jalan sesak, perjalanan yang selalunya 20 minit mengambil masa hampir satu jam.  Selain beraya di rumah mak mertua, kami juga menziarah ke rumah kakak-kakak dan adik abahintan yang berada di sekitar kampung mertua...

Ibuintan balik semula ke rumah pada pukul sebelas malam semalam.

Seharian kepenatan berjalan dan setelah kekenyangan makan beraneka jenis makanan, setibanya di rumah, hanya tidur yang dimpikan.

7 ulasan:

kakcik berkata...[Reply]

Salam ibuintan..

malam tadi, kakcik pun rasa teramat penat!

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali kakck,
memang penat habis, semasa dalam kereta dah macam badak asyik menguap

luahfikiran berkata...[Reply]

SALAM,
NAMPAKNYA PADAT PROGRAM SEMALAM. RANCANGAN HARI INI MACAM MANA?

LF SUKA MASAKAN N9. SEKEJAP LAGI NAK PERGI CARI TELUR ITIK. TAK TAHU MANA NAK CARI. MASA RAMADHAN DULU, BELI YANG DAH SIAP DIMASAK (MASAK LOMAK CILI API). DAH MULA JEMU DENGAN KETUPAN, LEMANG, DAGING DAN AYAM.

ibuintan berkata...[Reply]

salam LH,
kalau kat sini banyak kedai runcit jual telur itik, kat tepi jalan selepas Taman Ulu Bendul pun ada jual..

telur itik masak lemak cili api dengan buah asam ..sedap... bacang, mangga muda ataupun pucuk gelugur

maiyah berkata...[Reply]

mmg penat le kan ibu.. sy x kemana tp dok mkn rendang mak je ni hehe

kak Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..memang semalam kepenatan seharian..hari ini 2 syawal juga begitu..baru balik ni..

Insan Marhaen berkata...[Reply]

alhamdulillah, perjalanan balik kampung IM di Ipoh semalam lancar.

tapi IM tak boleh tahan bila tengok je lemang dan rendang mak IM.... lepas makan, minta bawa balik sikit.

hu... mak IM bubuh dalam mangkuk tingkat...