Followers

Sabtu, 4 September 2010

Syawal yang dinanti.

Selamat berpuasa. Tidak sampai seminggu lagi hari raya bakal menjelma. Ramadhan telah sampai ke minggu yang akhir.  Semua terutama kaum ibu makin sibuk, makin sibuk dalam pelbagai urusan yang tentunya berupa persiapan menyambut raya.

Makin sibuk di dapur membakar aneka biskut dan kuih raya, makin sibuk menjahit dan menyiapkan baju raya sendiri mahupun tempahan rakan dan jiran, makin sibuk mengemas rumah dan mengecat rumah malah tak kurang juga sibuk mengecat pagar rumah. Terlalu banyak yang disibukkan rupanya menjelang akhir Ramadhan.

Ibuintan juga tidak terkecuali, tidak membuat dan membakar biskut, tapi masih menyiapkan baki  jahitan yang masih ada sedikit lagi. Nasib baik sekolah dah mula bercuti, anak-anak semua ada di rumah, rasanya mereka akan diminta memulakan operasi membuat apa yang patut.  Selalunya ibuintan tidak membuat biskut raya, cuma membeli beberapa jenis biskut dan kerepek sahaja. Sebab ibuintan tidak berbakat dalam membuat kuih raya. Lebih suka menyediakan makanan yang berat sedikit dan basah.

Anak-anak bertiga beradik sibuk meminta untuk mengecat bilik masing-masing, mereka meminta cat bilik mengikut warna kehendak mereka, tapi abahintan masih membisu dan belum memberi sebarang keputusan. Bukan apa, sebenarya tidak yakin dengan kemahuan mereka, takut hanya hangat-hangat tahi ayam, takut semangat mereka berkobar untuk sehari saja dan alasan yang paling utama, cat bilik mereka masih canttik dan bersih.

Kehadiran Syawal disambut dan dimuliakan dengan menyambutnya dengan serba cantik, baru, bersih dan berubah wajah sekali. Rumah yang sentiasa bersih, makin dibersihkan dan dikemaskan, mana yang patut di naiktaraf..... dinaiktarafkan, mana yang patut diganti..... ditukar, mana yang patut dicuci.... dicuci bersih, kemahuannya ketibaan Syawal disambut tanpa ada cacat celanya, niat yang baik namun harapnya jangan berlaku pembaziran dan pemborosan, takut nanti selepas raya poket dah kosong, jangan sampai perbelanjaan keluarga terganggu.

Rasanya budaya mahukan semuanya baru tidak sepatutnya diteruskan, terutama yang melibatkan pengaliran keluar wang yang besar, tidak sepatutnya perabut , langsir dan kelengkapan rumah yang lain diganti baru saban tahun. Ganti dan beli mana yang patut dan perlu saja yang sebaiknya.  Rasanya tetamu datang bukan untuk membelek dan mengukur kemampuan kita memakai dan membeli itu ini, tetapi lebih kepada untuk menziarah dan merapatkan hubungan persaudaraan dan ukhuwah  sesama kita.


12 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...[Reply]

Salam ibuintan..

tak baru pun tak apa.. janji bersih dan kemas. :)

Acik Erna berkata...[Reply]

salam ibuintan..syawal yang dinanti..tiba jua akhirnya..tinggal beberapa hari saja lagi''
bagi kita kaum ibu ni..seperti yang ibuintan..kata..semua nak kelihatan..bersih..kemas..walau pun tidak baru..

hentian berkata...[Reply]

IM: masih terpinga-pinga nak kemas rumah bermula dari mana....

kak wan berkata...[Reply]

Betul .ibuintan, pikir nak buat yang mana dulu pun dah rasa letih.
Tukang kemas umah kakwan yg datang 1 minggu sekali mogok pulak..dah lah senarai kerja makin bertambah.

Maiyah berkata...[Reply]

sy x buat pape.. tgk je hehe

slmt hr rya.. maaf zahir batin

sahromnasrudin berkata...[Reply]

salam..ibu tahu buat kuih seroja???
p/s: tak pe kan sy panggil ibuintan sbg ibu???

ibuintan berkata...[Reply]

kakcik,
rasanya bila bersih dan kemas, nampak juga macam baru kan...
bersih yang penting, baru cuma kelebihan...

ibuintan berkata...[Reply]

salam kembali kak erna,
betul tu, kaum ibu yang terlebih letih memastikan rumah bersih dan kemas, tak semestinya semua perabut mesti baru

ibuintan berkata...[Reply]

salam IM,
mula mana yang patut dulu, tentu sukar IM nak mengendalikan semua perkara kan..

ibuintan berkata...[Reply]

kak wan,
betul tu, belum buat dah letih kan, mengemas rumah ni memang pening juga walau dah menyapu hari-hari dan berkemas, tapi tetap juga tak puas hati...
la knapa mogok lak, dia pun sibuk buat kuih agaknya

ibuintan berkata...[Reply]

salam maiyah,
tak pe tenguk dan beri arahan saja,
selamat hari raya maaf zahir batin

ibuintan berkata...[Reply]

salam shahrom,
kuih seroja tu pun ibu tak kenal, mungkin pernah tenguk tapi tak perasan camna, ibu kurang pandai buat kuih... kurang bakat

takpe apa salahnya, ibu berbesar hati..