Baru balik dari majlis rumah terbuka seorang sahabat.
Tuan rumah - Pn Hjh Salmiza
Sempat berposing sebelum balik. Nampaknya malam ni tidur lena sebab kekenyangan. Tuan rumah menyediakan menu yang berat seperti sate, nasi tomato, ayam masak merah, dalca selain kek dan pemanis mulut yang lain.
Badan rasa dah berat sangat, terasa kenaikan yang ketara tapi aktiviti jalan-jalan dan makan-makan masih diteruskan. Tidak sampai hati tidak menunaikan undangan tuan rumah ke majlis sebegini. Juga tidak sampai hati tidak menjamah makanan yang dihidangkan.... takpun pantang ada depan mata lalu semuanya
..kena motivasi diri semula - jaga makan, jaga kesihatan, lakukan eksesais semula
\\
11 ulasan:
salam, hurm musim2 raya ni jaga PERUT ibuintan
selagi tak abih syawal...selagi tu la ado umah tebuko....hehehe
salam ibu..raya kiter mmg sebulan kan
salam ibuintan..sabtu ni ada lagi kan..he he..selagi tak habis syawal..maakaaan aje la kita..
lupakan sebentar kisah berat badan..
Bila nak buat kat rumah ibuintan?
iman,
tu la perut pun dah lain macam ni, nak kena kontrol juga ni..
kak long, memang la baki syawal ada lagi ni...nak buek macam mana orang dah ajak
shahrom,
syawal memang sebulan, beraya pn sebulan juga lah kan.... soba ye la
kak erna,
dah tak boleh lupa la, rasa dah berat sangat ni... minggu ni ada undangan kenduri kahwin dan kenduri cukur jambul, sabtu dan ahad
YB,
bila Yb nak datang?
SALAM,
SABTU AHAD NI MEMANG RAMAI YG BUAT RUMAH TERBUKA. KALAU IBUINTAN PERGI, JANGAN TERLEBIH MAKAN SUDAHLAH. YANG TAK BOLEH TU, JANGAN PULAK DIMAKAN. LF NI PANDAI NASIHAT JE. BILA MAKANAN DI DEPAN MATA, KITA LUPA ATAU BUAT2 LUPA
Catat Ulasan