Raya ke tiga ibuintan sekeluarga di kampung mak mertua semula. Bergerak petang semalam dalam pukul enam suku petang tetapi sebab jalan 'ke jem an' , biasanya perjalanan hanya mengambil masa setengah jam berlarutan ke pukul 7.55 malam baru sampai di rumah adik ipar, singgah di rumah adik ipar untuk menunaikan solat Maghrib. Dari rumah adik ipar menziarah pula ke rumah bapa saudara abahintan tidak jauh dari situ, Rumah adik kepada abah mertuaku.
Tengah hari tadi dalam perjalanan balik singgah pula di rumah adik perempuan abahintan di Rumah Rakyat Senaling. Mereka menjamu dengan me goreng. Dari rumah adik ipar, kami bercadang hendak terus ke rumah emak saudara ibuintan pula di Pekan Juaseh, tetapi bila sampai di Pekan Kuala Pilah melihat jalan dah mula sesak dan jem, kami membatalkan hasrat tersebut sebaliknya terus pulang ke rumah. Perjalanan yang lembab sejauh 7 km dari Kuala Pilah ke rumah ibuintan.
Banner yang direntang di tepi jalan besar Seremban ke Kuala Pilah berhampiran persimpangan lampu isyarat Ampang Tinggi dan Jalan Melang. Banner ini telah dipasang seminggu menjelang hari raya. Setiap hari lalu lalang perasan tentang banner ini, disebabkan perjalanan balik yang berensut-ensut petang tadi menyebabkan kereta ibuintan berhenti lama di hadapan banner ini, maka sempatlah snap gambar menggunakan hphone murah ibuintan.
Seperti yang diwarta, laluan Seremban ke Kuala Pilah termasuk antara laluan maut kini sakaratulmaut pula, maka dengan ini banner terpaksa direntang untuk mengingatkan pemandu dan pengguna laluan ini supaya berhati-hati dan berhemat semasa memandu di sepanjang laluan ini. Banner ini hanya sebagai peringatan saja, namun sikap pemandu sendiri yang menentukan segala-galanya.
Pandu cermat jiwa selamat. Emak mertua selalu berpesan,'bawak lambat sampai, bawak laju belum pasti'
13 ulasan:
SALAM,
ADA BANNER ATAU TIDAK ADA BANNER, SETIAP PEMANDU PERLU SENTIASA BERHATI2 DI JALAN RAYA. BUKAN SAHAJA DI MUSIM PERAYAAN SEBEGINI TETAPI JUGA HARI2 BIASA.
MASALAHNYA IBUINTAN, KITA BERHATI2 TETAPI ORANG LAIN PULA TIDAK BERHATI2.
setuju ngan LF, moga kita dilindungi sntiasa..;)
malang memang tidak berbau,
laluan sakaratul maut tu diharap tidak lagi meragut nyawa setelah banner tersebut dipasang, kan
jalan memang jem sekarang, tetapi di kl tenang sekali laluan yang ada
perjalanan IM alhamdulillah lancar samada kesesakan lalu lintas di jalanraya maupun di jiwaraga...
Salam Dato',
memang setuju sangat, kita berhati-hati tapi pemandu lain pula yang cuai dan tidak bertimbangrasa...
ramai pemandu yang berlagak hebat dijalanraya
Maiyah,
memang itu yang kita harapkan, sentiasa dilindungi dan cuba melindungi keluarga kita juga..
KL citizen,
banner dipasang, hanya sebagai ingatan dan untuk mengingatkan kita yang sering lupa, namun segalanya terpulang kepada semua sikiap kita dijalanraya..
Salam IM,
tahniah.. rasanya IM benar-benar beraya tahun ini, semoga kesesakan jiwaraga itu akan terus berkurangan..
Bagus pesanan Ibu Mertua Ibuintan itu.. :)
salam ibuintan..jalan jem tu la..yang membuatkan malas nak kemana mana kan..
jalan2 kerumah yang melalui jalan yang tak sibuk aje..
kakcik,
memang itu yang selalu dipesan setiap kali anak-anak dan menantunya nak bergerak ke mana-mana..
kak erna,
jalan jem..memang membantut kan semangat nak keluar beraya, tengah hari hingga ke malam memang waktu puncak, jem memanjang..yg kelakarnya jalan kampung pun boleh sesak juga..
yeh boleh test koner baring kat situ..ibu salam raya
Catat Ulasan