Followers

Rabu, 15 September 2010

Keberkatan Rumah terbuka

Rumah terbuka trend terkini menyambut perayaan. Kelaziman bagi mereka yang bekerja untuk menjamu rakan sekerja, handai taulan dan jiran sempena Aidilfitri.

Syarat supaya majlis rumah terbuka mendapat keberkatan:

1.  Niat - perlu ikhlas kerana Allah.  Bukan menunjuk-nunjuk yang kita ini orang berada dan sebagainya.

2.  Majlis itu sepatutnya turut mencerminkan keimanan kita.   Maknanya, jangan kita meninggalkan solat fardu hanya kerana sibuk melayan tetamu.

3.  Jangan hari raya dijadikan tiket menghalalkan percampuran bebas lelaki dan perempuan bukan muhrim.

4.  Majlis itu sepatutnya menjadi majlis penyambung tali silaturrahim.  Menggunakan kesempatan lebaran ini untuk bermaaf-maafan dan bukan memanjangkan sengketa. Sumber Utusan Malaysia/ Selasa/14 Sept.2010.

Sudahkah sahabat mengadakan majlis rumah terbuka ataupun menghadiri majlis rumah terbuka?
Ibuintan tidak menganjurkan rumah terbuka, sebab rumah sentiasa terbuka menerima tetamu.

12 ulasan:

kak Erna berkata...[Reply]

ibuintan..samalah kita..rumah sentiasa terbuka ..bila2 masa tetamu boleh datang...

luahfikiran berkata...[Reply]

SALAM,
BAGUS MAKLUMAT YANG DIBERI. APAPUN, LF TAK ADA RUMAH TERBUKA TETAPI SUDAH MENERIMA JEMPUTAN 2 RUMAH TERBUKA (HUJUNG MINGGU INI DAN HUJUNG MINGGU DEPAN). IBUINTAN TAK BERI ALAMAT RUMAH, JADI MACAM MANA NAK SAMPAI KE PINTU RUMAH YANG SENTIASA TERBUKA TU?

Zaitun berkata...[Reply]

Kak Zai pun macam ibuintan,rumah sentiasa terbuka untuk sesiapa dan bila2 masa saja.

al-lavendari berkata...[Reply]

salam.

saya pun tak buat rumah terbuka. undangan rumah terbuka + kenduri sudah ada.

rumah saya tidak sentiasa terbuka, takut orang jahat masuk. hehe

Insan Marhaen berkata...[Reply]

malaikat akan mengibarkan sayapnya di rumah orang yang menerima tetamu...

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam ziarah..rumah terbuka jika disertai dengan niat yang baik pasti menambahkan keberkatan kpd tuan rumah

ibuintan berkata...[Reply]

kak erna... selagi ada di rumah, isyaallah tetamu akan disambut masuk ke dlam rumah

ibuintan berkata...[Reply]

salam Dato, nanti saya beri kalau berhajat jemputlah datang

ibuintan berkata...[Reply]

IM, alhamdulillah itu yang diharapkan

ibuintan berkata...[Reply]

kak zai..samalah kta

ibuintan berkata...[Reply]

tuan aji,
terbuka untuk tetamu yang mahi beraya saja bukan tetamu yg berniat jahat

ibuintan berkata...[Reply]

shahrom,
bertul tu jangan salah niat kan.. tak dapat ape-ape...